“Cik Marina”panggil Fiqri. Marina berhenti. Pantas berpaling mengadap Fiqri. Sekuntum mawar merah di hulurka pada Marina.
“untuk apa?” soal Marina.
“saya...saya...”Fiqri gugup.
“boleh cepat sikit tak? Saya ada hal ni”ucap Marina sambil memandang jam di tangannya.
“saya sukakan awak. Boleh tak awak jadi teman special saya?”ujar Fiqri. Namun jelas ada getaran pada setiap ayatnya.
“what?” tinggi suara Marina. Mungkin terkejut, mungkin marah.
“awak bergurau?”soalnya
“saya serius. Saya betul-betul sukakan awak”ucap Fiqri lagi. mawar di tangannya di hulurkan lagi pada Marina. Tapi tidak di sambut.
Marina tiba-tiba ketawa lucu. Entah apa yang lucu sangat pun tak tahu. Pelanggang kat gerai sudah terintai-intai. Ada yang turut ketawa mendengar kata-kata Fiqri. Masakan pipit hendak terbang bersama enggang. Aku yang berada dekat dah macam nak meletup dada. Dup...dap..dup..dap. gementar nak tunggu jawapan Marina. Tapi aku dah dapat agak keputusan Marina.
“rumah awak ada cermin tak?” soal Marina tiba-tiba. Pelik benar soalannya. Tak pernah di buat orang Tanya soalan cam tu. Tahulah cermin tu penting untuk perempuan seperti Marina.
Fiqri angguk perlahan.
“tolong balik cerminkan muka awak tu dulu ye. Apa yang awak ada? Setakat kerja gerai macam ni, berapa sen sangat gaji awak. Ada hati nak ngorat saya. Gaji awak tu belum tentu lagi dapat beli baju saya ni tau”fuh, macam peluru berpandu. Hancur lebur hati Fiqri. Materialistic rupanya perempuan tu. Nampak je lembut bak sutera rupanya hati busuk macam longkang.
“bunga tu awak simpan lah ye. Saya tak nak”balas marina terus berlalu meninggalkan Fiqri yang masih berdiri tegak. Dia benar-benar kecewa.
“bro” panggilku. Bahunya ku sentuh lembut. Bersimpati.
“abang cuti hari ni” laju langkah Fiqri meninggalkan gerai Pak Dolah. Aku terpinga-pinga. Tapi aku perasan ada air jernih mengalir di pipi Fiqri. Sedih sangt ke dia?.
****************************************************************************
Dah sebulan Fiqri pergi. Langsung tak datang-datang lagi ke gerai. Malu agaknya dia. Hanya sekali aku mendengar suaranya, ketika dia menelefon Pak Dollah untuk berhenti kerja kebetulan aku yang mengangkatnya. Itulah kali terakhir aku berhubung dengannya. Rindu pulak rasanya pada Fiqri. Dari jauh aku melihat Marina datang berlenggang.
“nak makan apa?” soalku agak kasar. Sampai hari ini aku hanya pendamkan saja amarahku.
“macam biasa”jawabnya.
“tak ada makanan macam biasa kat sini” saja aku ingin naikkan marahnya.
“saya kan selalu makan kat siini takkan tak tahu lagi” geramnya aku dengar suaranya. Walaupun perlahan tetapi teras bingit benar.
“oh, ye ke? Saya tak tahu pun”aku makin galak menyakitkan hatinya.
“mana dia Fiqri. Suruh dia ambil order untuk saya” Marina mula berang.
“ooo, pelayan tu ye? Dia dah berhenti. Ini semua gara-gara mulut longkang kau yang tak ada insurans tu” marahku meledak tiba-tiba bila nama fiqri di sebut. Banyak mata yang memandang
“kurang ajar” tangan Marina sudah naik untuk menaparku. Tapi aku lebih pantas bertindak. Tangannya ku cengkam kuat hingga dia mengaduh kesakitan.
“lepaslah bodoh, kau sedar diri sikit nak pegang-pegang aku”tempik Marina. ‘true colour’ perempuan itu dah mula keluar. Aku bersorak gembira dalam hati. Biar orang tahu perangai sebenarnya.
“kenapa orang macam kami yang kerja warung ni murah sangat ke? Dan kau ingat setakat kerja kerani tu dah cukup ‘bagus’ ke?” soalku melepaskan tangan Marina. Sengaja kutekankan perkataan bagus tu. Marina menggosok tangannya yang merah.
“sekurang-kurangnya kami cari rezeki halal. Tak macam kau, pengikis”tengkingku. Dia ingat aku tak tahu ke gossip kat kilang tu. Ramai pekerja kat situ geng aku. Cerita pasal dia ada skandal dengan En Badrul, pengurus kilang itu ada dalam poket aku. Encik Badrul yang dah berumur 50 tahun tu yang di kejarnya. Padahal anak sulong En Badrul sebaya dengan Marina. Saja je aku diam selama ni. Takut untuk melukakan hati Fiqri yang sudah ku anggap seperti abangku.
“aku tak kan lepaskan kau. Nantilah” Marina terus berlalu dari situ. Aku tersenyum puas. Padan muka
***********************************************************************
Aku berjalan sendirian ke motorku. Hanya aku seorang di situ. Biasanya aku dan Fiqri orang yang paling lambat pulang. Tapi sekarang aku seorang. Aku lihat jam di tangan dah pukul 11 malam.
