THANK YOU

Friday, April 22, 2016

Warna Hati


Assalamualaikum dan salam sejahtera bt semua.... nmpak x cover yg gojes tu, nk bagitahu itulah novel ke 2 dr naniey Warna Hati.... cerita tentng puteri batrisya n tengku iskandar.... masih ingat? Alhamdulillah....akhirnya bakal menemui para pembaca di PBKL 2016 nanti.... di bawah ANAASA PUBLICATION

Naniey nak ucapkan terima kasih bt semua yang sudi membaca Warna Hati di blog nani.. terima kasih juga kerana sentiasa menunggu WH. Sudah bertahun x update. Akhirnya WH siap dlm versi cetak. Khas utk anda semua... jangan lupa dapatkan dan baca apa kesudahan kehidupan Puteri Batrisyah dan Tengku Iskandar


Psstt.. jgn terkejut tengok nama hero n heroin lain dalam novel sebab memang naniey ubah nama diorang iaitu Zara Arissa (puteri Batrisyah) dan Tengku Irsyad (tengku iskandar)..... tapi jalan cerita masih sama dan lebih dramatik lg.... dengan ragam Miss SS n Tengku Laili..... jgn lupa tau dapatkan di pasaran.... hihihihi

Boleh dapatkan secara online dengan Anaasa Publication yer...

Jom jumpa naniey di Pesta Buku Kuala Lumpur 2016 di MAEPS Serdang pada 29 n 30 April di booth Anaasa Publication... jangan lupa tau....


Dapatkan hadiah2 menarik di booth Anaasa Publication..... jumpa korang kat sana yerr.....

Bacalah dengan hati yang terbuka dan minda yang berfikir
Kerana cinta itu universal

Ku dedikasikan khas WARNA HATI pada semua yang sudi membacanya...... lot of love.... NANIEY TJ




Wednesday, January 20, 2016

WARNA HATI special episode

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

buat semua pembaca blog Desa Itu Indah. lama sudah tidak bersua. sibuk dengan pekerjaan juga talian internet yang sangat slow di pedalaman Sarawak tersangat membataskan masa untuk berada di sini sehingga lama-kelamaan blog ni sunyi tanpa berita.

terima kasih buat yang sudi berfikiran positif dalam menanti post2 dari nani. Maaf buat yang kurang senang dengan kesunyian blog ini. penulisan di blog ini mungkin sukar untuk dilaksanakan sekarang tidak seperti beberapa tahun yang lepas, semasa nani masih bergelar pelajar yang tidak mempunyai banyak komitmen. blog ini mungkin nani gunakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan nani dalam dunia penulisan memandangkan sekarang nani lebih serius untuk menerbitkan karya-karya nani ke versi cetak. itu satu kepuasamn pada diri nani sendiri dan nani harap para pembaca akan menerima keputusan ini dengan baik dan terus memberikan sokongan.

berita gembira buat semua yang setia menunggu WARNA HATI. Alhamdulillah, warna hati sudah pun siap sebagai manuskrip yang bakal dicetak oleh sebuah syarikat penerbitan novel di mana manuskrip tersebut telah pun lulus penilaian. Akhirnya penantian kita semua bakal berakhir di mana novel warna hati akan berada di pasaran pada suatu tarikh yang akan saya maklumkan kemudian.

Watak-watak dalam karya WARNA HATI Puteri Batrisya dan Tengku Iskandar sudah saya ubah nama-nama mereka kepada Zara Arissa dan Tengku Irsyad. Akhir kata terima kasih sekali lagi buat anda yang sering bertanya, WH lahir daripada sokongan juga komen-komen kalian. insyaallah

Selepas WH, My BOSS My LOVE akan menyusul ke versi cetak juga. sudah berada dalam perancangan dan masih dalam proses menyiapkan manuskrip. jika tiada aral melintang (yang pasti bukan tahun ini) nani akan siapkan mss tersebut. doa-doakan nani menyudahkan MBML. insyaallah.

sebelum mengundur diri, terimalah hadiah teristimewa buat semua. pengubat rindu pada WH




