THANK YOU

Thursday, October 22, 2009

Andainya Aku Tahu 13

Bosan dan Rimas. Itulah dua perkataan yang dapat aku katakan sepanjang beberapa bulan di bawah jagaan Anif. Aku tidak dibenarkan buat apa-apa kerja. Pergi dan pulang dari kolej akan dihantar dan dijemput. Aku tidak dibenarkan lagi menaiki skuter. Bimbang katanya. Kalau nak lakukan sesuatu juga mesti dibawah pantauannya. Aku mahu menaiki tangga juga dipimpin. Bagaimana harus ku gambarkan rasa terkongkong ini.

“Risya, buat apa ni?” soal Anif yang tiba-tiba muncul. Ku urut dadaku berkali-kali. Terkejut dengan sergahannya.

“aku tengah basuh kereta” saja aku meloyar dengannya.

“ooo loyar buruk ye. Dah tak payah nak masak-masak. Nanti abang beli makanan kat luar je”

“abang?” aku ulang perkataan yang keluar dari bibirnya. Dia angguk.

“mulai hari ini panggil aku abang”

“tak naklah aku.” Aku membantah.

“ok. Kau tak nak kan, so, malam ni aku tidur bilik kau ye” aku menjeling. Mulalah tu nak mengugut aku. Memang sepanjang berada di banglo itu, kami tidur berasingan. Aku yang berkeras untuk buat begitu. Anif tidak pula banyak bicara.

“kau jangan nak buat gila”

“apa pulak. Dah kau tak nak panggil aku abang, so kau kenalah tukarkan pada benda lain” Anif tersenyum nakal.

“kalau kau buat, siap kau” marahku.

“cubalah” dia bagai mencabarku. Aku hanya mampu menghadiahkan jelingan tajam. Malas nak melayan karenah Anif.

“so, anak Abah macam mana? Nakal tak?” Anif merapatiku. Tubuhku dipeluk dari belakang. Perutku diusap perlahan.

“isk.. janganlah. Geli” aku cuba menolak tubuhnya jauh dariku. Dia ketawa.

“nak romantik sikit pun tak boleh” ucap Anif.

“Romantik kepala hotak kau. Dah. Jangan kacau aku”

“ni masak apa ni?”

“ni, nasi tomato” ucapku.

“kau pandai masak ke?”

“wei, tengok kaki la”

“bukan kaki yang masak.” Balas Anif.

“aku malas nak layan kau. Buat semak kepala otak jew. Aku da siap masak. Tinggal nak hidang je”ucapku.

“ok. Kau duduk. Biar aku hidangkan” ucap Anif. Aku tersenyum. Kadang-kala aku bahagia hidup berdua begini. Tanpa gangguan sesiapa. Anif pun melayan aku seperti seorang raja. Makan pakai semua dijaga.
*****************************************

“assalamualaikum anak Abah” Anif dekatkan telinganya diperutku. Cuba berkomunikasi dengan anaknya. Aku sibuk membaca novel. Itulah hobiku sebelum tidur.

“Ibu, anak Abah dah penat. Dia suruh ibu tidur” ucap Anif tiba-tiba.

“anaknya ke abahnya yang suruh” balasku

“dua-dua. Kan baby” dia masih bermain dengan perutku. Walaupun berkali-kali ku larang dia menyentuh perutku, namun Anif tetap juga degil. Terpaksalah aku menahan geli.

“Dah tidur. Dah pukul 10 ni” ucapnya.

“alah baru pukul 10.” Aku menyambung bacaanku.

“no, time to sleep. Nah minum susu ni sebelum tidur. Baik untuk baby” Anif hulurkan segelas susu padaku. Aku hanya memandang. Terasa kembang tekakku. Aku memang tidak menggemari susu. Entah mengapa tekakku memang tidak dapat menerima kehadiran minuman itu.

“kalau aku tak minum boleh tak?” aku pohon simpati.

“no. bukan selalu kena minum. Tiga kali seminggu je” dia sudah memberi kelonggaran padaku.

