THANK YOU

Monday, October 12, 2009

Andainya Aku Tahu 11


Sudah sebulan aku kembali ke kolej menyambung pelajaranku. Tak sangka aku sudah berada di semesta terakhir pengajianku selepas tiga bulan bercuti. Sudah hampir sebulan lebih aku tinggalkan villa. Aku tinggal bersama sahabat baikku, Rozana. Padanya kukatakan aku ada masalah keluarga, tapi sebenarnya tak siapa tahu keluarga yang aku maksudkan itu adalah keluarga baruku. Tiada siapa tahu aku sudah berkahwin. Walaupun tinggal di sebuah bilik yang sempit, aku tak kisah. Aku tidak mahu menyusahkan abangku. Nanti apa pulak katanya kalau aku lama di rumah itu. Biarlah aku tanggung sendiri susah dan senangku. Aku sudah dewasa. Seringkali juga aku lihat kelibat Anif di kolej. Kadang-kala aku lihat dia menghantar Juhana, kadang-kala dia datang menjemput gadis cantik itu pulang. Aku hanya mampu memandang dari jauh suamiku sedang memadu kasih dengan orang lain. Isteri mana tak kecewa kalau suami keluar dengan perempuan lain. Hancur luluh hati ini, tak siapa yang tahu. Sengaja aku menyembunyikan diri dari Anif. Aku tidak mahu dia mencariku. Kalau ada jodoh antara kami, kami akan berjumpa lagi biarpun bertahun kami terpisah.

“Ris, kau ada dengar cerita tak?” soal Rozana tiba-tiba. Aku geleng.

“isk.. kau ni ketinggalan betul. Dah heboh stu kolej, kau masih tak tahu?”

“aku malas nak jaga tepi kain orang la.” Balasku acuh tak acuh. Aku belek buku tebal di depanku. Banyak lagi yang perlu aku study. Buku undang-undang itu ku belek malas.

“ni pasal Juhana” ucap Rozana.

“pasal ngan minah tu?” geli betul aku dengar nama minah gatal tu.

“dia nak kahwin. Cuba kau teka dengan siapa?” dia aku tersentap. Nak kahwin? Jadi betullah tekaan ku selama ini. Pantas aku tutup buku.

“eh, kau nak kemana ni?” soal Rozana. Pelik dengan tindakanku yang tiba-tiba.

“aku ada hal” terus aku berlalu pergi dari situ. Bagaikan batu menghempap kepala aku menerima khabaran tadi. Selama ini aku amat berharap agar dia tidak memilih juhana. tapi harapanku hanya mimpi. Mana mungkin dia menolak orang secantik juhana. mana mungkin mamanya menolak menantu seperti Juhana. cuba ku tahan air jernih ini dari mengalir. Aku kena kuat. Aku tak boleh selalu menangis. Sampai bila. Kenapa aku harus menangis untuk orang yang tak pernah nak hargai aku. Sia-sia. Semuanya sia-sia. Jerit hatiku. tiba-tiba tekakku terasa loya. Bagai hendak keluar semua isi perutku. Pantas aku berlari ke sepohon pokok rendang di kawasan lapang berhampiran padang. Ku muntahkan segala isi perutku di situ. Agaknya perutku masuk angin. Satu hari tak makan. Aku cuba sedapkan hati. Terasa perit tekakku.

“cik tak apa-apa ke?” tiba-tiba ada suara garau yang menegur. Aku geleng. Lemah seluruh tubuhku.

“saya ok” balasku lantas aku berpaling. Pandanganku mati pada seraut wajah yang tak mungkin kulupakan. Pantas aku ingin mengatur langkah pergi dari situ. Namun dia juga pantas memaut tanganku. Kemas genggamannya.

“Risya, nanti dulu” ucapnya.

“aku tak ada apa nak cakap dengan kau.” Aku berkata kasar. Aku cuba merentap tangannya. Namun pegangannya kemas.

“we need to talk. Dah lama sangat kau pergi” ucap Anif.

“no. Aku tak nak cakap apa-apa dengan kau. Tolonglah pergi dari sini. Jangan ganggu aku” marahku. Aku picit kepala yang mula terasa pening.

“Risya tak sihat ni. Kita pergi klinik ye” dia memujuk lembut.

“aku tak apa-apa. Aku ada kelas ni” aku cuba berdalih.