EPISOD ISTIMEWA

Alunan muzik sentimental terdengar merdu menjadi hawa telinga. Dengan suasana yang ku kira cukup romantik untuk pasangan yang bercinta ala-ala fairy tale gitu.  Aku berdiri tegak di hadapan pintu menunggu ketibaannya. Di tangan sekuntum mawar merah khas untuk yang tersayang. Akhirnya Tengku Irsyad muncul dengan langkah perlahan.
“Surprise!!!” aku tersenyum lebar memandang Tengku Irsyad yang kelihatan sedikit terkejut melihat suasana indah di laman belakang rumah yang sudah dihias indah oleh aku, Mak Jah dan Pak Mat siang tadi. Dia pandang aku lama. Mungkin terkejut, mungkin kagum atau mungkin juga tergoda dengan gaun separas lutut bewarna merah hati yang aku pakai sekarang.
“just for you” aku hulurkan mawar merah padanya. Macam terbalik pulak kan. Tapi tak kisahlah asalkan kisah ni berjalan dengan sempurna. Tengku Irsyad sambut huluranku dengan kerutan di dahi.
“thanks. Tapi ada apa-apa yang abang tak tahu ke?”
“malam ni special untuk kita berdua” ucapku sambil memaut lengannya. Membawa dia duduk ke kerusi yang telah tersedia.
“ada apa-apa ke ni?” dia pandang aku minta jawapan dari persoalannya.
“hari ini hari apa?” soalku padanya.
“Khamis”
“betul. Abang tak ingat?”
“mmm... ingat apa ye?” soalanku berbalas soalan. Mungkin dia betul-betul lupa agaknya.
“hari ni, hari terakhir perjanjian kita selama sebulan. Sya nak celebrate hari ni supaya, ada sesuatu yang indah untuk Sya kenang bila kita berpisah nanti.”
“oh, dah sebulan? Cepatnya” ucapnya perlahan. Macam tak percaya pun ada. Namun cepat-cepat dia ukirkan senyuman.
“well, Let’s celebrate” aku tersenyum sebelum menyambung bicara.
“Sya akan pastikan abang tak lupakan hari ni. Malam ini hanya untuk kita berdua saja” ucapku memandang tepat ke wajah Tengku Irsyad. Dia balas dengan senyuman.
“sedapnya bau. Siapa masak ni?” soalnya lagi.
“Abang rasa?”
“tentulah sayang yang masakkan?.” Aku angguk. Senang hati dengan bahasa yang digunakan kali ini. Lembut dan penuh kasih sayang.
“Patutlah sedap sangat baunya. Biar abang rasa dulu” terus dipotongkan sedikit chicken chop di pinggannya sebelum disua ke mulut.
“sedap?” soalku. Dia angguk sambil menyuapkan lagi makanan ke mulut.
“nah” aku suakan sedikit daging yang telah kupotong ke mulutnya. Dengan selamba Tengku Irsyad membuka mulut. Terus sahaja tanganku ditarik mendekati. Berselera betul dia makan.
“sedap sangat ke?” soalku dengan senyuman yang panjang. Tengku Irsyad mengangguk.
“lapar” ucapnya.
“Abang belum makan lagi?” Tengku Irsyad geleng.
“Abang sibuk sangat. Tak sempat”
“apa yang sibuk sangat sampai tak sempat makan. Abang kena jaga jugak kesihatan”
“yes madam. I know.” Ucapnya dengan sengihan
“dah tahu pun buat jugak” sengaja aku lontarkan nada tidak puas hati.
“sejak bila isteri abang ni pandai membebel?.”
“so, abang tak suka?”
“siapa cakap?”
“sukalah?”
Tengku Irsyad berhenti mengunyah. Perlahan dia sandarkan tubuhnya ke kerusi. Matanya tepat memandang wajahku hingga aku tertunduk malu.
“nak menari?” soalnya tiba-tiba. Aku angkat muka.
“tak pandai” terus dia bangun menghampiri.
“Abang boleh ajar” Tengku Irsyad menyambar tanganku yang berada di paha. Aku ikut sahaja rentaknya. Pinggangku di rangkul erat.
“Abang..”
“mmmm”
“nanti kalau kita dah tak ada apa-apa, abang akan rindukan Sya tak?” soalku. Perlahan kepala ku sandar ke dada bidangnya.
“mestilah”
“kita masih boleh berkawan?”
“of course”
“tapi kalau wife abang marah?”
“kenapa kita perlu bercakap benda yang belum terjadi.”
“Sya tanya je”
“nanti Sya macam mana?” soal Tengku Irsyad.
“I?” aku diam. Berfikir seketika
“Sya macam inilah.”
“boleh ke Sya jaga diri?” wajah Tengku Irsyad beriak risau.
“jangan bimbang, Zailan kan ada”
“boleh tak jangan sebut nama Zailan depan abang ”
“kenapa? Abang tak suka Lan?. He is my bestfriend”
“Sya nak kahwin dengan dia?”
“apa abang merepek ni. Mana mungkin Sya kahwin dengan dia selagi Sya ni masih isteri abang.”
“so, act like my wife. Abang tak suka Sya mention nama dia selalu depan abang”
“jelous?”
“of course. I’m your husband” balasnya bernada geram. Terus aku angkat kepala. Tarian kami terhenti. Betul ke apa yang aku dengar.
“siapa Sya pada abang?” soalku
“you’re the one and only wife. You’re my friend”
“selepas malam esok, Sya bukan lagi isteri abang.”
“please don’t say it”
“itu hakikatnya. Terima kasih untuk semua yang abang lakukan untuk Sya. Sya hargai sangat. Sya takkan lupa kenangan kita”
“abang..abang....” Tengku Irsyad kematian kata-kata. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan saat itu.
“Sya ada hadiah untuk abang dan Linda” terus aku berjalan ke meja makan. Mengambil sebungkus hadiah yang berbalut cantik di bawah meja.
“this is for you and Linda. I hope you like it” aku ukirkan senyuman manis sambil menghulurkan bungkusan tersebut kepadanya. Dia hanya memandang tanpa menyambut huluranku.
“why you do this?” Tengku Irsyad menyoal.
“entah”
“Sya buat abang serba salah”
“untuk apa?”
“semuanya. Sya buat abang keliru.”
“abang tak perlu keliru . Just trust yourself. Trust your heart.  Sya mungkin tak layak untuk abang. Dan Sya harap abang akan bahagia dengan pilihan hati abang sendiri” balasku.
“do you love me?” soalan Tengku Irsyad kali ini buat aku terkedu namun perlahan aku ukirkan senyuman.
“shall me?” sengaja aku menduga. Tengku Irsyad pula terdiam. Serba salah. Apa yang perlu dilakukan saat ini. Hanya memandang antara satu sama lain bersama seribu rasa yang pelbagai.
“just accept my gift. Thank you for being good husband for me. I wish you happy always and take care of yourself.” Aku tarik tangannya. Hadiah ku letakkan di tapak tangannya.