“please. Tekak aku tak boleh terima ni” aku beralasan.

“nak minum sendiri atau aku suapkan” tak ada tolak-ansur langsung. Aku pura-pura tak dengar.

“Risya.” Panggilnya.

“minum susu ni” kenapalah aku dapat suami macam dia ni.

“tak nak” jawabku.

“kau nak aku suapkan ye” pantas dia suakan gelas itu ke mulutku.

“tak naklah”aku cuba menolak.

“minum sikit je” pujuk Anif.

“ nak suruh minum pun susah. Penakut” ucapnya.

“siapa penakut” pantang betul aku dengan mulut mamat ni.

“kau lah.”

“kau nak aku minum sangatkan. Meh sini” pantas aku capai gelas ditangannya. Laju saja aku menghabiskan minuman digelas itu.

“good girl” diusap rambutku. Entah mengapa tekakku terasa loya. Pantas aku berlari ke bilik air. Memuntahkan semua isi perutku. Anif terkejut. Digosok-gosok belakang ku. Aku tepis tangan Anif. Geram dengan perbuatannya yang suka memaksa.

“aku minta maaf. Kau ok x?” soal Anif. Tekakku mula rasa lega sikit. Habis keluar makanan yang aku telan tadi. Perlahan aku berjalan keluar dari bilik air terus menuju ke katil.g di situ. Anif hanya memandang. Mungkin dia rasa bersalah kerana memaksa aku.

“kau ok ke?” soal Anif perlahan.

“aku nak tidur. Penat. Tolong tutup lampu” mata terus ku pejamkan. Anif diam lama. Kemudian dia bergerak ke suis lampu berhampiran pintu. Setelah lampu ditutup, dia terus keluar dari bilikku. Oh, Anif. Kau dah banyak berubah sekarang. Lebih bersikap penyabar padaku yang tak tentu moodnya.
*************************************************

Aku memandang diriku lama di cermin. ‘betul ke kata Zana?’ gumanku sendiri. Aku cuba membelek-belek diriku dicermin.

“apasal lama sangat tilik muka tu? Pecah cermin nanti”

“oh mak kau” aku melatah. Kuss semangat aku bila tiba-tiba disergah. Mahu luruh jantung ni. Aku jeling Anif yang melangkah masuk ke kamarku.

“ni apasal bersepah-sepah baju.” Anif mengalihkan sedikit bajuku yang bersepah di atas katil. Dia kemudian menumpukan perhatian padaku. Macam mana tak bersepah dari tadi aku pilih baju yang sesuai untuk ke kolej. Semua t-shirt ku rasakan sudah agak sendat di tubuhku

“kenapa ni? Tak nak gi kolej ke?”soal Anif.

“aku nampak gemuk ke?” soalku tiba-tiba. Anif ketawa kecil.

“ketawalah. Aku serius ni” geram aku mendengar tawanya. Anif berjalan menghampiriku di cermin.

“gemuk sikit je. Geram pulak aku tengok.” Ucapnya sambil memeluk tubuhku dari belakang.

“isk tepilah. Jangan kacau” marahku sambil cuba melepaskan diri. Anif makin erat memelukku.

“kenapa ni? Tak pernah pun Tanya soalan macam ni. Tiba-tiba pulak.” Soalnya. Aku diam. Tidak menjawab. Kuusap perut sudah menampakkan perubahan. Hatiku gusar. Bagaimana kalau semua orang tahu yang dia kini mengandung sedangkan tiada seorang pun tahu yang dia sudah mendirikan rumahtangga. Apa kata mereka nanti.

“kenapa ni? Kau sakit ke?”soal Anif bila tengok aku diam je. Aku geleng.

“anak abah jangan nakal-nakal. Kesian ibu” ucapnya sambil menyentuh tanganku yang masih berada di perut. Sungguh dia begitu prihatin padaku kini.

“aku rasa baik aku tangguhkan dulu pengajian aku” ucapku tiba-tiba.

“kenapa?” soal Anif.

