THANK YOU

Tuesday, November 9, 2010

WARNA HATIKU 8


Aku atur langkah kembali ke pejabat. Ku gagahkan juga kaki melangkah walaupun langkahku longlai. Jam di tangan sudah menunjuk ke angka 5.30 petang. Waktu pejabat sudah tamat tapi aku tidak terasa mahu pulang. Aku kembali ke ruang pejabatku. Sudah ramai yang pulang. Ekmal juga sudah pulang. Sebelum aku keluar dia telah maklumkan padaku dia hendak pulang awal. Aku izinkan. Aku berdiri di jendela. Memandang ke indahan bandar Terengganu. Namun keindahan itu langsung tidak mencuit hatiku. Fikiranku kosong. Hatiku luka lagi. Parut yang Ekmal tinggalkan dulu kembali berdarah. Kenapa hidup aku macam ni. Bahagia selalu datang seketika cuma. Kenapa? Aku bersoal sendiri. Sungguh aku benar-benar sedih. Sampai hati Mal buat Ris macam ni. Dulu Mal tinggalkan Ris tanpa ucapkan selamat tinggal pun. Sekarang Mal pergi lagi. Dan yang pasti kali ini sudah tiada lagi ruang dalam hati Mal untuk Ris. Semua untuk Farah. Aku bermonolog.

“Batrisya” ada yang memanggilku. Aku memalingkan wajahku. Tengku Iskandar di situ. Di tangannya ada fail. Agaknya tugasan yang dia hendak serahkan padaku. Dia kelu memandangku.

“kenapa?” soalnya. air hangat yang mengalir di pipi mematikan kata-kataku. Tidak pernah aku menangis dalam beberapa tahun ini. Waktu papa menamparku dulu langsung tiada airmata yang menitis di pipi. Tapi sekarang airmataku terasa begitu murah menitis laju. Hanya Ekmal yang mampu membuatkan aku mengalirkan mutiara jernih ini. Tengku iskandar menghampiriku. Dipegang lembut bahuku. Tanpa segan silu ku sembamkan wajahku didada bidangnya. Melepaskan tangisanku disitu. Hatiku benar-benar sakit. Dulu dia pergi tanpa sebarang berita atau sepatah kata untukku tapi sekarang dia ada di depanku sayangnya dia bukan lagi milikku. Dia milik Farah, tunangnya. Dapat ku rasa tangan Tg Iskandar memeluk erat tubuhku. Menyalurkan sedikit kekuatan padaku. Dia hanya diam. Membiarkan esakanku menjadi irama dalam bilikku yang mula sepi. Lebih 10 minit aku menangis di dada Tg Iskandar. Keadaanku kembali stabil.

“maaf”ucapku malu. Malu kerana dia dapat melihat Batrisya yang lemah.

“tak apa. Kenapa kau menangis?” aku diam.

“cakaplah. Sekurang-kurangnya kau boleh ringankan beban di hati kau” pujuknya. Lembut sekali bicara Tg Iskandar padaku.

“Ekmal....”kata-kata ku terputus di situ.

“Ekmal? Kenapa dengan dia?”soal Tengku Iskandar. Aku geleng. Tidak jadi meneruskan kata-kataku. Apa yang Tg Iskandar akan fikir jika aku beritahu dia Ekmal dah bertunang. Pasti dia akan mengejek-ejekku atau mungkin juga dia akan mengetawakan kebodohanku. Ah, tidak. Dia tak boleh tahu. Aku takkan benarkan dia mengejek aku.

“Batrisya???” aku geleng. Aku duduk di kerusi empukku. Kulihat dia setia menanti tuturku.

“tak ada apa”ujurku.

“kalau tak ada apa takkan kau menangis.”Tengku Iskandar bagai mendesak. “please. Aku ok.”tekanku. Tidak mahu memberitahunya. Biarlah aku saja yg tahu rahsia Ekmal.

“ok. Kalau kau tak nak beritahu, aku tak paksa. Tapi kalau kau rasa nak kongsi cerita carilah aku.” Kupandang keikhlasan di wajah tg iskandar. Dia senyum. Entah kenapa aku angguk. Tiba-tiba ku dengar pintu bilikku di ketuk. Belum sempat aku beri arahan untuk masuk, pintu sudah ternganga luas. Seorang wanita muda berada di muka pintu.