“Sya masuk dulu” terus aku berlalu. Berharap dia akan memanggil dan memelukku saat itu tapi itu sekadar anganan ku sahaja. Perlahan airmata yang cuba ku tahan menitis. Entah kenapa ia perlu mengalir saat ini. Yang pasti aku cuba mengurangkan bebanan dihati.


P/S : bagaimana ia bermula dan bagaimana ia berakhir, sama-sama kita nantikan di pasaran, insyaallah

Sunday, May 18, 2014

Bersih

Hi guys,
Assalamualaikum. I'm back.....

Kerja2 pembersihan blog akan d jalankan.... sebelum desa itu indah kembali beroperasi... kesetiaan anda sgt2 sy hargai......

Wednesday, May 1, 2013

My lovely SKD

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca

ALHAMDULILLAH.... baru sahaja selesai majlis pelancaran novel SKD di majlis pelancaran novel terbaru siti rosmizah iaitu CURI-CURI CINTA.... terima kasih nani ucapkan buat kak Siti Rosmizah dan staf SR Publication atas kesudian memperkenalkan saya sebagai salah seorang penulis di bawah SR Publication..

pelancaran novel SKD at Sunway Putra Hotel.... awesme!!!
cuba teka sapa kat sebelah tu?? i sibuk berposing, dia pulak sibuk layan pemnat.
Hope  1 day i akan jd pnulis cam dia

Booth SRP di dewan Tun Hussein Onn H01 dan H02 sangat meriah dengan kehadiran ramai peminat-peminat novel tanah air. selaku salah seorang ahli dalam SRP nani ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi mengunjungi dan memeriahkan booth kami.

my baby yang da masuk cetakan ke 3

Berita terbaru yang nani terima pada pagi tadi di facebook SR Publication adalah SKD telah memasuki cetakan ke 3 menjadikan jumlah naskahnya 15 000 unit.

SR PUBLICATION (Sila klik)

TAHNIAH! TAHNIAH! PADA PENULIS-PENULIS SR PUBLICATION. NOVEL-NOVEL YANG TELAH PUN MASUK CETAKAN. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PEMINAT SEMUA. TANPA ANDA SRP TIDAK AKAN MELANGKAH SEJAUH INI.

1. HANYA DIA DIHATIKU-AIN MARISSA CETAKAN KE2 (10 RIBU)
2. SETITIS KASIH DARMIA-NANIEY TJ CETAKAN KE3 (15 RIBU)
3. BIDADARI SALJU-MIA KIFF CETAKAN KE4 (20 RIBU)
4. CURI-CURI CINTA-SITI ROSMIZAH CETAKAN KE2 (40 RIBU)

KAMI JUGA INGIN MEMAKLUMKAN NOVEL-NOVEL INI ANTARA YANG TELAH DISENARAIKAN UNTUK DI DRAMAKAN OLEH SR ONE SDN BHD SELAKU PRODUCTION HOUSE. TAHNIAH DARI KAMI UNTUK SEMUA PENULIS2, SEMOGA KITA AKAN TERUS MELANGKAH DENGAN JAYANYA! PENULIS2 SRP BAKAL PELAPIS SR!

Terima kasih buat semua yang menyokong perjalanan karya nani, samada yang tua ataupun yangmuda. nani berharap dunia penulisan kreatif di Malaysia akan terus berkembang maju. berita gembira bagi yang meminati drama-drama tv yang di adaptasi dari novel, SR Publication kini mengembangkan sayapnya ke dunia penerbitan filem dan drama. alhamdulillah SKD juga turut tersenarai untuk di dramakan. Insyaallah jika di beri umur yang panjang dan di murahkan rezeki, dapatlah anda menonton SKD di layar perak. sama-sama kita berdoa agar segalanya berjalan lancar.

bersama kak Ain Marissa dan peminat di booth SRP

akhir kata, nani ucapkan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan. terima kasih juga buat yang sudi menemui nani di booth SR Publication. Nani rasa sangat seronok dapat bertemu anda dan berharap kita dapat bersua lagi pada tahun hadapan. Insyaallah..


p/s : berbilion terima kasih buat my sis yg sudi temankan i yg lonely.... sangat terharu sebab sanggup amik cuti semta-mata demi adiknya ini.... thanks jugak buat adik i yg buzybody tp ok la sebab boleh jd photogrphr... huhuhuhuhu... luv u'll ketat2!!!!!

with my sister in Sunway Putra Hotel

Adik i yang teruja dapat  bergambar bersama my big boss

Saturday, March 30, 2013

RUNGUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Hari ni masih nak merepek di sini. pejam celik2 dah 4 bulan nani menganggur. sebenarnya best jadi penganggur,
 *duk rumah dengan mak ayah,
 *main dengan adik,
 *gaduh dengan sepupu2 yang nakal
 *belajar jadi mak orang....hahahahaha.... maklumlah nani ada rmi spupu n ank buah yg kecik2

penat tapi happy....... dalam happy2 pon ada gak rasa sedih. sedih sebab tak ada duit. kering kontang dah segala sumber. *jgn jd hamba duit.... nak minta segan.. last2 asyik buat loan jer ngan pama n akak...rasa terbeban jugak bila asyik meminjam. tapi sebenarnya ada baik jugak, boleh kawal nafsu dari beli benda-benda mengarut.