“kau nak aku pergi kolej dengan perut macam ni. Kawan-kawan aku akan perasan. Nanti apa pulak kata diorang”

“apasalahnya.”

“tak ada orang tahu kita dah kahwin dan tak lama lagi kau dengan Juhana...” tak sanggup aku nak habiskan ayat itu.

“apa?” soalnya. Aku geleng.

“apa kata kalau kita berterus-terang je” pantas aku geleng. Bagaimana pulak dengan Juhana. Lagipun perkahwinan ni tidak akan bertahan lama. Selepas saja baby ni lahir maka aku juga akan pergi dari hidup Anif.

“habis tu takkan nak tangguh macam tu je. Tak lama lagi kau dah nak grad kan”
“tapi aku tak boleh pergi kolej dalam keadaan macam ni” pelukan Anif yang sudah longgar ku leraikan. Aku berjalan ke katil. Melabuhkan punggung di situ.

“sayang, aku akan berterus-terang dengan semua orang kalau kau izinkan” ucap Anif sambil mengelus lembut tanganku. Ada rasa sedih menyelinap dihatiku tiap kali perkataan sayang meniti di bibirnya. Mungkin untuk saat-saat terakhir ini dia ingin menunjukkan sedikit rasanya padaku. Biarlah. Nanti bolehlah aku kenanginya.

“jangan. Aku tak nak rosakkan hubungan kau dengan Ju”

“aku dengan Ju takkan ada apa-apa masalah. Kau yang bermasalah sekarang.” Sungguh aku keliru. Apa yang perlu aku lakukan. Adakah aku perlu tanggung sendiri segala perkara. Tapi dia juga bertanggungjawab.

“kau fikirlah. Rugi je kalau nak tangguhkan pengajian kau. Aku takkan paksa. Semua keputusan pada tangan kau.” Ucap Anif. Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus aku katakan.

“aku nak pergi ofis. So, nak pergi kolej tak ni?” soalnya. Perlahan aku geleng.

“kalau macam tu aku pergi dulu. Duduk je rumah. Jangan merayap pulak. Nanti aku balik time lunch. K.” Aku angguk.

“bye sayang. Jaga ibu baik-baik. Abah pergi dulu” Anif usap perlahan perutku dan kemudian pipiku dikucup lembut. Aku hanya membiarkan. Terkedu dengan perbuatannya. Ya Allah, jika dia bukan untukku, tabahkanlah hati ini dengan ketentuan Mu. Doaku dalam hati.

p/s : taraaaaa... akhrnye naniey berjaya siapkn n3 AAT yg bru.. korg srnok x?? b'peluh2 b'fkr...
dlm2 bzy2 pn naniey nk jgk b'krya. hahahhaha...

Sunday, October 18, 2009

Andainya Aku Tahu 12



Aku termenung sendiri di Taman Permainan. Melihat kanak-kanak riang bermain. Hati aku jadi tersentuh. Perlahan tanganku menyentuh perut. Bagaikan terasa ada kelainan di situ.

“Anak ibu.” Entah dari mana kata itu terbit. Apalah nasib anak ini andai aku dan anif terus begitu. Masa depannya nanti bagaimana. Apakah datuk dan neneknya akan menerima kehadiran cucu dari orang seperti aku.

“maafkan ibu. Ibu tak mampu janjikan kehidupan yang baik padamu” bisik hatiku lagi. Kuusap perlahan perut yang sudah berisi itu. Apa yang perlu aku buat. Gugurkan saja anak ini? Tidak. Berdosa. Anak ini sudahpun hidup. Dia bukanlah anak haram. Dia adalah tanda betapa sayangnya aku pada Anif. Walaupun dia hadir tanpa diundang. Tapi Anif pula bagaimana?. Aku tidak rela dimadukan. Atau biarlah aku besarkan anak ini sendiri. Tapi aku belum bersedia. Fikiranku kusut. Tidak tahu dimana jalan yang harus kulalui. Semuanya Nampak kelam.

“kau buat apa kat sini?” aku tersentap. Anif berdiri tegak merenungku.