“Tadi i cari you Is. Setiausaha you cakap you di sini”ujar wanita itu. Agak sombong lagaknya. Dahlah masuk bilik aku, tegur pun tak. Kupandangnya dari atas ke bawah. Dia nampak seksi dengan skirt atas lutut dan kemeja ketat menampakkan susuk tubuh yang langsing.

“you dah habis kerja, kan?”soalnya lagi. Menyampahnya dengar suara minah gedik ni.

“you tunggu jab. Ni laporan untuk projek Taman Indah yang you bagi kat i tadi. Banyak salah. I nak you semak dan betulkan yang mana salah. Serahkan pada i pagi esok. Ok” arah Tengku Iskandar. Suaranya tidak lagi selembut tadi.

“pagi esok?” Tengku Iskandar angguk.

“kenapa? Ada masalah”soalnya.

“esokkan aku ada meeting dengan klien” ujarku.

“Is. Cepatlah....” rengek perempuan itu. Dia pandangku tajam.

“i tak kira. Esok you siapkan.”ujarnya tegas.

“i tak tahu dapat tak siapkan...” bila la aku nak buat. Kerja kat atas meja masih melambak. Dia nak aku jadi burung hantu ke malam ni.

“kenapa pekerja you banyak songeh sangat???” Nampaknya kesabaraan wanita radi dah menipis. Hatiku panas mendengar sindiran wanita itu. Aku cilikan baru tahu. Agaknya nilah kekasih Tengku Iskandar. Patutlah Tengku Ismail tak suka. Gedik. Mulut tak insurans, sombong lagi. Seksi pulak lebih-lebih. macam perempuan murah je. Rendahnya taste Tengku Iskandar ni. Komen ku. Mengalahkan juri akademi fantasia dah rasanya. Tapi tak hairanlah kalau suami aku ni minat perempuan kat depan aku ni. Wajahnya memang cantik. Kulitnya halus dan gebu. Bukankah lelaki itu mudah tertarik dengan rupa dan kecantikan seorang wanita. Ais.... membebel sorang-sorang pulak aku ni.

“i tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Yang i tahu esok mesti ada atas meja i faham?. By the way, i lupa nak kenalkan. Ini Linda, special friend” Tg Iskandar kenalkan aku dengan girlfriendnya. Aku senyum mengejek.

“ooo. Makwelah ni. Hi. I Batrisya” aku hulur tangan. Tapi dia tidak menyambut. Siap bagi jelingan maut lagi. Fuh. Memang memcabar kesabaran aku. Pantang aku perempuan sombong dan berlagak bagus ni. Kau belum tahu siapa aku.

“sombong betul girlfriend you ni” ucap aku pada Tengku Iskandar. Wajah-wajah memandangku dah merah. Seorang malu seorang lagi tentulah marah

“i wife Is. Kalau ada rasa nak jadi madu i, belajarlah hormat i ye” sindirku.

“hei perempuan....”kata-katanya terhenti di situ bila Tg Iskandar menghalang.

“i ada nama k. Nama I Batrisya” aku senyum mengejek.

“do i care” jelingan tajam dihadiahkan padaku. Dijuihnya bibir yang merah merekah itu.

“jadi tak kisahlah kalau i kata you ni tak ada moral” saja aku nak sakitkan hati dia.

“Ris, please.” Ucap Tengku Iskandar cuba meredakan kehangatan di ruang pejabatku.

“apa? Tak betul ke I cakap. Masuk bilik I pun main redah je. Is, you tak ajar ke dia cara nak hormat orang? You kan sangat PANTANG dengan orang yang tak ada adab ni” sengaja aku tekankan perkataan yang penting pada kata-kataku. Memulangkan paku buah keras kepada Tengku Iskandar. Hari tu bukan main nasihat aku. Tapi kekasih sendiri tak pulak reti nak nasihat. Tapi kalau di kira pangkat aku lagi tinggi dari perempuan ni. Aku kan isteri dia.

“Batrisya, shut up. Jom” ajak Tengku iskandar. Linda seperti tidak puas hati tp Tg Iskandar terus menarik tangannya keluar dari bilikku sebelum perang dunia ke 3 meletus.

