THANK YOU

Friday, December 30, 2011

my boss my love 14

“Lin ada orang nak jumpa” panggil Kak Su. Berkerut dahiku. Siapa pulak yang nak jumpa aku kat sini. Rasanya mak je yang tahu aku kerja kat sini. Namun aku melangkah jua ke ruang hadapan kedai.

“mana?” soalku pada Kak Su. Kak Su tuding jari pada wanita separuh abad. Macam kenal.

“Assalamualaikum” tegurku

“Waalaikumsalam. Lin, apa khabar?” Tg Badriah tersenyum.

“mana bonda tahu Lin kat sini?” soalku. Aku memandang kiri kanan. Ruby dan Fitri setia memandang. Masih tak puas hatilah tu. Harap-harap diaorang tak kenal Tg Badriah.

“Malaysia ni kecil je Lin. Mana Lin pergi bonda tahu” amboi. Bukan main lagi. Ni mesti ada upah penyiasat persendirian.

“Bonda sihat?”

“luar sihat. Dalam dah beransur sihat”

“Eh, bonda nak makan apa? Lin buatkan.”

“Tak apa. Bonda minum je. Bonda datang memang nak lawat Lin. Bonda ke rumah, Lin tak ada. Itu yang bonda ke sini. Lin pun dah lama tak datang rumah bonda. Dah tak sudi untuk jumpa bonda lagi ye” alahai, sedihnya. Bukan tak sudi bonda tapi ada orang tak suka Lin ke sana.

“Lin sibuk. Tak sempat” alasan!

“atau Lin marahkan Aril? Lin jangan ambil hati sangat dengan anak bonda tu.” Aik, macam tahu-tahu je Tg Badriah ni.

“Lin dah maafkan dia, bonda”

“maaf tak beerti melupakan?” soal Tg Badriah. Aku senyum.

“kalau tak lupa maknanya maaf tu belum cukup ikhlas Lin” macam mana nak ikhlas?. Susah. Mudah-mudahan bila dah jauh ni, hati akan lebih ikhlas.

“tak naklah cakap pasal dia. Bonda ceritalah pasal bonda” aku tersenyum mesra.

“Lin, boleh bonda tanya sesuatu?”

“tanyalah” balasku.

“Masih ada tak lagi ruang untuk Aril kat hati Lin?” gulp. Soalan cepu cemas. Apa seharusnya yang aku perlu katakan?. Degil betul Tg badriah ni. Penat aku kata aku tak nak cerita pasal anak bujangnya. Balik-balik itu yang di Tanya.

“mmmm…. Syarikat macam mana bonda?” sedaya upaya cuba ku alihkan topic yang sedang hangat. Tak nak jawab apa-apa pasal hati dan perasaan. Lagi pun dari tadi aku tengok si ruby dan fitri duk memandang aku. Apalagi yang diorang nak?. Mesti tak puas hati sebab tak Berjaya kenakan aku.

“tak payahlah ubah topic Lin.”

“Masalahnya Lin tak ada jawapan untuk soalan bonda. To be honest, memang Lin masih marahkan Aril. Payah untuk Lin terima dia balik lepas apa yang dia dah buat.”

“tapi Lin sukakan Arilkan?”

“suka? Entah.”

“Kalau bonda lamar Lin untuk Aril, Lin terima tak?”

“bonda, boleh tak jangan cakap pasal benda ni. Lin tak nak dengar. Lin dah seronok hidup macam sekarang.” tg Badriah tersenyum.

“baik. Bonda faham. Lin tak maafkan Aril lagi” aku diam. Itulah yang sebetulnya.

“Bonda nak sangat Lin jadi anak bonda”

“Lin kan dah memang anak angkat bonda” aku ketawa. Perasan sungguh. Macam perempuan tak tahu malu pulak aku ni.

“Bonda nak lebih daripada itu. Bonda nak Lin selalu ada bersama bonda. Temankan bonda” amboi, tingginya permintaan. Mak aku kat rumah pun tak buat permintaan macam ni. Aku diam. Tidak tahu nak jawab apa.