“Shazila”panggil seseorang dari belakang. Aku berpaling. Seorang lelaki bertubuh sasa berdiri tegak di depanku. Marina ada di sisinya.
“kau lah yang dah malukan awek aku tadi ye” soal pemuda itu.
Dasar perempuan murah.
“ya. Kenapa?” soalku berani.
“siapa suruh kau sentuh dia?” soal pemuda itu. Wajahnya sudah merah.
“perempuan macam tu memang patut di ajar” lancing mulutku menjawab.
Panggg!!!! Peritnya. Pemuda itu tampar kuat pipiku. Bibirku terasa pedih.
“dasar jantan dayus.”tempikku geram. Pantas ku hayun penumbukku ke mukanya. Tepat sekali.
“nah rasakan. Apa macam best?” aku mengejek.
“kurang asam punya perempuan.” Belum sempat aku mengelak, satu tumbukan kuat mengenai perutku. Senaknya. Terasa patah segala sendiku. Aku terjatuh ke tanah.
“padan muka” Marina ketawa macam Pontianak.
“lain kali jangan cuba cari pasal dengan awek aku, kalau tidak nahas kau” ugutan dari pemuda itu bagaikan angin lalu melintas telingaku. Aku tak berdaya. Perutku terasa begitu senak. Terasa patah segala urat sendiku. Aku berusaha untuk bangun.
“Sha” aku dengar namaku di panggil.
Mata ku buka perlahan.
“abang...”duniaku terus gelap.
***************************************************************
“Shazila” ku dengar namaku di panggil. Perlahan ku celikkan mata.
“auww” perutku masih terasa sakit apabila aku cuba bangkit.
“rilex.” Suara itu kedengaran lagi.
“Sha kat mana ni?”soalku. rasanya itu bukan rumahku.
“Sha kat rumah abang” rumah Fiqri? Macam mana aku boleh ada kat sini. Aku mimpi ke?
“Sha rehat dulu.” Ucapnya.
“Sha nak balik”balasku. Tak petah duduk di rumah lelaki.
“Sha sakit. Rehat la dulu. Lagipun dah pukul 4 pagi ni” pujuk Fiqri.
Aku akhirnya akur kerana perutku masih terasa berdenyut.
*************************************************************
Aku mencelikkan mataku perlahan, aku kat mana ni. Soal aku sendiri. Ku pandang sekeliling. Cantik. Cat di dinding bewarna ungu. Beberapa potret bermotif flora tertampal di situ. Bilik itu lengkap dengan almari meja solek dan katil. Semua Nampak mahal. Perlahan aku turun dari katil. Berjalan perlahan ke pintu. Baru beberapa langkah aku jalan, pintu dah terbuka dari luar. Aku terkejut bukan main tengok mamat hensome diri kat depan aku. Rasa nak pengsan balik pun ada.
“bro! Apa kau buat kat sini?” soal aku terkejut. Fiqri senyum. Hensomenye dia. Tak pernah dia lihat Fiqri berbaju pejabat. Dengan kot hitam dan seluar senada di tambah dengan kemeja putih bertai biru lauh berbelang-belang. Cukup menggoda naluri perempuan ku. Seingat aku Fiqri ni dulu selekeh je. Sejak bila pulak tukar jadi kemas ni.
“sakit lagi?” soalnya. Prihatinnya dia. Ah. Luruh jantung aku. Dia menghampiriku. Gaya jalan ala-ala model. Aku melopong. Betul ke Fiqri ni?. Ke aku tengah mimpi. Ku cubit kuat pipiku. Aduh! Sakit. Tak mimpi la ni.
“kenapa tak percaya?” soal Fiqri bagaikan tahu apa yang bermain di fikiranku. Dia berdiri betul-betul didepanku.
“abang nak g ofis. Abang dah suruh Pak Mat hantar Sha g klinik”ucapnya perlahan sambil memandangku.
“eh.. tak payah. Aku ok. Sikit je”ucapku tergagap-gagap. Canggung rasanya berdepan dengan Fiqri yang baru.
“mana boleh. Sampai biru perut tu, cakap tak ada apa-apa.” Mukaku merona merah. Dia tengok perut aku ke. Oh, tidak. Mak tolong!!!!. ‘ila malu...’
“abang tak tengok pun. Mak jah yang cakap”sambungnya. Ish, dia ni macam nujum Pak Belalang. Boleh baca apa ada kat otak aku.
“so, abang pergi dulu. Nanti pergi klinik,k”pesannya sebelum berlalu pergi. Aku hanya memandang Fiqri keluar dari bilik hingga hilang dari pandangan mataku.
****************************************************************************
Aku bekerja seperti biasa hari ini. Tapi pergerakanku agak terbatas kerana perutku masih terasa sakit. Memang lebam perut aku. Ni seminggu baru hilang. tak guna punya jantan. Dengan perempuan pun main kasar. Kuat betul mamat semalam tu. bibir aku lagi satu hal. Nak makan pun sakit. Bibir pecah. bila Pak Dollah Tanya aku kata aku jatuh tangga. Hari ni si Marina tu tak datang makan. Takut la tu. kalau aku jumpa dia, siap dia aku karate cukup-cukup. Ku tonyeh-tonyek permukaan mangkuk bagai ternampak muka Marina di mangkuk itu. Geramnya. ‘aduh’ sakitnya perut aku. Aku pegang perutku. Berkerut muka aku menahan sakit. Sapa suruh duduk membongkok. Kan dah sakit.