“kau tahu tak aku dah macam orang gila bila nurse telefon kata kau hilang” ucapnya. Aku tunduk. Katalah apa saja. Aku tidak mahu ambil tahu.

“Kita balik ke hospital” ucapnya. Aku hanya menunduk. Langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Anif duduk disebelahku. Aku tahu dia cuba meredakan kemarahannya.

“Kenapa ni?” soalnya lembut.

“Aku risaukan kau. Kita balik” aku geleng. Tidak mahu.

“please jangan macam ni. Fikirkan baby dalam perut tu jugak. Kesian dia” ucap Anif. Tangannya mengenggam erat tanganku.

“Kita pergi hospital ye” pujuknya.

“Tak nak” tiba-tiba aku merentap tangannya. Pantas aku bangun. Entah mengapa aku dilambung emosi. Anif Nampak terkejut dengan tindakanku yang diluar jangkaannya.

“kau tak sihat lagi” pujuknya lagi. Aku tidak peduli. Mengapa aku benci mendengar pujukannya. Dia mengambil berat tentangku hanya kerana benihnya yang bercambah didalam rahim ini. Hatiku terluka.

“kenapa degil sangat ni” agak keras bunyi suaranya.

“kau jangan pedulikan aku lagi. Aku tak suka” bentakku. Aku tidak peduli dengan beberapa pasang mata yang memandang. Mungkin ketenangan mereka terganggu dengan pertelingkahan kami. Anif mengeluh. Kesal dengan sikapku.

“Risya tolonglah jangan macam ni. Kita bincang elok-elok benda ni. Biar kau puas hati dan aku juga. Kita balik” pujuk Anif lembut. Mungkin akal rasionalnya tidak membenarkan dia merendahkan maruahnya di tempat awam.

“Aku tak nak pergi hospital” ucapku.

“ok. Kita balik rumah”

“aku tak nak balik villa”

“kita pergi rumah aku, k”ujarnya. Kali ini aku sudah tiada alasan untuk diberikan. Bagiku Anif sudah terlalu banyak bersabar. Bimbang juga andai gunung berapinya meletup. Waktu itu sudah tiada tolak ansur lagi denganku. Mungkin saja dia akan mengheretku. Anif tarik tanganku ke kereta. Walaupun hati menegah namun langkahku tetap kuatur mengekorinya.

Sepanjang perjalanan aku hanya membisu. Tiada mood untuk berbual dengannya. 20 minit kemudian kami tiba di banglo milik Anif. Memandang sekitar rumah. Suasana yang cukup segar memberikan aku sedikit ketenangan

“masuk” dia membuka pintu untukku. Aku hanya menurut. Sungguh lelaki itu bercitarasa tinggi. Lihat saja susun atur perabotnya. Ala inggeris. Sungguh menarik.

“kau rehat dulu. Nanti aku keluar belikan makanan ye” Anif terus memimpinku ke kamar. Besar dan luas bilik itu. Diseri dengan haruman aromaterapi cukup untuk member ketenangan pada akalku.

“kau janji nak berbincang”balasku. Tidak berani aku berlama-lama di banglo itu. Lagipun kami hanya berdua.

“lepas kau dah ok, kita bincang. Sekarang time to sleep. Kau kena rehat. Baby pun kena rehat.” Dia hantar ku ke katil. Tubuhku dibaringkan di situ. Memang aku letih. Tubuhku terasa lesu benar.

“aku keluar kejab ye. Jangan pergi mana-mana. Kau nak makan apa?” soalnya.

“aku nak mempelam” ujarku. Tiba-tiba saja tekakku menginginkannya. Mengidam agaknya. Anif senyum. Perlahan dia angguk.

“baby nak makan ye. Nanti aku carikan. Sekarang tidur ye.” Aku pejam mata. Mencari sedikit ruang untuk aku berehat. Entah bila aku terlena.
***************************************
Anif duduk disofa berhadapan denganku. Matanya memandang tepat wajahku yang suram.

“ok, sekarang kita boleh bincang. Kau cakaplah apa yang kau nak” ucap Anif tenang. Aku diam.