“Mungkin Lin perlukan masa. Fikirlah tawaran bonda tu. Jadi menantu bonda. Bonda balik dulu” tengku badriah bangkit dari kerusi. Ditinggalkan not 10 diatas meja sebagai harga jus orennya. Aku mengiringinya berjalan ke pintu. Sebelum berpisah Tg Badriah pelukku erat bersama kucupan di pipi.

‘Maafkan Lin bonda. Hati Lin benar-benar terluka dengan sikap anak bonda.’

************

“Siapa tu?” soal Ruby sebaik sahaja aku melintasinya. Aku angkat kening.

“perlu ke kau tahu?” soalku padanya.

“you tak perlu tanya dia. Kalau you nak tahu itulah ibu Tengku Hairil. Amboi, tak sangka rupanya hubungan kau dengan dia jauh dari sangkaan aku. Jadi memang betullah kau adalah Mis S tu?” ucap Fitri dengan senyuman sinis.

“sebenarnya apa yang korang nak dari aku? Apa yang buat korang rasa tak puas hati dengan aku?” soalku geram. Sikap mereka yang begitu menjengkilkan itu membuatkan darahku terasa mendidih.

“tak ada apa. We’ll Cuma tak sukakan kau sebab kau tu suka sangat tunjuk pandai. Saying, you rasa berapa banyak kita akan dapat kalau jual gambar ni” Ruby tunjukkan gambar aku dan Tg Badriah di telefonnya.

“Misteri Miss S terbongkar akhirnya.” Mereka ketawa kuat. Pantas aku ingin merampas telefon tersebut namun cepat sahaja tanganku ditangkap oleh Fitri. Ruby tersenyum mengejek.

“apa yang korang dapat buat aku macam ni?”

“kitaorang dapat duit lah. Satu Malaysia nak tahu identity Miss S. dengan bukti ni kitaorang boleh dapat banyak duit”

“Kalau kau berani cubalah. Hanya orang busuk hati je yang suka tindas orang macam korang ni. By the way, aku bukan Miss S. so, korang buatlah apa pun. Aku tak takut” mencerlung tajam mataku pada 2 makhluk yang menyakitkan hati itu. Lantas aku merempuh mereka berlalu ke dapur. Sakit hati lagi.


p/s : Selamat tiba di melaka bersama keluarga. beberapa hari lagi akan masuk semester baru di tahun terakhir Ijazah Sarjana Muda *********. Harap semua yang menunggu MBML terhibur. Maaf xdapat post panjang-panjang sebab taip mana sempat dulu. hihihihi

Monday, December 19, 2011

my boss my love 13


Hari ni saja dah 10 tempat aku pergi semata-mata nak cari kerja. Satu pun tak sangkut. Susahnya nak dapat kerja. Tulah dah elok-elok jadi setiausaha berhenti. Ni last aku pergi. Kalau tak dapat juga aku balik jelah. Esok usaha lagi. Restoren Selera aku masuk dengan penuh keyakinan.

“Assalamualaikum, kak”

“Waalaikumsalam. Adik nak makan apa?”

“Saya bukan nak makan. Saya dating nak minta kerja. Saya ada terbaca iklan yang kat sini ada kerja kosong”

“ooo. Nak minta kerja.” Akak tu pandang aku atas bawah. Tak sesuai ke kak?

“Adik pandai masak?”

“boleh.”

“Masak apa yang adik pandai?”

“macam-macam. Masakan kampung, goreng-goreng, western” fuh, aku tengak promote diri ni. Masak memang minat aku. Dari kecil aku belajar masak dari mak.

“macam nilah dik. Restoren akak ni memang nak cari tukang masak sebab tukang masak akak baru je berhenti. Akak bagi adik kerja kat sini sebulan dulu kalau masakan adik ok, adik boleh terus kerja sini” ucap akak tersebut. Aku angguk setuju. Alhamdulillah. Rezeki.

“kalau macam tu, bila saya boleh mula kerja kak?”

“esok boleh?”

“boleh. Lupa saya nak kenalkan nama. Nama saya Masleen. Akak?”