“is...” panggilku. Dia berpaling.

“hati-hati jalan ye sayang” sengaja aku gemersikkan suaraku yang manja ini. Kulihat Linda sudah menjeling dengan wajah merahnya. Marah betul dia.

“see you” ucap Tengku iskandar sebelum berlalu. Aku ketawa puas. Aku menang.

p/s : sblm g exam smbng entry dlu.... penat dh m'bce....... tension.... jgn lupa komen yer....

Sunday, November 7, 2010

WARNA HATIKU 7


“Mal” panggilku lembut. Dia yang sedang membelek fail memndngku sekejab

“ada apa?” soalnya sambil meneruskan pembacaan.

“awak sayangkan saya tak?” soal aku padanya.

“kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?” soal Ekmal.

“jawab jelah”

“sayang” ringkas jawapannya. Aku ukir senyuman lagi.

“sayang yang macam mana?” dia memandangku pelik.

“saya rasa awak ni dah lapar sebenarnya. Dah memang masa makan dah ni. Jom lunch” ajak Ekmal.

“saya memang lapar Encik Ekmal. Bukan perut yang lapar tapi minda saya yang lapar. So, saya masih menunggu jawapan awak”

“jawapan yang macam mana yang awak nak Cik Batrisya?” dia bermain tarik tali rupanya.

“Jawapan yang ada dalam fikiran awak saat ni” balasku

“Awak tak takut kalau jawapan saya ni bakal buat hubby awak cemburu?” aku ukir senyuman manis. Seperti aku tahu apa maksudnya.

“dia tak pernah cemburukan saya”

“semalam tu”

“ego. Saya kahwin sebab papa paksa saya kawin. Bukan sebab saya cintakan dia” entah kenapa aku perlu meluahkan pada Ekmal.

“mungkin dia pilihan yang terbaik untuk awak” balas Ekmal bersahaja.

“saya tak pernah bahagia dengan pilihan papa” ucapku sambil menatap wajah Ekmal.

“Bahagia tu boleh datang kemudian. Yang penting cuba untuk terima antara satu sama lain”

“senang awak bercakap. Yang menghadapinya saya.”

“tak susah pon Risya. Asal awak berani mencuba” pujuknya.

“awak dah tak sayangkan saya lagi ye?” wajahku bertukar mendung. Beria-ia dia mengajar aku mengekalkan rumah tangga.

“kenapa cakap macam tu?” soal Ekmal. Aku diam.

“sebab saya sayang awaklah, saya nak awak hidup bahagia” balas Ekmal.

“saya keliru. Saya tak boleh terima dia.”

“Ris, cinta tu boleh datang bila-bila masa saja. Awak kena ingat dia suami awak. Awak kena taat pada dia sebab syurga awak bawah tapak kaki dia.”

“selama ni siapa saya pada awak, Mal?” soalku

“ awak adalah perempuan yang cukup saya sayang dalam dunia ni. Tapi sayang saya tak boleh lebih dari seorang rakan. Sebab awak isteri orang. Awak kena ingat tu. Berdosa kalau saya runtuhkan masjid” ucap Ekmal.

“kalau saya bukan isteri orang, awak masih mahukan saya?” soalku tidak berpuas hati. Ekmal hanya tersenyum lalu pergi dari pejabatku. Aku dapat rasakan perasaan Ekmal sama seperti aku. Rasa itu terbatas kerana status aku sebagai isteri. Mal, aku cintakan kau. Aku mahu hidup bersama kau.

“Assalamualaikum” sapa satu suara dari belakngku. Aku berpaling. Seorang wanita bertudung kemas berada betul-betul dibelakangku.

“waalaikumsalam”jawabku.

“saya kenal awak ke?”aku menyoalnya.

“boleh kita bercakap sekejab?”soalnya padaku.

“saya tak kenal saudari. Apa yang saudari nak bincangkan dengan saya?”

“tapi saya kenal awak. Sekejab saja. Saya janji” aku diam. Berfikir sebentar. Akhirnya aku angguk. Aku dan wanita tadi berlalu ke sebuah restoren yang berdekatan dengan bagunan pejabat.