“orang suruh g klinik tak nak” hampir melayang pinggan di tanganku. Terkejut bukan kepalang. Fiqri ni main sergah-sergah je. Nasib baik jantung aku ok.
“waalaikumsalam”ucapku.
“sindir abang lah tu.”balasnya.
“kau buat apa kat sini” soalku.
“datang tengok adik abang lah”
Aku diam. Entah kenapa tiba-tiba rasa segan. Kalau dulu pantang jumpa banyak je cerita. Tapi itu dulu.
“Jom g klinik”ajak Fiqri.
“tak naklah” aku menolak. Aku memang fobia dengan doctor. Takut benar untuk ke klinik atau hospital. Tempat yang paling ngeri bagiku.
“nak abang paksa ke?” suaranya masih lembut tapi berbaur ugutan.
“sikit je la. Tak ada apa-apa pun”tanganku masih ligat membasuh pinggan mangkuk.
“abang tak kira, kita pergi check pastu g balai buat report. Jom” Fiqri pantas tarik tanganku.
Terus saja dia heret aku ke kereta BMWnya. Nasib baik lalu belakang. Kalau depan tak ke
semua orang pandang. Malu beb.
*******************************************************************
BMW fiqri meluncur laju. Aku diam disebelahnya. Nak cakap apa lagi.
“Sha, kenal orang tu?” soal Fiqri memulakan siasatannya.
Aku geleng.
“dia dengan siapa?”
Aku geleng lagi.
“kita buat report ye?”
Aku geleng .
Tiba-tiba Fiqri menghentikan keretanya di tepi jalan.
“Sha ni kenapa? Abang Tanya asyik geleng je. Ada emas dalam mulut ke?”Fiqri dah mula benggang.
“aku tak nak g klinik. Please”aku buka mulut. Sebenarnya dari tadi jantung aku ni dup..dap. berdebar. Takut nak jumpa doctor.
“dah teruk macam ni pun tak nak g klinik? Tengok ni, bibir pecah” Fiqri sentuh bibirku yang pecah.
“sakitlah”
“tahu pun. Ni yang degil sangat kenapa?. Dah la tetiba hilang. risau abang tau”ucapnya sambil memandang tepat wajahku. Memang pagi tadi aku pergi tanpa memberitahu pembantu rumahnya yang berada di dapur tengah breakfast dengan driver Fiqri. Sengaja aku buat begitu. Tak nak pergi klinik.
“bro, kau hantar aku balik gerai, please. Aku ok ni”pujuk aku lagi.
Fiqri mengeluh dengan kedegilanku.
“Sha dengar sini, abang tahu Sha jadi cam ni sebab abang, jadi abang takkan biarkan orang yang buat adik abang macam ni, k.”ucap Fiqri.
“tapi...”
“no. Abang tak nak dengar apa-apa. Kita pergi klinik”putus Fiqri. Keretanya meluncur kembali menuju ke destinasi mereka. Tak sangka aku Fiqri ni suka memaksa. Sedihnya kena paksa.
THANK YOU
Monday, May 25, 2009
Friday, May 22, 2009
Selamat Ulang Tahun
Ulang tahun kelahiranku tiba lagi....
Sudah 2 dekad aku hidup di alam ini..
Merasai nyamannya angin ...
Menghirup segarnya udara...
Memandang indahnya pandangan...
Menikmati nikmatnya suara alam...
Anugerah tuhan yang tidak ternilai...
Hadiah yang diberikan percuma pada semua...
Namun hadiah yang paling beharga buatku...
Dilahirkan aku menjadi seorang insan..
Dibumi Nya ini....
Ulang tahunku tiba lagi...
Aku kini kian dewasa...
Kian mengenal apa ertinya hidup...
Makin ku mengenalinya...
Makin ku rasa pahitnya kehidupan...
Namun aku percaya kemanisan itu ada..
Cuma aku masih teraba mencarinya...
Bersama kerisauan yang mengcengkam naluri...
Bimbang kesempatannya makin suntuk...
Ulang tahunku menjelma lagi...
Hayat dihati ingin ku cari pelangi..
Sesudah gerimas berlalu pergi...
Mungkin pasti akan ku temui...
Sedangkan aku merasakan titis gerimas masih tersisa...
Dan mentari belum terasa bahangnya...
Sukarnya ku mencari sesuatu yang aku tidak pasti...
Sesukar aku mendapatkan pelangi itu...
Sebelum mentari senja mewarnai langit biru..
Syuuuhhh..... Abang?
“Bro, awek lu datang” panggilku pada Fiqri yang sedang berada di kaunter. Mamat tu apalagi, tersengih sampai ke telinga. Pantas saja kakinya melangkah ke meja di mana seorang gadis cantik melabuhkan punggung. Berseri-seri benar wajahnya. Sopan benar ku lihat Fiqri melayan gadis itu.
“adik nak makan apa?” soal Fiqri lembut.
“nasi putih....”
“dan sup campur, kan?” pantas Fiqri menyambung
Gadis itu senyum dan mengangguk perlahan.
“air fresh orange?” soal Fiqri lagi.
Gadis itu angguk lagi. lembut saja orangnya. Mata Fiqri terpaku pada wajah manis gadis itu.
“itu je” Ujar gadis itu. Tidak selesa ditenung lama-lama. ‘gila agaknya jantan ni’ desis gadis itu perlahan. Fiqri pantas angguk. Terleka sekejab.