“Are you pregnant?” soalnya. Pantas sekali aku geleng. Tak. Tak mungkin.

“Nif !” kami berpaling. Juhana berdiri tidak jauh dari kami.

“aku pergi dulu” kurentap kasar tangannya. Dan aku terus pergi.

“Risya” aku dengar dia memanggil. Tapi akalku melarang untuk aku menoleh padanya. Biarlah dia bahagia bersama kekasih hatinya.
*****************************************************

Kesihatanku makin tidak menentu. Selera makanku juga sudah tiada. Tubuhku makin susut. Rozana kata aku dah makin kurus. Risau benar dia melihat aku selalu muntah-muntah. Aku mula rasa cuak. Hatiku gusar usah dikira. Untuk ke klinik, aku masih belum bersedia. Andai benar tekaan Anif tempoh hari, aku masih tidak kuat untuk menerima kenyataan itu. Aku melangkah longlai ke tempat parking. Kepalaku dari semalam terasa berdenyut-denyut. Perut aku pun rasa memulas saja. Sungguh aku tidak selesa dengan keadaanku kini.

PPOOONNN!!!

Aku menoleh dan serentak dengan itu kurasakan tubuh ringan dan aku rebah tidak sedarkan diri.
#####################

“Risya” aku dengar namaku di seru. Perlahan aku celikkan mata. Amat payah. Terasa kepalaku berdenyut-denyut.

“Sayang.” Aku dengar lagi suara itu berbisik di telingaku. Aku cuba lagi membuka mataku. Sinar mentari menyakitkan mataku. Aku toleh ke sisi. Anif merenungku mesra. Tangannya mengenggam erat tanganku.

“aku kat mana?” soalku.

“kat hospital. Semalam kau pengsan” ucapnya. Perlahan tanganku dikucup.

“kau ok tak?” soal Anif. Sungguh aku rindu pada suara itu. Suara yang cukup menunjukkan dia lelaki yang prihatin. Perlahan airmata mengalir di pipiku. Aku sendiri tidak tahu bagaimana air jernih itu terbit. Sungguh aku menjadi wanita sensitive.

“hei, kenapa ni?.”perlahan diusap rambutku lembut. Makin kuat esakanku.

“syuuuhhh” perlahan dia mendaki katil bercadar putih itu. Anif peluk erat tubuhku. Cuba menenangkan diriku. Namun ternyata sebak kian berkumpul dalam dada.

“i’m here” ucapnya. Tersedu aku di dadanya hingga aku kembali lelap dalam dakapan hangat Anif.
************************************************
“Sori Ju, i tak dapat datang la” aku dengar suara Anif bercakap di telefon sambil membelakangiku. Tanpa dia sedari aku mendengar perbualannya dengan Juhana.

“You pilih dulu yang mana you berkenan. Nanti kita bincang lagi.” Ucap Anif lagi/ entah apa yang hendak dipilihnya. Kad undangan atau pun baju pengantin?.

“k. Bye.” Anif mematikan talian. Dia berpaling apabila terdengar bunyi gelas.

“kenapa tak cakap nak air” pantas dia menghampiriku. Gelas di tanganku dicapai. Aku hanya membiarkan. Anif menghulurkan segelas air kosong padaku. Perlahan aku sambut. Dia duduk di kerusi di sisi katil. Memandang aku meneguk air. Aku hanya diam. Tiada mood untuk berbicara dengannya.

“sayang nak apa-apa lagi” soal Anif. Sayang? Sungguh aku tersentuh dengan ucapannya. Namun pantas rasa itu ku halau pergi jauh dari ruang hatiku.

“pergilah balik. Aku nak rehat” ucapku perlahan. Perlahan aku baringkan kembali tubuhku yang lesu di katil.

“aku temankan kau.”

“tak perlu”

“tolong jangan macam ni, please” pujuknya. Aku harus bagaimana lagi?. Apa lagi yang dapat aku lakukan untuk memuaskan hatinya. Aku mengiring membelakanginya.

“aku ada something nak cakap” aku rasa tangannya mengusap perlahan rambutku. Aku tidak membalas. Tapi aku dengar.

“aku tahu kau dengar. Tak lama lagi kita akan jadi parents” ucap Anif. Terasa gugur jantungku. Pantas aku bangun. Memandangnya dengan pandangan yang kurang percaya.