“Suraya. Panggil Kak Su” aku balas senyuman manis Kak Su. Tak sabar nak mulakan kerja esok. Horeeyyyyy dapat kerja.

“Lin, kenalkan pekerja kat sini, ni Ruby, Atiqah dan Fitri. Atiqah akan tolong Lin kat dapur.” Ucap Kak Su. Aku pandang rakan sekerjaku. Kemudian aku berikan senyuman. Hanya Atiqah yang sudi memandang. Ruby dan fitri dengan lagak sombongnya. Amboi mentang-mentanglah kau tu cantik menarik kau memang debom, kau pandang hina kat aku ye. Kalau muka cantik. Tak ada budi bahasa tak guna. Ingat aku heran sangat.

“ok, sekarang semua boleh mula kerja” ujar kak su. Lantas aku mengekori Atiqah ke dapur.

“Lin, jangan ambil hati dengan diorang. Diorang memang macam tu. Suka perasan bagus. Ruby tu adik Kak Su sebab tu lagaknya lebih. Fitri tu pulak pakwe dia” cerita Atiqah tanpa perlu aku Tanya. Aku hanya angguk. Biarlah. Aku datang sini nak kerja. Cari duit. Aku tak kisah macam mana diaorang nak terima aku.

“satu benda tiqah nak ingatkan. Lin, jangan baik sangat dengan Fitri tu, nanti tak pasal-pasal kena pecat”

“Sampai macam tu sekali” Atiqah angguk.

“Tukang masak yang dulu kena pecat sebab tu. Ruby tu cemburu tak bertempat.”

“biarkanlah dia. Sekarang. Tiqah tolong tunjuk ajar Lin k” Atiqah angguk dengan senyuman. Semenjak itu hanya Atiqah dan Kak Su kawan aku di sini. Ruby dan fitri memang jenis manusia tak suka bergaul jadi tak perlulah nak hiraukan diorang. Lantaklah diorang nak buat apa. Kak Su ramah orangnya. Tak sombong. Jauh berbeza dengan adiknya.

“Lin ada baca surat khabar tak?” soal Kak Su.

“tak pulak hari ini. ada berita menarik ke?” aku menjenguk surat khabar di tangan kak su

“Tak ada. Tapi akak tertarik pasal tokoh korperat yang sorang ni. Tengku Hairil bakal menerajui Megah Holding. Ingat tak, dulu dia pernah kena tangkap Khalwat. Makin glamour dia sekarang semenjak timbul kontroversi tu. Kalau akak dapat dia, memang dah tak cari lain lah”

Gulp. Aduh! Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal dia pulak. Untung apanya kak oi. Kalau harap muka je hensem buat pe. Perangai tak senonoh

“Dia kena tangkap dengan siapa kak. Tak bermoral sungguh diorang tu ye. Kalau tak tahan sangat, kahwin. Tak payah buat maksiat. Patutlah Malaysia ni makin panas. Ramai sangat yang buat maksiat kat sini” ucap atiqah sambil menyuapkan nasi ke mulut. Aku tak buat k. aku hanya senyum.

“daripada berita ni dengan secetary dia, Miss S. Tapi tak tulis pulak nama. Tulah hairan jugak akak. Kenapalah diorang tak kahwin je. Dengar cerita setiausaha letak jawatan serta merta. Tolak tuahlah perempuan macam tu. Tengku Hairil tu dahlah hensem, pengarah urusan pulak tu. Fuh, golongan kerabat raja pulak tu.” Amboi melangit pujian buat orang hensem dan berpangkat macam Tengku hairil. Jangan pandang orang kaya tu semua baik sebab harta.

“entah-entah perempuan tu dapat lelaki yang lebih kaya kot dari Tengku hairil”

“Lin, tolong sediakan masakan macam biasa” tiba-tiba Ruby muncul. Lega sebab dah tak payah dengar pasal kenangan silam aku lagi. Aku angguk akur. Sudah sebulan lebih aku bekerja dengan Kak Su. Sudah ku tahu masakan apa yang biasa itu. Seorang pelanggan yang tidak aku kenali, asyik order kuew tiaw goreng lembab dan telur mata sejak sebulan yang lalu. Hari-hari pulak tu. Korang nak tahu siapa pelanggan tu?. Malas aku nak selidik. Biar jelah. Dia nak aku buatkan. Apa susah.