“saya Farah.” wanita yang ku kira baru berusia awal 20 an itu mengenalkan diri padaku. Aku hanya tersenyum. Tiada pula niat mahu kenalakan diri. Bukankah dia sudah mengenaliku

“awak Batrisya kan?” ujarnya lagi apabila aku hanya mendiamkan diri.

“macamana Farah tahu nama saya?” soalku. setahu aku, aku tidak pernah kenal sesiapa bernama Farah. Farah tersenyum manis.

“tentu awak hairankan?. Sebenarnya saya tunang Ekmal” kata-kata Farah itu membuatkan kepalaku bagai di hantuk batu besar. Gelap seketika dunia ini.

“awak kenal Ekmal kan?” langsung aku tidak mengangguk atau menggeleng. Sungguh aku terkejut saat ini.

“Abang Ekmal dah tak macam dulu sejak akhir-akhir ni. Saya selalu nampak awak dengan dia lunch sama-sama. Saya nak tahu apa hubungan awak dengan Ekmal?”soalnya.

“saya....saya..”lidahku kelu untuk berkata2. siapa Ekmal padaku? Aku tdk tahu.

“saya datang bukan nak bergaduh atau nak ugut awak. Tipulah kalau kata saya tak marah dan tak cemburu tengok awak berdua. Tapi saya rasa setiap perkara ada penyelesaiannya kan. Kalau betul awak dengan Ekmal ada apa-apa, berterus-teranglah. Saya tak nak jadi orang bodoh” lembut tutur bicara Farah. Apa yang perlu aku katakan padanya. Kami kekasih? Itu dulu. Kisah bertahun yang lalu.

“walau apapun hubungan awak dgn Abang Ekmal,saya rayu pada awak tolong jangan ambil Ekmal dari saya. Tak lama lagi kami akan berkahwin. Saya sayangkan Ekmal. Saya tak sanggup kehilangannya.”ucap Farah. Masih lembut seperti tadi. Tapi ada nada sebak di dadanya. Dia yang mengambil Ekmal dariku. Aku cuba kumpul kekuatan yang masih bersisa

“dah berapa lama kamu bertunang?”akhirnya ada kekuatan yang memaksa aku bertanya.

“dah hampir 2 tahun. Kami rancang akhir tahun ni kami akan kahwin”ujarnya. Dadaku sesak. Rasa tidak boleh bernafas. Kenapa Ekmal merahsiakan perkara ini dari aku. Rupanya Ekmal sudah tidak perlukan aku dalam hidupnya. Patutlah beria benar dia menyuruh aku berbaik dengan Tengku Iskandar. Dalam diam dia sudah punya pengganti.

“saya harap Batrisya faham perasaan saya” aku pandang wajah Farah lama. Memang dia lebih sesuai untuk Ekmal. Wajah Farah tenang di sebalik mata yang redup. Ada kedamaian di mata itu. Tidak seperti aku. Ada seribu satu masalah membelenggu diri. Tiap masa dan ketika. Dia gadis yang bersopan santun. Cukup tertib secara perbuatannya. Aku? Kasar.

“antara saya dengan Ekmal tiada apa-apa hubungan istimewa. Kami hanya kawan sekerja semata-mata. Farah tak payah risau.”ujarku. terpaksa aku telan walaupun terasa amat pahit kenyataan itu.

“Kalau itu kata-kata Batrisya, saya lega. saya minta diri dulu. Tapi saya minta jangan beritahu Abang Ekmal saya jumpa Batrisya. Dia tak tahu saya ke sini. Terima kasih sebab sudi meluangkan sedikit masa awak untuk saya” aku hanya angguk. Suara Farah bagai angin yang menyapa telingaku. Hanya bunyi desiran yang tidak jelas. Farah terus berlalu.

p/s : penat seharian m'guruskan majlis konvokesyen........huhuhuhu.... kne pos awal2 coz nani nk kne m'ulngkaji pljrn........ esok smpai mnggu dpn de paper..... klu x post kn pe2 tu fhm2 jelah ye... bzy....... well ucapan biasa utk korg, tq msh sudi m'baca karya sy w'laupun kdg2 de yg sekerat jln..... sy sntiasa m'hargai sapa2 yg sudi luangkn msa m'baca karya sy yg kdg2 merapu...... hahhaa..... hrp maaf pd sesapa yg msh lg m'nunggu CD. hope u ll hepi m'bce cite ni. k