“kau cakap apa?” soalku tergagap-gagap.

“kau mengandung. Dah sebulan” senyuman melebar di pipinya. Aku geleng. Tidak percaya.

“kenapa ni? Kau tak suka?” dia cuba sentuh tanganku. Tapi ku tepis kasar. Berkerut dahi Anif melihat reaksiku.

“Risya, jangan buat aku risau. Please say something”

“Aku tak nak. Aku tak nak anak ni” ucapku tiba-tiba. Aku buntu. Bagaimana nasib anak ini suatu masa nanti. Aku tidak bersedia untuk menerima kehadirannya.

“mengucap Risya. Tak elok cakap macam tu”

“aku tak nak. Kau faham tak aku tak nak” bagai orang terkena hysteria lagakku. ku tepis tangannya yang ingin mendarat di bahuku. Namun kudratnya ternyata melebihiku. Garang mata Anif menikam mataku yang sudah digenangi oleh mutiara jernih.

“kau sedar tak, kau cakap apa hah. Ini anak kita. Dia berhak untuk hidup” ucap Anif kasar.

“aku tak nak” tengkingku padanya. Sungguh akalku bagai langsung tidak berfungsi.

“kau dengar sini Risya. Selagi aku ada, jangan harap kau dapat mengapa-apakan bayi ni” ucap Anif garang. Agaknya dia terkejut dengan reaksiku. Wajah garangnya tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang yang terukir. Aku hanya mampu menangis. Rasa terkejut terasa menyesak dada. Anif keluar dari bilikku. Risau andai dia tidak mampu menahan kemarahannya.

p/s : hati naniey tgh berbunga ni... hahaha... coursewrk da hntr. lptp da baiki... huhu. naniey bg dua2 kt korng. AAT n CD sekli. hrp rndu korg da terubat

Friday, October 9, 2009

Andainya Aku Tahu 10


Aku menangis terisak-isak di kamar mandi. Air paip yang mencurah jatuh ke tubuhku bagaikan tidak membersihkan lagi tubuhku. Aku dah tak suci lagi. aku dah tercemar. Makin kuat esakan ku kedengaran. Aku tak sengaja. Semua ni bukan kerelaan aku. Kenapa semua ni harus terjadi pada aku. Kenapa? Masihku rasa pelukan erat Anif yang membawa aku jauh dari dunia ini, untuk menerokai suatu alam yang begitu indah dan mengasyikkan. Hanya kami berdua saja di situ. Masih ternyiang-nyiang di telingaku bisikan nya yang mengusik kalbuku. Sungguh aku terkelu dengan ucapan sayangnya. Tapi kenapa? Kenapa aku terlalu bodoh untuk menyerahkan mahkotaku padanya.

“Risya” pintu bilik air diketuk.

“buka pintu ni” suara Anif menamnpar gegendang telingaku. Esakanku menjadi-jadi. Aku
tekup telinga. Tidak mahu mendengar suaranya. Aku benci. Tersangat benci.

“Open the door please. Risya buat apa lama sangat kat dalam tu?” Anif masih memujuk.

“Pergi, jangan ganggu aku” tempikku.

“Risya, jangan macam ni. Kita bincang, k”ucap Anif. Bincang? Bincang apa lagi? adakah dia ingin melepaskan aku setelah dia berjaya merampas mahkota kebanggaan ku. Dia bakal berkahwin dengan Juhana tak lama lagi. untuk apa dia menyimpan perempuan seperti ku lagi. untuk apa? Hatiku menjerit.

“Risya, kalau kau tak buka pintu ni, aku pecahkan” suara Anif sudah meninggi. Mungkin geram kerana aku tidak menurut kehendaknya atau mungkin kerana aku mengabaikan pujukannya. Aku tidak peduli.

“Risya”dia masih melaungkan namaku.

“pergi!” tempikku kuat. Aku tidak mahu mendengar suaranya. Jijik.

“buka pintu ni” aku terus menangis. Tak lama kemudian aku dengan pintu di rempuh. Aku takut. Pantas ku sarung jubah mandi menutupi tubuhku. Setelah beberapa kali dirempuh, barulah pintu bilik air terbuka luas. Aku tidak sanggup memandang wajahnya.

“Risya, kenapa ni?” lembut suaranya. Pantas aku mengelak apabila dia cuba memegang tanganku.