“Nama kau Masleen kan” entah jin mana yang merasuk, tiba-tiba pulak Fitri menegur. Aku buat tak tahu. Malas layan.

“Aku macam pernah tengok muka kau” balasnya. Memanglah, dah kerja kat tempat sama.

“Kita pernah jumpa ke?” apasal mamat ni. Nak jumpa apanya? Tak ada maknanyalah aku nak jumpa dia. Tapi, entah-entah muka aku pernah terpampang kat surat khabar tak. Pasal beri khalwat tu. Ye ke? Tak mungkin. Mmm tetiba teringhat Tengku Hairil. Apa khabar dia sekarang? Dah lama masing-masing menyepi. Bonda ada juga telefon berbual. Tapi aku selalu berbual tak lama. Takut Tengku Hairil marah. Tapi apa-apa pun, diam lebih baik, akhirnya isu tangkap Khalwat itu lenyap begitu saja. Dah tiada sesiapa membahaskannya. Kecuali minah-minah kepoh. Dengarnya syarikat bonda dah bertambah kukuh. Alhamdulillah berkat semangat Tengku Hairil.

“Aku rasa aku tahu kat mana aku tengok you. Dah lama aku perhatikan you. Aku rasa betullah”

“suka hati” balasku ringkas.

“Dulu kau kerja dengan Megah Holding kan?. Setiausaha Tengku Hairil” aku pandangnya. Macam mana dia boleh tahu.

“betul kan?”

“salah. Aku tak kenal Tengku Hairil.”

“tipu. Kakak aku kerja situ. Dia pernah tunjuk gambar staf Megah Holding.” Kakak? Siapa pulak kakak dia ni?

“jangan mengarut” aku bangun. Malas nak layan. Nanti kalau Ruby si murai tu Nampak. Tak pasal-pasal aku kena maki.

“Jadi, malu ye sebab tak berjaya goda Tengku Hairil?” Aku berpaling. Agak biadap mulut jantan ni. Aku bagi jelingan maut,

“aku tak hairan pun Tengku tu tolak kau. Muka tak cantik ada hati nak perangkap Tengku” aku cilikan jugak mulut budak ni. Apa kaitan pulak dia nak peril-perli aku.

“Ada apa-apa lagi?” soalku dengan senyuman.

“Nah” dia hulurkan sesuatu kepada aku. Kotak. Perlahan aku buka. Aku pandangnya

“Aku bagi cermin tu, supaya kau boleh cermin muka kau. Tengok betul-betul. Jangan perasan sangat” ucap Fitri dengan ketawa. Dan aku dengar ada suara ketawa yang lain mengiringi. Siapa lagi kalau bukan Ruby. Diorang memang saja nak cari pasal dengan aku.

“sayang, tak baik you buat dia macam tu. Tengok dah merah muka dia. Malu” ucap Ruby

“I nak dia sedar diri”

“apa masalah kau orang?”

“Tak ada apa-apa. Kau tu yang bermasalah” balas Ruby. Mereka ketawa lagi. Aku tarik nafas dalam-dalam. Manusia macam ni memang begitu. Kerjanya cari pasal dengan orang. Baik jangan layan.

“ok” ucapku ringkas. Terus berlalu dari situ. Hanya itulah satu-satunya cara terbaik buat diorang bengang sebab plan nak kenakan aku tak menjadi.

“thanks hadiah ni” aku senyum. Ruby dan Fitri tercengang. Plan tak menjadi. Dasar manusia tak da kerja. Sibuk nak cari kerja menyakitkan hati orang


p/s : assalamualaikum semua. maaf lama tak post MBML. Buzy sangat dengan Cinta Darmia yang masih perlu di edit. Mungkin nani akan post MBML 14 lambat banyak, sebab nani nak kena fokus pada CD. nak buat penambahbaikan dan pembetulan sebelum masuk editing atas permintaan pihak penerbit. katanya supaya CD boleh jadi novel bestseller. best tak best korang nilailah sendiri nanti. Nani cuba buat yang terbaik untuk kepuasan pembaca. Terima kasih atas sokongan anda kepada karya2 nani. Nani bukanlah penulis hebat tetapi nani nak jadi hebat. :)

Wednesday, December 14, 2011

SYUKUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali nani nak ucapkan terima kasih kepada pembaca yang komen entry BINGUNG... Alhamdulillah, masalah dah settle... hihihihihi.... Korang dah bantu nani merungkaikan satu masalah.

