THANK YOU

Monday, November 2, 2009

Andainya Aku Tahu 16


Hati aku berdebar-debar. Anak dalam kandunganku juga asyik bergerak. Bagaikan mengerti apa yang kurasakan. Mengikut jadual, setengah jam lagi, Anif akan menikah dengan Juhana. Baju kurung bewarna krim masih tergantung di almari. Aku sudah sedia menghadapi. Kalau benar dia ingin mengahwini Juhana. Biarlah aku menyaksikan segala-galanya. Biarlah hati ini hancur lebur. biarlah rahsia hati ini terus menjadi rahsia.

“Risya, cepat” panggil abang dari luar. Pintu bilikku di ketuk berkali-kali.

“kejap” pantas baju kurung ku capai. Aku nekad. Apapun yang terjadi, aku akan tempuhinya. Walau sesakit manapun, walau sepedih manapun, biarkan. Kerana aku harus belajar menjadi perempuan yang kuat. Aku bersiap ala kadar. Ku calitkan sedikit make up ke wajahku. Biar Nampak berseri. Aku tidak mahu Nampak lemah di mata Anif. Rambut ku sisir rapi. Perlahan ku sarungkan tudung Ekin bewarna senada ke kepala, menutup rambutku. Aku pandang diriku dicermin. Lama.

“ibu minta maaf. Ibu tak dapat nak bagi keluarga yang sempurna untuk, sayang” ucapku pada anak didalam kandungan. Setitis mutiara jernih gugur jua. Biarlah ini menjadi titisan terakhir. Kuharap ia tak akan gugur lagi untuk insan yang bernama Nik Mohammad Anif b. Nik Arifin.

“Anif, aku relakan kau pergi” ucapku perlahan sambil merenung diriku di cermin. Biarlah aku tatap wajahku yang lemah ini kerana selepas ini aku akan tinggalkan wajah ini jauh dariku. Setelah puas barulah aku melangkah keluar. Berjalan perlahan ke kereta Wira milik abang.

“Risya ok tak. Betul nak pergi?” soal abang. Aku angguk. Ku hadiahkan sebuah senyuman penuh keyakinan padanya. Abang angguk. Kereta wira bergerak perlahan. Sepanjang perjalanan aku hanya diam. Memandang suasana sepanjang perjalanan ke rumah Juhana. Debar di dada makin menggila.

Ramai orang membanjiri rumah Juhana. Aku melangkah bersama-sama abang dan sarah menapak ke rumah mewah itu. Bagai tidak terasa tanah yang ku pijak. Aku kena kuat. Bisik hatiku. Belum sempat aku masuk ke rumah, kompang sudah berbunyi menandakan pengantin lelaki telah tiba. Terasa nyawaku ingin melayang melihat senyuman Anif melangkah dengan segak dengan baju melayu teluk belanga bewarna krim. Terbayang wajahnya di hari penikahan kami. Tapi dia Nampak bersemangat. Disisinya mama dan papa sebagai pengiring. Lututku sudah terketar-ketar. Bila-bila masa saja aku akan rebah.

“Risya” tegurnya. Aku tunduk. Tidak sanggup memandang wajah Anif. Terasa air hangat sudah bertakung di kolam mata. Aku bakal melanggar janjiku, kalau aku terus berada di sini. Pantas aku capai tangannya kusalam dan kukucup.

“tahniah, abang. Semoga bahagia” pantas aku larikan kakiku. Pergi dari situ sebelum aku benar-benar lemah. Langsung aku tidak berpaling. Rupanya aku amat lemah. Aku tidak mampu. Abang kejarku dari belakang.

“Risya” sempat dia menahan. Risau melihat aku bagaikan orang lupa diri. Tidak sedar ada nyawa lain yang kubawa bersama.

“Risya nak balik. Tolong” ucapku dalam tangisan.

“k, kita balik. Tapi Risya jangan macam ni. Bahaya” ucap Abang. Perlahan dia pimpin aku ke kereta. Terus Wira milik abang membelah kepekatan malam. Aku sudah tidak peduli. Aku terus menangis dan menangis. Hatiku sakit sangat. Tersangat pedih. Hancurnya hati ini sampai langsung tidak meninggalkan serpihan.