“baik. Kejab lagi abang hantar”ujar Fiqri terus berlalu dari situ.
Begitulah rutin Fiqri setiap hari. Menunggu gadis pujaannya keluar makan tengahhari. Entah apa yang dia suka pada gadis tu pun aku tak tahu. Nak kata lawa, boleh tahan. Kerja bagus, kerani kat kilang depan gerai je. Entahlah aku pun tak tahu la apa yang lebihnya perempuan tu kat mata Fiqri. Tak faham aku. Padahal perempuan tu tak pandang pun Fiqri ni. Yelah kerja buat air kat gerai je. Sapa nak, kan. Tapi Fiqri ni bagus. Sabar je. Walaupun dah hampir setengah tahun dia cuba tackle awek ni. Tak dapat-dapat. Awek tu buat dek je.
Aku ni student U. Saja buat part time job kat gerai Pak Dollah. Dah hampir setahun aku kerja dengan Pak Dollah. Pak Dollah tu dah macam bapak aku. Pak Dollah ni walaupun gerai dia kecik, tapi pelanggang cukup ramai. Time kul 12 tgh hari ke atas tak menang tanganlah kami melayan pelanggang. Mungkin sebab Sup Pak Dollah yang sedap. Aku ni bukanlah orang berada. Mak aku suri rumah, ayah pulak nelayan je. Aku ada sorang adik lelaki masih belajar lagi. aku kalau boleh tak naklah bebankan ayah aku lagi. sebab tu lah aku kerja kat gerai Pak Dollah ni. Duit gaji boleh lah buat belanja dan hantar kat kampong sikit.
“woi, menung panjang Nampak?” sapa Fiqri.
“kau ni, nasib baik tak luruh jantung aku, lain kali kalau nak tegur orang bagi salam. Bukan main sergah je” marahku. Tak adalah marah sangat. Action je lebih.
“sori la. Abang bukannya sengaja.”Fiqri duduk sebelah aku. Pelanggang dah tak ada. Kejab lagi gerai nak tutup.
“nasib baik aku ni baik tau. Kalau tak dah lama dah aku karate kau, Bro” ucapku.
Fiqri tayang muka tak bersalah siap sengih tahap kambing lagi.
“ so, apa cite? Study ok?” soal Fiqri. Ni aku suka kawan dengan Fiqri. Prihatin benar dia.
“ok.”jawabku sepatah.
“cam tak ok je bunyinya”teka Fiqri.
“kalau ada masalah ceritalah kat abang”lembut benar bahasanya.
“tak ada apalah” aku ni pulak bukan jenis yang suka cerita masalah-masalah aku kat orang.
“kalau bukan masalah study, mesti masalah family” teka Fiqri tak berputus asa.
Aku diam
“kan betul tu. Apa masalahnya?”setia Fiqri menanti mulutku berbicara.
“kenapa berat sangat nak cerita kat abang? Malu?” soalnya lagi
Aku geleng.
“sebenarnya tak ada masalah pun”ujarku.
“kalau tak ada masalah, takkan lah asyik termenung je. Tadi Pak Dollah Tanya abang, kenapa
sha asyik termenung je”
“tell me know. I know you have problem. Maybe abang boleh tolong” aku pandang muka Fiqri dengan mulut ternganga.
“kenapa pandang abang macam tak pernah tengok ni” berkerut dahi Fiqri.
“u can speak English, bro? Tak pernah dengar pun. “ujarku.
“abang dulu pergi sekolah. Dah jangan nak tukar tajuk. Sekarang cakap cepat.”
“ayah sakit. Dah seminggu tak ke laut. Daus pulak nak duit bayar yuran tuisyen.”ceritaku sambil menunduk wajahku.
“so, masalah duit la ni”
Aku angguk.
“berapa?” soal Fiqri. Aku donggak pandang wajah hensome Fiqri. Memang hensome. Mesti
orang tak sangka yang umur Fiqri ni dah 30 tahun.
“kau nak bagi ke, bro?” gurauku.
Dia angguk
“tak nak lah”tolak ku mentah-mentah. Aku tidak mahu menagih simpati.
“abang Tanya berapa?”
“aku tak nak. Aku boleh cari”
“cari, sha nak kerja mana pulak? Sha kan belajar lagi. sha perlu rehat. Sha bukan robot. Cakap je. Abang bagi pinjam. Nanti dah dapat gaji bayar balik kat abang” pujuk Fiqri. Tahu saja dia aku buat macam-macam kerja nak tampung hidup aku dan family kat kampung. Nak buat camna dah aku orang susah. Fiqri pandang muka aku. Aku tetap diam. Dikeluarkan duit kertas RM50 tiga keping dan di hulurkan padaku.
“nah” aku geleng.
“ambik.”pantas duit itu diletakkan atas tapak tanganku.
“tapi..”
“no... hantar kat mak kat kampung. Kalau dah ada duit, bayar balik. Fullstop” Fiqri bangun terus berlalu dari situ. Duit Fiqri ku genggam erat. itulah Fiqri. seorang abang yang cukup prihatin dan baik. walaupun dia bukan darah dagingku tapi dia tetap ku anggap sebagai abangku.
“adik nak makan apa?” soal Fiqri lembut.
“nasi putih....”
“dan sup campur, kan?” pantas Fiqri menyambung
Gadis itu senyum dan mengangguk perlahan.