Yang ke 2 Nani nak minta maaf sebab belum berkesempatan postkan MBML berikutnya sebab nani sibuk sangat sekarang dengan agenda baru. nanti kalau berkesempatan Nani post k

Ketiga, Nani nak kongsi berita gembira dengan korang semua. Nani rasa happy sangat sebab akhirnya CINTA DARMIA akan diterbitkan ke versi cetak. Alhamdulillah dah lepas sesi penilaian. Pihak SR pun dah setuju nak terbitkan. Tadi baru selesai hantar sinosis belakang buku kat SR. Insyaallah Kalau tiada aral melintang, karya sulung nani tu akan menemui anda awal tahun 2012. tapi apa-apa pun tetap nak minta doa dari kalian, sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Tolong doakan yang terbaik untuk CD. Buat pembaca CD dan blog DESAITUINDAH yang menanti dengan penuh sabar dan setia, Terima kasih.

Monday, December 12, 2011

BINGUNG


Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca tulisan yang seterusnya.

di sini Nani ada sedikit kemusykilan mengenai soal agama. Nani ingin bertanya kepada semua pembaca yang mempunyai pengetahuan mengenai hukum hakam agama.

"Dalam prosedur perkahwinan, semasa bernikah suami akan menandatangani surat cerai taklik. Antara isi kandungannya, jika suami gagal memberi nafkah pada isteri zahir dan batin selama 3 bulan berturut2 maka akan jatuhlah talak satu."


jadi Nani ingin tahu, jika seorang suami meninggalkan isterinya selama 4 tahun tanpa memberi nafkah zahir dan batin adakah telah jatuh talak? adakah benar, talak tidak akan jatuh selagi isteri tidak mengadu perihal tersebut kepada kadi?



Tolonglah nani selesaikan masalah ini, kalau boleh, tolong bagi bukti-bukti yang kukuh seperti hadith, undang-undang syariah dll.....

p/s : Nani hargai pertolongan anda

Saturday, December 10, 2011

my boss my love 12


Setelah dua hari meng’off ‘ kan hanset. Akhirnya aku on kan balik. Mak oiii…. Banyak sungguh missed call dan masej. Padan muka kau. Kau ingat aku akan maafkan kau?. Boleh kirim salamlah. Mak dah tak cakap apa-apa lagi. Dia faham perasaan aku tika ini agaknya. Masih bersedih. Aku pun harap mak tak ungkit apa-apa pasal kejadian malam tu. Biarkan jelah. Pantas aku mark semua mesej. Delete semua. Tapi…… tak boleh jadi. Aku buka satu persatu mesej dari Tengku Hairil. Semua tulis minta maaf, sorry, I tak berniat, I tak sengaja. Bosan. Mesej terakhir. Malam tadi di hantar.

‘Lin bonda sakit. Kat hospital. Dia nak jumpa you’

What???????? Tengku badriah sakit?. Tenat ke? Aku jadi tak senang duduk. Walau apapun yang Tengku Hairil buat pada aku, aku tetap sayangkan Tengku Badriah seperti ibuku sendiri. Macam mana ni? Dia kat hospital mana? Sakit apa? Aku dah tak tentu arah. Dia sakit sebab aku ke? Aduhai apa aku nak buat?. Call Tengku Hairil. Tak mungkin. Akhirnya aku menghubungi bangle Tengku Badriah. Lebih baik cakap dengan bibik. Setelah mendapat sedikit maklumat terus aku bergegas ke hospital. Pintu wad yang menempatkan tengku Badriah ku tolak perlahan. Aku melangkah masuk.