bila dah besar ni, ada rasa useless je bila tak mampu nak sara diri sendiri jauh sekali mak ayah..... dua bulan yang lepas ada jugak kerja kantin sekolah dapatlah jugak sikit duit boleh bantu mak ayah beli barang dapur. tapi tak tahanlah nak kerja dengan orang yang pentingkan diri. x reti nak tolong menolong. kerja pon berat sebelah.... tension... last2 nani berhenti je... ble b'henti ni ada jugak rasa menyesal tapi sebenarnya banyak benda yang nani nak buat cuba kewangan yang tak mengizinkan.

so, nani mohon sangat kat pihak yang bertanggungjawab, silalah postingkan kami cepat-cepat... dan semua yang membaca doakan nani dan rakan-rakan yang masih menunggu agar di postingkan dengan segera...k



khas buat yg bertanya

from : Ira Md Noor  

tak tahu mcm mana nak kontact nani.. just nak info..dah beli novel setitis kasih darmia..ada byk muka surat yg missing..mcm mana nak pulangkan balik

Assalamualaikum Ira. terima kasih atas pertanyaan. mungkin SKD yang Ira beli ada kesilapan teknikal. Ira emailkan kerosakkan yang berlaku ke staf@srpublication.com.my. pastu sertakan bukti buku yang rosak dan diorang akan ganti dengan novel yang baru .  Untuk maklumat lanjut

Ira boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan SR Publication 
di talian :  03 6034 5418

atau berhubung melalui facebook SR
http://www.facebook.com/pages/Siti-RosmizahSR-Publication/238285629523989?fref=ts

jika masih ada masalah, ira boleh berhubung dengan nani melalui email
nanieytj@ymail.com

Friday, March 29, 2013

BERSUA LAGI

BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM

YA Allah....banyaknya sawang kat blog ni..... lama sangat tak menjenguk..bukan kerana sibuk, tetapi kerana line internet yang kurang baik sentiasa menyelubungi untuk 3 bulan ini.... apa khabar semua pembaca di sini? nani harap semua sihat. Nani? sedang batuk2 dan sakit kerongkong.... mungkin cuaca panas sangat kot.


tak lama lagi PESTA BUKU KUALA LUMPUR akan berlangsung dari 26 APRIL hingga 5 MEI.... Di PWTC..... team SR Publication akan berada di sana. In shaa Allah pada 27 APRIL iaitu hari SABTU akan diadakan majlis pelancaran bagi novel terbaru SITI ROSMIZAH dan tak lupa novel-nevel di bawah SRP termasuklah SETITIS KASIH DARMIA. In shaa Allah nani akan berada di sana pada hari pelancaran dan juga di booth SRP bagi bertemu peminat pada beberapa tarikh sepanjang PBKL yang akan nani beritahu di masa akan datang. 

jangan lupa datang untuk memberi sokongan kepada semua penulis yang bakal hadir juga menambah ilmu dengan bahan-bahan bacaan yang tentunya berkualiti.... mudah-mudahan kita dapat berjumpa di sana.

CARILAH ILMU SEMASA HIDUP KERANA BILA KITA MATI ILMU YANG BERMANAFAAT AKAN KITA BAWA SEBAGAI BEKALAN.....

Friday, November 9, 2012

JUAL...jual...jual....



Assalamualaikum semua....

wahhh dah lama rasanya nani tak menjenguk orang2 di sini?? semua sihat? alhamdulillah..... ad yg tak sihat??? banyak-banyakkan berehat..... sekarang dah masuk musim tengkujuh.... da habis belajar.... mencari kerja.....mmmmmm

Sebenarnya nani nak tanya kat kwn2 semua, ada tak yang belum beli novel pertama nani?? SETITIS KASIH DARMIA..... berminat nak beli? nak tandatangan sekali?.... sila order sekarang dengan nani.... sila tinggalkan nama alamat n no fon kt sini @ emailkan pada nani di nanieytj@ymail.com..... order dibuka hingga hari selasa 13/11/2012 krn nani nak order dengan srp

harga buku RM26.90 tak termasuk pos.... untuk pos akan nani beritahu kemudian kerana nani akan b'tanya terlebih dahulu di pejabat pos..... sebarang kemushkilan sila tinggalkan komen @ jst email.....

sekian berita pd hari ini...sokongan dan perhatian anda nani ucapkan terima kasih

Wednesday, October 3, 2012

Akulah Darmia

Aku memang seorang yang sangat mudah berkecil hati....
tapi tak semua perkara aku simpan lama dalam hati.....
Aku juga punya budi bicara, andai kata kesilapan itu mudah dilupakan
Maka aku akan segera lupakan.....

Aku bukan manusia pendendam....
orang kata, insan yang baik suka memaafkan
Jika itu kata orang, aku sanggup mengatakan diri aku jahat
Maaf, bukan senang nak di lestarikan
semudah bibir mengungkap perkataan MAAF

Mungkin kamu mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk memaafkan....
tapi maaf, aku akui aku insan yang lemah
aku tiada kekuatan luar biasa untuk segera memaafkan
Aku perlukan masa dan ruang untuk melupakan

Aku biarkan kamu menyatakan apa sahaja
kerana aku tahu, kamu dan aku adalah dua insan yang berbeza
kamu kuat, aku lemah
kamu yakin, aku tidak
kamu punya semangat, aku hanyalah seorang pengecut
aku akui kamu insan hebat mampu berdiri melawan apa sahaja yang terjadi

Aku sudi dilabelkan bermacam-macam
kerana aku tahu, siapa aku..........
Aku hanyalah seorang Darmia
Gadis kampung yang serba kekurangan


korang dah dapatkan SETITIS KASIH DARMIA?.... belum? kenapa belum? cepat dapatkan. Insyaallah pertengahan bukan oktober SKD bersama rakan-rakan yg lain akan berada di kedai-kedai buku berhampiran anda.... segera dapatkan..... nak maklumkan SKD dah masuk cetakan kedua. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki, tapi apa-apa terima kasih pada yang sudi memuji, memberi komen dan paling penting yang sudi membaca.