“air fresh orange?” soal Fiqri lagi.
Gadis itu angguk lagi. lembut saja orangnya. Mata Fiqri terpaku pada wajah manis gadis itu.
“itu je” Ujar gadis itu. Tidak selesa ditenung lama-lama. ‘gila agaknya jantan ni’ desis gadis itu perlahan. Fiqri pantas angguk. Terleka sekejab.
“baik. Kejab lagi abang hantar”ujar Fiqri terus berlalu dari situ.
Begitulah rutin Fiqri setiap hari. Menunggu gadis pujaannya keluar makan tengahhari. Entah apa yang dia suka pada gadis tu pun aku tak tahu. Nak kata lawa, boleh tahan. Kerja bagus, kerani kat kilang depan gerai je. Entahlah aku pun tak tahu la apa yang lebihnya perempuan tu kat mata Fiqri. Tak faham aku. Padahal perempuan tu tak pandang pun Fiqri ni. Yelah kerja buat air kat gerai je. Sapa nak, kan. Tapi Fiqri ni bagus. Sabar je. Walaupun dah hampir setengah tahun dia cuba tackle awek ni. Tak dapat-dapat. Awek tu buat dek je.
Aku ni student U. Saja buat part time job kat gerai Pak Dollah. Dah hampir setahun aku kerja dengan Pak Dollah. Pak Dollah tu dah macam bapak aku. Pak Dollah ni walaupun gerai dia kecik, tapi pelanggang cukup ramai. Time kul 12 tgh hari ke atas tak menang tanganlah kami melayan pelanggang. Mungkin sebab Sup Pak Dollah yang sedap. Aku ni bukanlah orang berada. Mak aku suri rumah, ayah pulak nelayan je. Aku ada sorang adik lelaki masih belajar lagi. aku kalau boleh tak naklah bebankan ayah aku lagi. sebab tu lah aku kerja kat gerai Pak Dollah ni. Duit gaji boleh lah buat belanja dan hantar kat kampong sikit.
“woi, menung panjang Nampak?” sapa Fiqri.
“kau ni, nasib baik tak luruh jantung aku, lain kali kalau nak tegur orang bagi salam. Bukan main sergah je” marahku. Tak adalah marah sangat. Action je lebih.
“sori la. Abang bukannya sengaja.”Fiqri duduk sebelah aku. Pelanggang dah tak ada. Kejab lagi gerai nak tutup.
“nasib baik aku ni baik tau. Kalau tak dah lama dah aku karate kau, Bro” ucapku.
Fiqri tayang muka tak bersalah siap sengih tahap kambing lagi.
“ so, apa cite? Study ok?” soal Fiqri. Ni aku suka kawan dengan Fiqri. Prihatin benar dia.
“ok.”jawabku sepatah.
“cam tak ok je bunyinya”teka Fiqri.
“kalau ada masalah ceritalah kat abang”lembut benar bahasanya.
“tak ada apalah” aku ni pulak bukan jenis yang suka cerita masalah-masalah aku kat orang.
“kalau bukan masalah study, mesti masalah family” teka Fiqri tak berputus asa.
Aku diam
“kan betul tu. Apa masalahnya?”setia Fiqri menanti mulutku berbicara.
“kenapa berat sangat nak cerita kat abang? Malu?” soalnya lagi
Aku geleng.
“sebenarnya tak ada masalah pun”ujarku.
“kalau tak ada masalah, takkan lah asyik termenung je. Tadi Pak Dollah Tanya abang, kenapa
sha asyik termenung je”
“tell me know. I know you have problem. Maybe abang boleh tolong” aku pandang muka Fiqri dengan mulut ternganga.
“kenapa pandang abang macam tak pernah tengok ni” berkerut dahi Fiqri.
“u can speak English, bro? Tak pernah dengar pun. “ujarku.
“abang dulu pergi sekolah. Dah jangan nak tukar tajuk. Sekarang cakap cepat.”
“ayah sakit. Dah seminggu tak ke laut. Daus pulak nak duit bayar yuran tuisyen.”ceritaku sambil menunduk wajahku.
“so, masalah duit la ni”
Aku angguk.
“berapa?” soal Fiqri. Aku donggak pandang wajah hensome Fiqri. Memang hensome. Mesti
orang tak sangka yang umur Fiqri ni dah 30 tahun.
“kau nak bagi ke, bro?” gurauku.
Dia angguk
“tak nak lah”tolak ku mentah-mentah. Aku tidak mahu menagih simpati.
“abang Tanya berapa?”
“aku tak nak. Aku boleh cari”
“cari, sha nak kerja mana pulak? Sha kan belajar lagi. sha perlu rehat. Sha bukan robot. Cakap je. Abang bagi pinjam. Nanti dah dapat gaji bayar balik kat abang” pujuk Fiqri. Tahu saja dia aku buat macam-macam kerja nak tampung hidup aku dan family kat kampung. Nak buat camna dah aku orang susah. Fiqri pandang muka aku. Aku tetap diam. Dikeluarkan duit kertas RM50 tiga keping dan di hulurkan padaku.
“nah” aku geleng.
“ambik.”pantas duit itu diletakkan atas tapak tanganku.
“tapi..”
“no... hantar kat mak kat kampung. Kalau dah ada duit, bayar balik. Fullstop” Fiqri bangun terus berlalu dari situ. Duit Fiqri ku genggam erat. itulah Fiqri. seorang abang yang cukup prihatin dan baik. walaupun dia bukan darah dagingku tapi dia tetap ku anggap sebagai abangku.