“Lin” Tengku Hairil bangun. Terus aku meluru kea rah Tengku Badriah yang Nampak lena.

“Bonda, Lin minta maaf” ucapku. Pantas tangan Tengku Badriah ku kucup. Airmata menitis melihat tubuh Tengku Badriah yang lesu.

“Lin” aku angkat muka memandang Tengku Badriah.

“Terima kasih sebab masih sudi tengok bonda” ucap tengku Badriah.

“bonda jangan cakap macam tu. Lin saying bonda” balasku. Drama airmata telah terjadi.

“Bonda minta maaf dari pihak Aril. Maaf kerana malukan Lin dan keluarga. Bonda salah. Tak pandai didik Aril” ucap Tengku Badriah. Tangannya memegang pipiku. Airmatanya turut tumpah. Aku geleng.

“Bonda tak salah. Bonda rehatlah. Jangan fikir apa-apa lagi.”

“tak, bonda tak boleh rehat. Banyak benda bonda kena fikir. Reputasi syarikat bonda dah terjejas Lin. Bonda tak boleh rehat.” Kesian wanita tua itu. Bersusah-payah mempertahankan syarikatnya. Dahlah syarikat baru hendak pulih sekarang masalah lain pula timbul. Sedikit sebanyak kes tangkap khalwat Tengku Hairil menggangu gugat perjalanan syarikat.

“Aril yang salah bonda. Kalaulah Aril tak ikutkan kata hati, semua ni takkan jadi. Aril minta ampun bonda” Tengku Hairil bersuara. Tengku Badriah diam. Agaknya makan hati dengan sikap anak tunggalnya.

“Aril janji, mulai hari ini Aril akan tebus balik kesalahan Aril. Aril akan pastikan syarikat kita kembali pulih. Aril janji bonda” Tengku Hairil pegang tangan Tengku Badriah. Meminta simpati ibunya.

“Cukuplah apa yang Aril dah buat. Sekarang Aril buatlah apa pun yang Aril nak. Bonda takkan masuk campur lagi” Tengku Badriah memusingkan badan. Perlahan matanya ditutup. Aku hanya memandang. Tengku Hairil bangun. Melangkah keluar dari ruang kamar itu. Aku tahu dia terluka dan aku sedar ada airmata yang mengalir di pipinya. Sedikit terkelu lidah bila melihatnya. Tak pernah aku lihat lelaki ego itu menangis. Pertama kali dalam sejarah hidup aku lihat dia menangis. Biarlah dia sedar apa yang telah dilakukannya. Bak kata orang, manusia belajar dari kesilapan. Mudah-mudahan dia akan jadi lebih matang dalam berfikir di masa akan datang.

Sedar tak sedar sudah seminggu aku berulang-alik ke rumah Tengku Badriah. Menjaga wanita itu. Kalau bukan kerana kasihan, aku tidak mungkin ke situ. Tengku Hairil pula sibuk dengan urusan pejabat. Keluar pagi balik lewat tengah malam. Kadang-kala hamper subuh baru pulang. Sepanjang aku berulang-alik ke situ belum pernah aku bersua muka dengannya. Tengku Badriah juga tidak mahu berbicara mengenai anak tunggalnya. Mungkin hatinya benar-benar terguris. Hari ini aku datang awal daripada biasa. Pukul 7 sudah tiba di banglo Tengku Badriah bersama nasi lemak dari air tangan aku. Tengku Badriah yang beria-ria ingin menikmatinya. Mahu tidak mahu aku turutkan juga. Tak elok hampakan harapan orang yang sedang sakit. Lagipun cuaca kelihatan hendak hujan. Takut nanti hujan pulak. Jadi sebelum hujan turut baik aku tiba dulu di bangle itu. Belum sempat aku mengetuk pintu, ia telah terbuka dan wajah Tengku hairil muncul di situ. Kemas berpakaian pejabat. Wajahnya serius memandangku. Aku hanya diam membisu. Agak takut untuk membuka mulut.

“buat apa kat sini?” soalnya serius.

“Lawat bonda.” Balasku

“buat apa nak lawat bonda hari-hari?”