LUV U'LL..... daripada hati paling dalam.... NANIEY TJ

Wednesday, September 19, 2012

review SETITIS KASIH DARMIA


"Semua orang kata saya terlalu naif.....

apa pun yang khairul amir lakukan, saya hanya diam, turutkan sahaja kata-katanya...

tapi semua orang tak tahu, saya lebih takut kalau kak Liza tahu rahsia kami...

demi kak Liza saya sanggup biar pun saya terpaksa gadaikan kebahagiaan saya...

Sebab saya dah cukup bahagia bila dia gembira....

Khairul Amir adalah lelaki yang hadir melafazkan ijab kabul pada saya suatu waktu dahulu...

Pertemuan kami terlalu singkat...... hanya beberapa jam sahaja

tapi Kak Liza hadir sudah lebih 20 tahun dalam hidup saya...

kalau awak di tempat saya,

saya pasti, awak pun takkan sanggup lihat kak Liza kecewa semata-mata kerana keangkuhan Khairul Amir, kan?? - Darmia



Aku kejam!!

Ya! memang aku kejam...

aku benci perempuan tak ada maruah...

seharusnya sebagai perempuan korang kena jaga maruah korang baik-baik sebab lelaki memang suka ambik kesempatan....

tapi....... dia lain.... dia cantik, dia lembut, dia sopan dan dia juga tak ada maruah...

sanggup perangkap aku supaya kahwin dengan dia....

tapi, aku tak tahu kenapa....

parasnya menganggu egoku....

sabar dan diamnya.... memadamkan marahku....

lalu aku keliru dalam rasa yang satu.....
Dia buat aku sengsara...

dia buat aku derita menanggung rasa cinta...

dan dia buat aku sedar bahawa takdir kehidupan aku, bukan ada di tangan aku...

tapi Allah yang mengaturkan kami bertemu dalam keadaan yang memalukan dan....

Dia juga mengaturkan hatiku untuk sntiasa mencintai isteriku yang satu, Darmia - Khairul Amir


Cinta kadang-kala membawa bahagia,

cinta juga kadang-kala memberi derita,

apalah ertinya cinta andai hanya aku yang mencurahkannya,

cinta buat aku gila

cinta buat aku buta menilai yang mana intan dan yang mana kaca

cinta juga membawa aku pada suatu keinsafan

Allah m'anugerahkan pada aku rasa cinta ini aku sentiasa mencintai diriNYA... tapi aku lupa dan leka

lalu Allah berikan aku ujian, mencelikkan mataku yang buta mengenai cinta...... baru aku sedar,

"aku mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku tapi Allah tak menganugerahkan cintamu kepadaku" - Haliza


Siapa yang belum dapatkan SKD, dapatkan segera di POPULAR BOOKSTORE atau secara online dengan SR PUBLICATION....."

jom baca sikit sedutan dari novel SKD.......



“Berhenti!” jerit Darmia. Kalau dia tidak buat apa-apa keputusan sekarang pasti dia akan menyesal nanti fikirnya. Perasaan takut ditolak tepi. Apa yang ada dalam otaknya hanyalah melarikan diri.

“Baik kau duduk diam-diam. Aku dah kata jangan pergi. Kenapa degil sangat?” marah Khairul Amir. Darahnya terasa mendidih. Geram bila Darmia ingkar perintahnya. Sakit hati bila tahu Zulfeqar bersama Darmia. Marah bila Darmia cuba melarikan diri darinya. Seolah-olah dia terlalu jijik untuk gadis itu. Semua perasaaan bergumpul menjadi gelombang yang maha ganas dalam diri Khairul Amir. Barannya datang tanpa boleh ditahan lagi. Kalau bukan memikirkan Zulfeqar adalah sahabat, di situ juga muka macho milik Zulfeqar jadi mangsa penumbuknya. Sesuka hati pegang tangan bini orang. Kalau setakat itu sahaja tidak mengapa tapi bila tangan gatal lelaki itu mengusap pipi isterinya, dia jadi marah. Tercabar egonya sebagai seorang suami.

“Kau call Zek?” soal Khairul Amir tanpa memandang wajah Darmia.

“Aku kata berhenti” tegas kata-kata Darmia.

“Aku tanya kau tadi, kau call Zek suruh ambik kau kan?” tuduh Khairul Amir.

“Aku tak nak ikut kau”

“Habis kau nak ikut siapa? Zek? Kau ingat sesenang itu kau boleh lepas dari aku ye. Jangan nak berangan.” Hati Darmia geram mendengar bicara sinis Khairul Amir. Entah apa yang sedang bermain difikiran lelaki itu. Kereta Khairul Amir terasa makin laju. Selaju aliran darah kemarahannya.

“Apa lagi yang kau nak dari aku?. Cukuplah. Tak puas lagi ke hati kau?” Soal Darmia.

“Kenapa? Aku tak sesuai untuk kau?” Lain yang di soal lain pula soalan yang timbul.

“Aku tak nak. Aku benci lelaki macam kau” Jawab Darmia berani. Rasanya jawapan itu yang dikehendaki oleh Khairul Amir.

“Habis lelaki macam mana kau suka? Macam zek? Macam kekasih kau kat kampung? Apa yang dia orang ada? Harta? Aku boleh bagi kau lebih dari tu” ucap Khairul Amir dalam nada geram yang tertahan-tahan.