Monday, May 11, 2009
BICARA HATI
Semakin jauh aku meredah arus
Semakin jauh langkah kakiku
Semakin jauh perjalananku
Entah mengapa rasa sepi tak pernah pergi dariku,
Selalu mendampingi
Tak kira kemana saja aku pergi
Ah,...
Mengapa dikala ini kesunyian itu makin galak
Menari di hati
Makin terasa kekosongan,
Ibu,
Aku memerlukanmu,
Aku rindu pada kasihmu,
Kenapa aku merasa kekosongan ini
Mengapa aku masih terasa sepi...
Aku berlari mencarimu sahabat,
Dimana dia teman penghibur hati,
Entah...
Segal-galanya menjadi tidak pasti,
Hati aku terus kesepian...
Dalam gelap aku meraba
Mencari harapan yang tidak pasti...
Segalanya bagai menjauh,
Semuanya pergi dariku,
Aku berbicara sendiri mengapa,
Duniaku seolah-olah kosong,
Langsung tiada apa yang tinggal,
Suramnya...
Aku bagaikan mengerti...
Kehidupan ini ibarat roda yang sentiasa berpusing,
Dulu aku pernah berada di atas,
Kini aku perlu berada di bawah,
Aku perlu bangkit,
Berjuang kembali,
Supaya sepi ini terus pergi...
Pergi jauh dari hidupku.
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Andai dapat ku petik bintang dilangit,
Pasti akan ku hadiahkan buatmu,
Andai dapat ku capai bulan,
Pasti akan ku hadiahkan buatmu,
Andai dapat ku capai bulan,
Pastikan kuhulur padamu
Ibu....
Ibu,
Baru semalam rasanya ku rasa namaku dipanggil
Setiap pagi langsung tidak jemu,
Mengejutkan aku dari mimpi indahku,
Untuk menjalankan kewajipanku sebagai anak,
Mencari ilmu untuk bekalan di hari mendatang...
Ibu,
Baru semalam rasanya kau membelai aku,
Masih terasa hangatnya tanganmu,
Membawa aku dalam dakapanmu yang cukup hangat,
Hingga langsung tidak ku rasa bimbang,
Kernaku tahu kau selalu ada...
Ibu,
Hari ini aku telah dewasa,
Telah pergi jauh dari pangkuanmu,
Tiada lagi suaramu mengejutkan aku,
Tidak lagiku rasa hangatnya tanganmu ibu,
Kini,
Aku hidup menongkah arus,
Dengan kudratku sendiri,
Hanya nasihatmu menjadi tulang belakangku,
Menegakkan tubuh ini dari tumbang,
Menjadi perisai diriku dari
Tewas dengan gelombang yang maha ganas.
Ibu,
Aku amat merinduimu,
Setiap saat,
Setiap detik,
Ingin sekaliku bersamamu,
Namun kita masih jauh,
Jauh dari pandangan mata,
Namun ku tahu,
Hati kita sentiasa bersama....
Ibu,
Semperna hari memperingati jasamu ini,
Ingin kuluahkan rasa terima kasihku,
Pada budimu yang tak terhitung dek jemariku,
Ingin juga ku pohon ampun
Pada salahku yang tak pernah surut,
Hingga membuatmu gelisah sendiri...
Selamat Hari Ibu,
IBUku,
Moga dirimu berbahagia selalu....
Moga dirimu berbahagia selalu....
Saturday, May 2, 2009
Coretan Buatmu Kekasih
Cuaca mendung hari ini semendung hatiku saat ini. Di kala tanganku mencoret suatu kisah di lembaran kehidupanku. Suatu kisah yang membawa rasa duka yang entah bila sembuhnya. Suatu kisah yang hanya aku yang tahu rasanya.
Izinkan aku meluahkan rindu yang terpendam dalam coretan ini.
Ku imbau kembali kenangan setahun yang lalu. Wajah tenang insan itu selalu tergambar di ruang mataku. Menjadi lukisan di hatiku. Dia yang ku rindu. Entah bila akan bertemu lagi. sesungguhnya telah ku rasai peritnya perpisahan itu. Walau sepedih mana ia mencalarkan hatiku tetap harus ku redhai akan kepulangannya bertemu Sang Pencipta.
Ku imbau kembali kenangan setahun yang lalu. Wajah tenang insan itu selalu tergambar di ruang mataku. Menjadi lukisan di hatiku. Dia yang ku rindu. Entah bila akan bertemu lagi. sesungguhnya telah ku rasai peritnya perpisahan itu. Walau sepedih mana ia mencalarkan hatiku tetap harus ku redhai akan kepulangannya bertemu Sang Pencipta.
Seringkali kami dikatakan kembar oleh kerana wajah kami yang sangat iras. Namun hakikatnya kami 2 orang yang berbeza. Lahir pada tahun yang berbeza. Tingkah laku juga berbeza. Kau lebih sabar orangnya. Ramai yang tertarik dengan bicaramu yang beralun penuh keyakinan. Namun aku tidak pernah tahu untuk mengucapkan kata seyakin bicaramu. Kau penulis yang hebat dan aku masih terkial-kial untuk menjadi seperti dirimu. Kerna darah yang mengalir dalam tubuh ini lah sentiasa menbuatkan aku ingin menjadi sepertimu. Sungguh aku amat merinduimu. kau yang selalu menghias wajahku, selalu bercerita padaku, selalu bertengkar denganku, selalu menjadi penasihatku di kala aku memerlukan.