Aku terdiam. Tiada jawapan.

“Mulai hari ini you tak payah lagi datang. I ada. Tahulah I jaga bonda. you tu orang luar. Bukan menantu dia pun. Tak payah susahkan diri ke sini.” Ucapnya. Aku seakan tidak percaya yang sedang bercakap sekarang adalah Tengku Hairil. Tak pernah dia sekasar itu.

“Kalau ikutkan hati, memang I tak nak datang. Tapi nak harapkan you jaga bonda? Boleh ke?” sinis aku membalas.

“yang you menyibuk sangat ni kenapa? You dengar sini, mulai saat ini I tak nak you panggil ibu I bonda lagi. You tak ada kaitan dengan I dan bonda I. Just leave ok. Pergi buat kerja you. Jangan menyibuk lagi kat sini. Kalau boleh I tak nak tengok lagi muka you depan I. I meluat tengok perempuan sombong macam you” marah Tengku Hairil. Tersentap rasa hati. Rasa terhina pun ada. Dia kata aku sombong. Aku takkan jadi sombong kalau bukan kerana dia. Dia terus berlalu. Aku terkelu di situ. Hanya memandang keretanya hingga hilang dari pandangan. Kau tak nak tengok muka aku? Aku 100 kali tak hingin tengok muka kau. Marahku dalam hati. Pantas bekas berisi nasi lemak ku letakkan di tepi pintu dan aku terus berlalu dari banglo itu dengan hati yang bengkak.


p/s : Seperti yang di janjikan untuk korang.... Nani hargai semua pembaca kat blog ini walaupun nani tak pernah tulis nanma dia... tapi pada silent reader tu, tinggal-tinggalkanlah komen supaya nani tahu siapa pembaca nani. kalau kome diam je, manalah nani nak tahu... ye x???? tapi pe2 pon terima kasih sudi baca karya saya yang tak seberapa

Friday, December 9, 2011

TROFI MY BOS MY LOVE...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca.

I sangat terharu baca semua komen korang. Memang betul-betul hilang tension I. thanks u’ll. Semalam I baca rasa nak menitis airmata dan pagi tadi I baca lagi, rasa nak gelak sampai putus urat kentut, hahahaha… u’ll memang best la. Sekarang I dah ok balik. Sekarang I nak buat ucapan sikit

1. Buat Masz Mukhtar dan Iffah Afeefah

Sometimes aku rasa tanpa korang hidup aku sunyi. Terima kasih sebab selalu menyokong aku. Terima kasih kerana selalu ada bila aku susah. Terima kasih sudi jadi sahabat aku saat suka dan duka walaupun aku ni bukanlah sahabat yang baik. Terima kasih T_T…… terharu tak???

2. Salina Azni

Praktikum kat Melaka. Praktikum terakhir sebelum tamatkan pengajian nani tahun depan. Terima kasih atas jemputan. Tapi tak boleh keluar dari Melaka. Hihihihihi.

3. noorhayaty85

Dah tak emo. Sudah ok. Baca komen awak buat saya senyum dan rasa di hargai. Terima kasih atas sokongan

4. YONG JIAO XIU

Aiyak……. Tak boleh praktikum jauh2…. Rumah nani kat Terengganu. Jaraknya dari Melaka 8 jam perjalanan. Terima kasih atas komen yang bias menerbitkan sengihan di bibir. Huhuhuhu

5. rose^zora

susahkan nak pentingkan diri sendiri… walau bagaimanapun mesti akan fikirkan orang lain juga. Tapi nani percaya, ada hikmahnya Allah ciptakan kita macam ni. Penuh kelembutan dan kesopanan.. betul tak???? Yang lain sila jangan jeles…. Hihihihi

6. eija

rilek suda. Thanks

7. QasehSuci

Saya setuju dengan komen saudari

Jadi, esok kalau tak ada aral melintang I postkan MY BOS MY LOVE khas buat yang sudi tinggalkan komen kat I dan juga sebagai tanda terima kasih buat korang yang sudi meluang masa membaca di sini. Jumpa MY BOS MY LOVE esok k