“Tak habis-habis dengan harta. Ya. Memang aku sukakan dia orang sebab sekurang-kurangnya dia orang ada hati yang bersih walaupun dia orang tak sekaya kau. Harta bukan segala-galanya. Tak perlu kau nak berbangga dengan daki dunia tu. Bila kau mati, kau takkan bawa satu sen pun masuk dalam lubang kubur” entah dari mana jawapan berani mati itu boleh meniti begitu jelas di bibir Darmia. Khairul Amir tekan brek mengejut. Kepala Darmia terhantuk. Berkerut muka Darmia tahan sakit. Mata Khairul Amir tajam menikam. Menyala-nyala api kemarahan di matanya. Kata-kata Darmia begitu menyakitkan. Bak pedang menghiris setangkai hati miliknya.

“Jadi betullah kau suka Zek?” perlahan soalan itu diajukan tapi cukup jelas dipendengaran Darmia. Darmia diam. Berfikir sejenak.

“Jawab!!!. Kau suka zek kan?” tengking Khairul Amir.

“Ya. Aku suka dia. Apa yang kau nak buat dengan aku hah?” Darmia juga sama panas. Dia lemas dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan. Dia rimas bila lelaki itu menuding jari padanya seolah-olah dia perempuan yang tiada harga diri. Lalu untuk apa lagi ditahan benteng sabarnya yang sudah mula runtuh. Untuk apa ditahan lagi rasa hormat yang mula tercalar. Kalau memang ini cara berjuang dia sanggup kalah dalam peperangan asal bukan berputih mata menyaksikan dirinya ditikam tanpa membuat apa-apa serangan. Amarah yang terkumpul selama ini membuak-buak melimpahi ruang sabarnya. Terus Khairul Amir keluar dari perut kereta. Tubuh Darmia di tarik masuk ke banglo mewahnya.


BAB 68

Tangan Darmia ditarik kuat mengikuti langkahnya ke kamar. Hatinya membara. Cemburu mula menguasai ruang hati. Sakit benar hatinya bila setiap aksi Darmia bersama Zulfeqar terlakar di ruang mata. Sakit benar jiwanya bila telinganya seolah merakam tutur kata Darmia.

‘Ya. Aku sukakan dia’ berulang kali bergetar perkataan itu di gegendang telinganya. Dia sudah tidak peduli apa pun yang bakal terjadi.

“Lepaskan aku” Jerit Darmia. Takut dia melihat wajah bengis Khairul Amir saat itu.

“Aku takkan lepaskan kau. Kau ingat kau boleh lepas dari aku macam tu je. Kau ingat kau boleh bersama Zulfeqar. Hah? Dalam mimpi pun aku takkan benarkan sesiapa memiliki kau kecuali aku.” tengking Khairul Amir. Tubuh kecil Darmia dihumban ke katil. Darmia takut.

“Awak nak apa? Kenapa buat saya macam ni” Darmia diburu ketakutan. Dia takut untuk memikirkan apa yang bakal dilakukan oleh lelaki itu. Sedaya-upaya dia berusaha untuk melarikan diri. Nyata lelaki itu lebih pantas bertindak.

“Aku nak kau. Aku nak kau jadi milik aku. Milik aku seorang.” Terasa berat tubuh Khairul Amir yang menindihnya.

“Lepaskan aku” Darmia menjerit. Tubuh Khairul Amir ditolak sekuat hati. Namun ternyata dia tidak berdaya. Rayuan dan tangisan Darmia bagai sia-sia. Khairul Amir bagai orang pekak. Langsung tiada belas kasihan pada isterinya itu. Jiwanya dikuasai perasaan cemburu yang meluap-luap. Dia harus memiliki jiwa dan raga gadis itu. Akhirnya Darmia tewas mempertahankan kegadisannya. Air matanya terus mengalir laju. Di luar gerimis mula turun membasahi bumi. Bagai mengerti kesengsaraan dan kesedihan isi bumi.

*********

Kenapa dia buat aku macam ni??? Apa salah aku?? Ya Allah kenapa begitu besar cabaran yang Engkau berikan padaku. Aku hamba Mu yang tidak berdaya. Tolong aku Ya Allah. Tabah jiwaku Ya Allah...... rintih Darmia. Air mata tidak berhenti mengalir. Terasa air paip yang mencurah membasahi tubuhnya tidak mampu menanggalkan kotoran yang melekat ditubuhnya.

‘Aku benci kau’ keras kata-kata yang terlahir dari hatinya.

‘Aku benci kau!. Aku benci!’ makin kuat tangisan yang memenuhi kamar mandi itu. Sayu terasa segenap ruang hati. Sesayu suara tangisan yang tak tahu bila akan berhenti.

*********

Khairul Amir mundar-mandir diruang kerjanya. Rasa kesal dengan sikap barannya. Kenapa perlu aku turutkan kata hati. Bila hati menjadi raja maka rosaklah kerajaan tubuh. Apa aku nak buat ni. Khairul Amir diburu rasa bersalah.

“Kau kejam Amir” entah dari mana suara itu datang.

“Aku tak kejam. Aku cuma nak dia jadi milik aku” Khairul Amir mempertahankan dirinya

“Dengan memaksa dia untuk menerima kau. Kau seksa dia” suara itu kembali mengasak.

“Tak aku tak seksa dia. Dia isteri aku. Aku sayangkan dia” Khairul Amir bermonolog.