Aku yang bersamamu di saat getir dalam hidupmu. Aku yang memapah tubuhmu. Menahan berat badanmu ketika itu. Masih terasa sejuknya kaki yang ku pangku. Masih kudengar sukarnya nafas yang kau hembus. Ku cuba menenangkan dirimu. Kerna waktu itu ku yakin kau akan selamat. Ketika kaki memijak lantai hospital, debaran di dada makin hebat menggegarka tubuhku. Aku tidak peduli pada mata-mata yang galak memandang. Ku uruskan prosedurmu semampu mungkin. Aku temani ibu yang duduk di bangku. Langsung tidak terfikir kemana perginya ayah.
Malam itu juga kau pergi meninggalkan aku. Perginya tidak mungkin kan kembali lagi. saat itu jantungku bagai terhenti. Namun tiada langsung rasa sedih yang hadir namun waktu itu ku paksa diriku untuk menangis. Ku paksa hati ini akur dengan pemergianmu. Ku paksa akalku mengiakan jasad yang terbaring kaku itu adalah dirimu. Sungguh jiwaku menjerit merintih pada diriku sendiri. ‘dia masih ada’. Detik itu aku merasakan akulah seorg pelakon yang begitu hebat menayangkan aksi kesedihan di khalayak ramai. Aku sendiri tidak mengerti apa yang aku rasa dikala itu. Hanya tubuhku yang menjadi longlai saat itu.
Ku alun lembut surah yasin ditelingamu yang sudah tidak mampu mendengar rintihanku. Ku alirkan lagi airmata dalam keterpaksaan. Aku memaksa lagi hati dan jiwaku menerima apa yang mataku pandang. Jasad kaku. Saat itu ku rasa diriku seperti boneka. Langsung tiada berperasaan.
Masih ku ingat panggilan telefon dari sahabat baikmu. Dia titipkan pesanan terakhirmu padaku. Kau menyuruh dia menjaga ayah dan ibu. Ketahuilah yang aku tidak mampu menggalas tanggungjawab itu kerna hatiku telah lama mati untuk menilai sebuah rasa kasih. Terlalu berat amanah yang kau tinggalkan. Aku insan yang sangat lemah. Hingga kini amanahmu belum mampuku tunaikan. Di saat akhir hayatmu, kau menyatakan kebimbanganmu mengenai ayah. Kau menyuruh sahabatmu menjaga ayah. Mungkin kau tahu aku tidak mampu melaksanakan tugas itu sebaik kau. Namun aku cuba walaupun aku sering gagal. Rasa yang membelenggu jiwa cuba ku buang jauh-jauh. Biarlah aku berkorban demi membahagiakan dia yang bernama ayah. Tapi mana mungkin perasaan yang sudah tertanam sekian lama ini dapat ku buang dengan begitu mudah.
Saat jasadmu tenang bersemadi, aku masih mampu bergelak tawa bersama bapa saudaraku. Masih mampu ku paparkan wajah ceria saat bersembang dengan sahabat baikku. Langsung tiada airmata yang mengalir hingga ada yang berbisik-bisik. ‘sedarkah dia?’. Aku memag tidak sedar saat itu. Aku tidak mampu menyedarkan perasaanku. Kerna aku insan yang kering jiwanya. Tapi Itu apa yang mereka Nampak pada zahirnya. Namun tahukah mereka beberapa hari aku menangis sendirian dibilik sambil menatap gambar wajahmu. Aku berusaha menerima pemergiaanmu. Aku cuba meredhakan. Bila saja wajahmu bertandang diruang mata, mutiara jernih ini tidak henti-henti mengalir. Seksanya aku saat itu. Aku berusaha tidak meratapi pemergianmu. Namun aku gagal membendung rinduku padamu. Aku teramat merinduimu.
Kau selalu hadir didalam mimpiku. Wajahmu tenang. Cantik. Tidak pernah kulihat kau secantik itu biar berapa tebal pun makeup yang kau pakai. Wajahmu bersih. Kulitmu cerah. Kau Nampak kurus. Segala yang menjadi idamanmu sepanjang hayat mu masih ada bagaikan menjadi nyata walaupun kau sudah tiada di alam maya ini lagi. Kau hadiahkan aku senyuman dalam setiap pertemuan di alam roh. Ingin rasanya ku peluk dirimu walau hanya dalam mimpi. Melepaskan rindu yang mengcengkam jiwa. Namun dikala itu aku hanya mampu memandangmu hingga aku terjaga dari lenaku.
Moga selamatlah engkau disana. Berbahagialah engkau disisi Nya. Tunggulah aku di sana dengan senyumanmu. Moga berjumpa lagi kita di dunia yang berbeza. Moga bersama lagi kita di suatu saat bila ajal datang menjemput ku pula. Al-Fatihah buat kakandaku yang tercinta, Arwah Norbaya (18.Jun.1986-13.Disember.2007).