“Aku nak kita berpisah” ucapku.

“kenapa?” Anif masih tenang. Sungguh aku cemburu melihat ketenangan di wajahnya

“sebab family kau takkan terima aku. Kau juga kan. Aku tak layak bergandingan dengan lelaki macam kau” teringat mama Anif yang selalu mencari salahku. Ada saja yang tak kena pada pandangan mata tuanya. Aku takkan lupa kata-kata mamanya pada malam Anif bergaduh dengan Michael. Aku tak layak menjadi menantunya. Memang cukup menghiris hatiku.

“mana kau tahu aku tak terima kau?”

“kau cintakan Juhana. Aku hanya menjadi galang gantinya saja” balasku. Tidak mahu mengalah. Nampak sangat dia cuba memerangkapku dengan soalan cepu emasnya.
Anif ketawa.

“kenapa kau fikir begitu.?”

“aku tak buta untuk menilai hati dan perasaan orang”

“memang kau tak buta. Tapi kau masih belum mengenali aku sepenuhnya Risya.” Aku pandang wajah Anif. Melawan pandangan matanya.

“Maksud kau?”

“Juhana adalah kisah lalu. Dan kau adalah hidup aku sekarang” ucapnya. Aku pula ketawa mendengar kata-katanya. Jika Juhana masa lampaunya mengapa dia hendak mengahwini gadis itu.

“tapi kau masih cintakan dia” Anif diam. Lama. Aku merasakan seolah-olah Anif mengiakan penyataanku walaupun bibirnya tidak bersuara.

“sudahlah. Aku dah penat bekorban demi keluarga kau. Aku tak dapat apa-apa pun. Sekarang ni aku nak kau kembalikan kebebasan aku.” Ucapku.

“no. Tak lama lagi kita akan ada anak. Fikirkan nasib dia nanti”

“aku tak nak anak ni”balasku. Mata Anif membuntang memandangku. Setiap kali aku menyatakan hal itu, pasti kemarahannya akan datang tanpa diundang. Panas benar hatinya.

“kalau cakap tu, tolong fikir sikit. Anak tu anugerah tuhan pada kita. Sedih dia sebab ibunya awal-awal lagi dah tak mahukan nya” balas Anif.

“k, kalau kau lepaskan aku, aku tak akan apa-apa kan dia” aku cuba mencari kelemahannya.

“aku nak kita jaga dan besarkan anak-ni sama-sama” Anif masih tidak mahu mengalah. Aku sendiri tidak pasti kenapa dia harus mempertahankan perkahwinan kami walaupun aku dan dia tahu siapa yang bertahta di hatinya. Atau adakah demi anak yang sedang membesar di dalam rahimku. Mampukah aku bertahan sedangkan aku hanya bertepuk sebelah tangan.

“tapi aku tak boleh terima kau”

“kenapa?” Anif menyoalku.

“sebab hati aku ni dah banyak terluka sebab kau. Aku tak mampu lagi nak tanggung semua ni” aku pandang wajah Anif. Setitis mutiara jernih akhirnya gugur di tubir mata. Dia tergaman.

“jangan cakap macam tu. Berilah aku peluang kedua. Kita besarkan baby ni sama-sama” aku tetap geleng. Jawapanku muktamad. Tiada lagi peluang kedua atau ketiga untuknya. Ku pandang wajahnya dengan harapan tinggi menggunung. Berharap dia memahami hatiku. Dia menunduk. Lama.

“kalau itu yang kau nak, aku akan pertimbangkan tapi dengan satu syarat” aku hanya memandangnya. Menunggu apakah syarat yang bakal dikenakan.

“aku nak kau duduk sini sampai kau habis pantang. Setuju?” soal Anif. Lama aku berfikir. Rasanya itu lebih baik. Sekurang-kurang tidak tidak lagi menolak bulat-bulat permintaanku. Perlahan aku angguk. Anif ukir senyuman.
p/s : sori lme tnggu. naniey sibuk ckt. pe2 pn hope korg ske. komen pliss