“Isteri? Layak ke kau untuk mengaku dia isteri kau. 4 tahun dulu kau tinggalkan dia. Sekarang kau nak terhegeh-hegeh. Kau tak malu ke jilat ludah kau sendiri” bisik suara itu. Terasa begitu menyakitkan hatinya.

“Aku cintakan dia. Aku hanya nakkan dia”

“Dia bukan barang yang kau boleh beli dengan harta kau, Amir. Kau silap membuat perhitungan. Dia ada maruah. Dia perempuan yang punya harga diri dan kau dah musnahkan hati dan perasaannya”

“Tidak!!!!!!..... aku tak sengaja. Aku tak berniat nak sakiti dia. Aku cintakan dia” Dia tahu Darmia akan bertambah membencinya. Tidak sepatutnya dia melakukan perkara sebegitu di saat gadis itu kesedihan, di saat gadis itu berasa kehilangan. Lelaki jenis apakah dia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Yang dia tahu hanya mengikut amarah.

“Cinta? Itu bukan cinta Amir, itu nafsu . nafsu kau yang meminta kau memilikinya. Kau tak layak untuk dia...kau tak layak. Kau kejam!!!”

“Diam!!! Diam!!!” pasu di atas meja dicampak ke dinding. Berderai pasu itu dikerjakan.

“Maafkan aku Mia...maafkan aku.” Ada mutiara mahal mengalir dari celahan kelopak matanya menyesali segala perbuatannya.

BAB 69

Darmia termenung sendirian di beranda kamar indah milik Khairul Amir. Renungannya sayu memandang kepekatan malam. Sesekali angin sejuk menyapa tubuhnya yang sedikit menggigil. Peristiwa semalam benar-benar membuatkan dia benci pada lelaki itu. Masih teringat kata-kata cinta yang dibisikkan ke telinganya. Dia benci dengan ucapan itu. Seharusnya cinta itu diungkapkan bersama kasih dan sayang tetapi lelaki itu telah mengasarinya. Mengambil haknya tanpa kerelaan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia lari daripada lelaki itu, namun dia terkurung di situ bersama igauan ngeri. Sejak semalam Khairul Amir belum menampakkan dirinya. Entah ke mana lelaki itu pergi. Darmia tidak mampu untuk melelapkan mata. Setiap kali matanya terpejam pasti peristiwa itu menjengah di ruang mimpinya. Dia gerun.

“Tak tidur lagi?” Darmia tersentak. Dengan sendiri tubuhnya menggigil. Mengigil menahan rasa marah dan benci. Namun begitu masih terselit perasaan takut dalam hatinya.

“Buat apa kat luar ni malam-malam?” soal Khairul Amir merapati. Darmia berundur. Dia tidak mahu berada hampir dengan lelaki itu. Dia benci. Khairul Amir mengukir senyuman pahit dalam kedinginan suasana antara mereka. Dia tahu Darmia marah. Dia tahu dalam hati Darmia sudah berbunga rasa benci.

“Aku...aku...” Ah payah benar ingin mengucapkan dua patah kata itu. Seumur hidupnya jarang benar perkataan itu meniti di bibir.

“Aku....minta maaf” Fuh lega bila dah keluar.

“Maaf?” Darmia pandang wajah Khairul Amir dengan penuh rasa benci.

“Tolong maafkan aku. Aku...aku tak sengaja.” Ucap Khairul Amir serba salah. Dia juga tidak pasti perkataan apa yang sesuai dilafazkan tika ini.

“Tak sengaja? Kau tak sengaja?” Darmia ketawa sinis. Ketawa yang dibuat-buat.

“Kau tak sengaja musnahkan hidup aku? Tu yang kau kata tak sengaja. Kau jangan harap aku akan maafkan kau. Kalau kata-kata maaf kau tu boleh kembalikan semua yang dah kau musnahkan, aku akan terima” Ucap Darmia dengan rasa benci yang meluap-luap. Darmia ingin melangkah pergi. Tidak ingin terus berlama di situ. Dia berasa jijik untuk mendengar suara lelaki itu malah kalau boleh, dia tidak mahu melihat pun bayang lelaki itu.

“Mia, aku akan bertanggungjawab. Kita bina hidup baru” Khairul Amir pegang lengan Darmia. Menghalang langkah gadis itu. Pantas Darmia merentap kuat hingga cengkaman lelaki itu terlerai. Tak sudi disentuh walau seinci pun tubuhnya.

“Aku tak perlukan belas ihsan kau. Tanggungjawab kau, dah lama kau abaikan. Kau tak perlu nak bertanggungjawab apa pun sekarang.” Marah Darmia. Setelah segalanya diragut tanpa kerelaan senang lelaki itu ingin menyelesaikan masalah.

“Ini bukan belas ihsan, aku memang nak jaga kau. Aku sayangkan kau”

“Betul kau sayangkan aku?” soal Darmia. Khairul Amir angguk.

“Kalau macam tu lepaskan aku dari ikatan yang menyakitkan ini. Buktikan rasa sayang kau tu” balas Darmia. Riak nekad terpancar di wajahnya.

“Tidak. Walauapa pun terjadi, aku takkan lepaskan kau. Itu janji aku”

“Aku tak nak hidup dengan kau. Kalau kau sayangkan aku, lepaskan aku. Itu je permintaan aku. Aku tak nak harta kau.” Bentak Darmia.

“Demi kau, aku sanggup serahkan semua yang aku ada” Darmia ketawa bersama linangan air mata.