Friday, May 1, 2009
Insan Kecil
Persahabatan ini terlalu suci untuk aku buangkan. Terlalu indah untuk aku kuburkan. Namun apalah erti persahabatan ini andai luka yang menjadi balasannya. Persahabatan ini ibarat kayu yang rapuh. Terlalu mudah patah bila badai melanda. Namun siapalah aku untuk menyatakan kasihku pada dia yang bergelar sahabat. Aku hanya insan kecil. Terlalu kecil hingga aku kadang-kala dipersia begitu saja. Adakah aku tiada makna dalam hidupmu?. Dimanakah namaku berada dalam kamus hatimu? Atau mungkin langsung tidak tercatat namaku dimana-mana ruangan kecil hatimu. hingga terlalu senang kau mencampakkan aku dimana-dimana bila aku tidak kau perlukan.
Mungkin benar kata orang, aku pelakon hebat. Terlalu hebat mempertontonkan watak sahabat yang terlalu memahamimu. Namun mungkin kau tidak sedari betapa rapuhnya hatiku tak kala kau hadiahkan aku kelukaan. Betapa peritnya senyuman yang terukir. Mungkin kau hanya Nampak kemanisan senyuman itu tapi kau tidak pernah rasa kepahitan di celahannya. Tahukah kau kemanisan itu datangnya dari rasa ikhlasku padamu tapi dari mana datangnya kepahitan itu?. Kau sendiri tidak tahu. Kepahitan itu datangnya dari jiwa insan kecil yang terluka. Sakitnya hati ini bila tercalar. Aku insan kecil yang hanya mampu menangis bila aku disakiti. Tidak mampu berbuat apa-apa bila jiwa aku dilukai. Siapa yang mahu mendengar tangisan insan kecil ini? Cuma malam yang pekat itu faham. Dia selalu menjadi teman. Setia benar dia mendengar keluhanku. Kerna Gelap malam itu yang selalu mendengar irama sendu berlagu pilu insan ini. Mengapa? Kerna aku insan kecil.
Aku bangga denganmu kerna tanpa aku kau mampu berdiri gah tapi tahukah kau tanpamu aku terlalu lemah. Tanpa kau jiwaku terasa hambar. Tanpamu juga duniaku hilang. langsung tiada seri. wahai sahabatku, dikala ini kelompak-kelompak kerisauan mula berputik di ruangan hatiku. aku bimbang kerna bunga-bunga di taman hati yang dulu subur mekar berkembang kian layu dan mungkin satu hari nanti taman yang indah ini akan hilang keindahannya. seperti persahabatan ini. aku kian jauh darimu tapi langsung tidak kau sedari betapa jauhnya hati kita saat ini.
aku tidak meminta wang atau harta bendamu sebagai balasan untukku sebagai temanmu yang setia. aku memilihmu bukan kerna hartamu atau raut wajahmu yang mempersonakan. aku memilihmu kerna aku yakin padamu. yakin pada keikhlasan hatimu. ku pinta pengertianmu dalam mengharungi ranjau dan duri dalam hidup ini. ku pinta kau memahami hati dan perasaanku seperti mana aku yang sentiasa menjaga hati dan perasaanmu. aku amat bimbang jika sekeping hati milikmu dicalari. risau andai hatimu disakiti. apakah kau juga seperti aku?
Aku menyanyangimu sahabat dengan sepenuh jiwaku. Kasih dan sayang inilah yang sering memakan jiwaku sendiri. Melumatkan hatiku hingga langsung tiada serpihannya. Kerna kau aku sanggup terluka. kerna kau juga aku sanggup dilukai. Kerna kau, aku bina kembali hati ini. Aku membinanya dengan kalimah kemaafan dari mu. dengan pujukan dan kata-kata manismu.Untuk apa? Untuk kau sakiti ia berulang kali. Aku insan yang kering jiwanya. Aku mencari di mana dia kasih, dimana dia sayang. Aku berharap kau mampu basahi jiwa ini dengan ketulusan hatimu. Siapalah aku?. Aku hanya insan kecil yang mengharap kasih saktimu menyuburkan jiwaku.
Sahabat, andai di pertengahan jalan ini terhentinya kasih kita. Terputusnya ikatan kita, aku harap kau terus berlari menggapai cita-citamu. maafkanlah aku yang tak bisa mempertahankan kasih ini hingga tiba di penghujung jalan. hingga ajal menjemputku pulang. sahabat, Teruskan perjalananmu. Kerna destinasi kita masih jauh. Masih tidak terjangkau dek pemikiran. Usah kau toleh lagi kebelakang. Usah kau cari lagi dimana bayanganku berada. Kerna aku tidak mahu kau kenangi lagi kisah silam kita. Namun ketahuilah yang aku sentiasa ada untukmu walaupun kasihmu sudah tiada bersamaku. Ketahuilah namamu sudah ku semat kukuh dihatiku. Biarku simpan kisah ini menjadi coretan luka dalam jiwa yang lara ini. Untukmu sahabat ku hadiahkan puisi ini.
Sahabat,
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Pimpinlah tanganku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka
Peluklah aku bila aku Berjaya
Sahabat,
Aku berharap kau selalu ada
saat aku memerlukanmu,
Saat suka dan duka menjenguk jiwaku,
Saat aku hilang tempat berpaut,
Dan saat itu ku harap kau hulurkan tanganmu
Bersama keikhlasan hati.
Tanda tuluskan ikatan kita.
Sahabat,
Aku tidak berharap kau menjadi insan sempurna,
Kerna aku juga tidak sempurna,
Aku tidak harap kau sebagai pelindungku
Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu,
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya.
Sahabat,
Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri,
Peluklah aku tika kesepian menemanimu,
Tangan ni tidak pernah kuat untuk memegangmu,
Tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,
aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)