“Jangan macam ni ok.”

“aku benci kau. Aku benci” jeritku padanya.

“Risya, aku tak pernah paksa kau. Kita sama-sama rela” kata-kata Anif terasa menghiris hatiku..

“kalau bukan sebab kau semua ni tak jadi” marahku.

“ok, kalau kau nak salahkan aku juga, fine. Yes memang salah aku. Tapi benda dah jadi”
Kenapa dia perlu berbicara sebegitu dengan. Aku mengharapkan pujukan darinya. Airmataku semakin deras mengalir menuruni pipi. Pantas aku melangkah keluar dari kamar mandi. Ku sembam wajahku ke sofa menyambung esakanku. Di dada terasa penuh penyesalan. Aku rasa rambutku diusap perlahan.

“aku minta maaf. Aku janji akan jaga kau sampai bila-bila” anif berkata lembut. Aku langsung tidak membalas. Kata-katanya bagai angin lalu. Langsung tidak terkesan dihati. Aku masih mahu melayan kesedihanku. Lama aku di situ hingga Anif meningalkan aku sendiri. Agaknya dia ingin memberi ruang untuk aku tenangkan jiwa yang bergelodak ini.
*********************************************************************
“nif, i dah fikir masak-masak cadangan you semalam.” Aku dengar suara Juhana di laman villa. Aku yang berada di beranda menjenguk sedikit kepalaku. Kulihat Anif dan Juhana duduk berduaan di buaian. Langsung mereka tidak menyedari kelibatku mendengar perbualan mereka. Aku terus pasang telinga.

“betul ke?” suara Anif ceria. Apa yang telah dibincangkan. Nak kahwin? Bila tarikhnya?. Kau memang penipu. Pada aku kau katakana sayang, pada Juhana entah apa kau bicarakan. Cinta barangkali. Bagaimana harus ku hidup dengan berkongsi dirimu dengan seorang yang akan merampas kau pergi dariku untuk selamanya.

“so bila?” soal Juhana. dah tentukan ke bila? Hatiku tertanya sendiri.

“hujung bulan depan” ucap Anif. Cepatnya. Agaknya dia dah tak sabar nak lepaskan aku. Airmataku mengalir kembali. Hatiku hancur.

“i pun dah tak sabar nak tunggu saat tu” juhana dengan mesra memaut lengan sasa Anif. Kepalanya dilentok ke bahu Anif. Anif hanya membiarkan. Langsung tidak menolak. Dasar jantan buaya. Marahku dalam hati.

“i rasa kita akan jadi pasangan yang cukup ideal nanti” sambung Juhana lagi. aku sudah tidak mampu memdengar. Turun naik dadaku menahan getar. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Lalu aku masuk ke kamar. Beg pakaian ku tarik keluar. Beberapa helai baju kucampak ke dalam beg. Aku tekad untuk pergi dari Villa Anif. Aku perlu pergi sebelum hatiku luka parah.

“kau nak kemana?” soal Anif apabila aku muncul dari pintu utama ke skuterku.

“bukan urusan kau” aku membalas.

“aku suami kau” pantas di rampas beg ditanganku. Dia memang suka menggunakan perkataan itu untuk menghalangku. Apa lagi alasan yang aku ada.

“kalau kau rasa kita pernah berkawan, izinkan aku pergi. Untuk sementara saja. Sampai masa aku akan balik.” Ucapku. Rasanya aku perlu berlembut denganya. Ada air jernih yang mengalir lesu di pipiku. Dia terkedu. Perlahan tangan Anif menyentuh pipiku.

“Aku sayangkan kau. Tolong jangan pergi” pujuk Anif.
Aku geleng. Sayangnya aku tidak dapat merasakan keikhlasan dari ucapannya.

“aku kena pergi. Please. Izinkan aku pergi” rayuku padanya.

“macam mana dengan hal semalam?. Macam mana kalau...” pantas aku geleng. Tidak sanggup mendengar kemungkinan itu.

“aku kena pergi. Halalkan makan minum aku” pantas aku capai tangan Anif. Ku salami tangannya lama sebelum aku membuka langkah meninggalkan villa itu. Anif kaku di situ. Hanya memandang kearah skuterku yang mula menghilang.

p/s: hi semua. sihat x??? just 4 u all