“Aku ni perempuan kampung!. Perempuan miskin!. Aku sedar siapa aku. Tapi aku bukanlah perempuan murahan yang kau boleh beli dengan harta kau” Melengking kuat suara Darmia. Ada rasa sayu dibalik kata-katanya. Dia bukannya manusia yang boleh dijual dan dibeli. Dirinya ada maruah dan duit bukanlah segala-galanya.

“Bukan begitu maksud aku” Khairul Amir berusaha menafikan.

“Selama 4 tahun ni kau dan aku boleh hidup dengan bahagia, jadi lepaskanlah aku. Teruskan kehidupan kau” Pinta Darmia untuk kesekian kali.

“Itu kisah 4 tahun yang lalu. Sekarang aku dah tak boleh bahagia tanpa kau. I need you. Always need you. Selama 3 bulan kau hadir dalam hidup aku, sudah cukup untuk aku jatuh cinta pada kau. Mulai hari ni kita bina hidup baru. Aku adalah suami kau dan kau adalah isteri aku.” Ucap Khairul Amir sambil merenung wajah Darmia.

“Allah ciptakan isteri, bukan untuk di sakiti tapi untuk di sayangi. Kau hanya tahu menyakiti aku. Sampai bila-bila pun aku tak nak menjadi isteri kau” Tegas Darmia. Lelaki itu seolah-olah sedang mendesaknya.

“Aku tak tahu apa lagi yang harus aku katakan pada kau. Aku tahu kau bencikan aku. Tapi aku minta, berilah aku peluang sekali lagi untuk buktikan cinta aku pada kau” Ada mutiara jernih terbit di tubir mata Khairul Amir. Darmia geleng.

“Aku tak perlukan kau. Seumur hidup aku tak perlukan kau” Darmia tidak mahu terus berada di situ. Dadanya terasa sesak. Pantas tangan Darmia disambar. Tidak mahu gadis itu pergi darinya

“Mia” tubuhnya kini kemas dalam pelukan Khairul Amir. Terasa hangat tubuh lelaki itu mendakapnya erat. Tubuh sasa itu cuba ditolak.

“Aku cintakan kau.” Bisik Khairul Amir dalam kepayahan. Darmia cuba meronta. Makin erat pelukan Khairul Amir.

“Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia.

“Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar. Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Saat itu bagai terngiang-ngiang lagu Rindu memaksaku menyayangimu nyanyian Francisca Peter berdendang sayu, sesayu hatinya saat itu. Bait-bait lagu bagaikan mengerti perasaannya tika itu.

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu
Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Thursday, September 13, 2012

Slot Pedoman : Aku terima.......


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca

pernah tak anda nasihatkan orang?

sy percaya semua org pernah nasihatkan orang lain kan. tak kiralah kawan ke, adik-beradik, mak ayah atau sesiapa saja.

Tapi pernah tak nasihat tu dipandang serong oleh orang lain? cth...

"e'eleh nasihatkan orang konon, diri sendiri pon tak betul ada hati nak nasihatkan orang"

"sebelum nasihat aku cermin dulu diri kau"

"kau ni macam nasihatkan diri sendiri jer"

kalau org dengar, nak2 yang jenis hati tisu..... mmg terkilan sangat-sangat. Sebab pada dasarnya kita menasihati seseorang kerana kita nampak kelemahan yang ada pada diri mereka. Tetapi bila kita di sindir begitu, terus pikir lepas ni biarkanlah dia buat hal dia. Malas nak ambil tahu, nanti kalau nasihat macam-macam pula dia kata. betul tak?

seorang guru saya pernah berkata

" Apabila seseorang menasihati kita, jangan kita pandang siapakah dia tapi pandanglah pada apa nasihat yang cuba di sampaikan. contohnya seorang pengisap rokok menasihati rakannya jangan hisap rokok sedang dia buat apa yang di nasihatinya. tetapi pernah tak kita fikir dia berbuat begitu supaya rakannya tak jadi macam dia. sampai tua tak boleh nak berhenti. ketagih"

Nasihat ni ada macam-macam jenis nasihat. ada nasihat berunsur hasutan, ada nasihat untuk kebaikan, ada nasihat untuk majukan diri dan macam-macam. tetapi sangat malang rasanya kerana ramai orang tidak mampu untuk terima nasihat dari orang lain lantaran merasakan diri mereka lebih benar berbanding orang lain.

orang kata.... "jangan nasihatkan orang kalau kita tak boleh nak terima nasihat"

saya setuju dengan perihal tersebut kerana bukan korang je yang bersifat begitu, kadang-kala saya juga begitu. Enggan terima nasihat orang lantaran sikap ego dan riak yang ada dalam diri. tapi kadang-kala saya muhasabah diri. mengakui sebagai seorang manusia saya punya klemahan dan kesilapan. Dan teguran / nasihat itu punyai kebaikan untuk diri kita sendiri.

jadi apa yang saya nak kongsi pada hari ini ialah, Jangan selalu menolak nasihat daripada orang lain kerana kadang-kala kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.... mungkin apa yang kita lakukan, kita rasakan itu adalah terbaik tanpa kita sedar, tanpa nasihat kita akan tersasar dari kebaikan tersebut. saya bukan memberi pedoman kepada anda sahaja, Malah untuk diri saya sendiri. sama-sama kita muhasabah diri untuk jadi insan yang lebih baik.

sebelum berpisah saya tinggalkan anda dengan sebuah pesan dari baginda Rasulullah s.a.w

"Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan
tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman."


segala yang baik itu datangnya dari Allah... mudah-mudahan kita beroleh iktibar... insyaallah