“kita dah sampai” ucap abang. Terus aku turun dari kereta. Berjalan laju ke rumah. Terduduk aku di lantai. Kakiku sudah tidak dapat menampung tubuhku. Dalam gelap malam aku menangis. Tiba-tiba lampu terpasang.

“Risya” aku kenal suara itu. Pantas aku donggak. Anif berdiri didepanku. Mana abang. Aku pandang sekeliling. Langsung tidak Nampak kelibat abang dan Sarah dimana-mana. Aku malu. Pantas aku bangun. Anif tercegat. Meanti reaksiku.

“jangan tinggalkan aku.” tubuh Anif ku peluk erat. Aku tidak mahu lagi melepaskan dia pergi. Aku sudah tidak kisah. Aku sanggup meruntuhkan tembok egoku deminya.

“tolonglah jangan pergi” aku terisak lagi.

“hei... syyhhh” Anif leraikan pautanku ditubuhnya. Wajahku diangkat sedikit agar mata kami bertentang. Aku lihat ada sinar dimata redupnya.

“i love you” ucapnya. Aku terkelu. Terus terhenti airmataku.

“i really love you” ucapnya menyakinkan aku. Aku terkelu.

“abang tak akan tinggalkan Risya.”

“tapi tadi...” jari Anif melekat dibibirku. Dia tersenyum.

“Risya ingat abang yang kahwin ye. Bukan abang yang kahwin, tapi kawan abang” ucapnya.

“apa yang Risya dengar hari tu”

“abang dengan Juhana tak ada apa-apa hubungan, sayang.” putusnya.

“abang hanya cintakan Risya. Dari dulu lagi. Tapi dulu abang buta dalam menilai apa itu cinta. Memang Juhana cantik” ucapnya.

“apa???” aku geram mendengar pujiannya pantas tubuhnya ku tolak.

“tapi isteri abang lagi cantik. Abang cintakan Risya” dia menarik kembali tubuhku dan dipeluk erat.

“betul?” soalku. Ada senyuman terukir manis di bibirku. Bunga-bunga bahagia terasa mekar di sudut hati. Anif angguk. Perlahan dileraikan pelukannya. Dia buka genggaman tangannya didepanku. Sebentuk cincin emas putih ada di situ. Cincin yang kutanggalkan tadi. Kutinggalkan semasa menyalami tangannya. Tingggg..tinggg.. cincin itu dilepaskan dari genggamannya dan jatuh ke lantai. Apakah erti semua ini. Aku terkelu. Perlahan Anif keluarkan kotak baldu dari poket baju melayunya. Berdebar-debar aku menantikan apa yang hendak dilakukan

“happy 1st anniversary sayang” ucapnya lembut. Di sarungkan sebentuk cincin emas, bertatah
berlian ke jari manisku. Cukup cantik.

“mulai hari ni, kita mulakan hidup baru. Jangan tanggalkan cincin ni sampai bila-bila. Janji?” perlahan aku angguk. Tidak sangka rupanya sudah setahun usia perkahwinanku.

“i love you too” ucapku. Akhirnya nyata bahagia itu milikku. Syukur padamu Ya Allah. Aku pandang mata Anif lama. Ada kedamaian di mata itu. Perlahan dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Aku hanya mengikut rentaknya. Tiba-tiba kedengaran ringtone handphone Anif berbunyi.

“isk kacau”rungutnya. Aku hanya tersenyum malu.

“helo, ma” rupanya mama yang menelefon.

“Risya ok.” Balas Anif.

“nah mama nak cakap” Anif hulurkan telefonnya kepadaku. Teragak-agak aku menyambut.
Agaknya apalah yang ingin diucapkan oleh mama.

“Assalamaualaikum” ucapku

“Risya ok tak. Terkejut mama tengok Risya lari tadi” terus saja mama menyoal. Salam ku langsung tidak disambut. Risau benar orang tua tu.

“ Risya tak apa-apa, ma” ucapku. Sedikit-sebanyak aku rasa terharu dengan sikap prihatin mama.

“syukurlah kalau macam tu. Baby ok kan?”risaunya mama ni. Rungutku.

“semuanya ok ma. Baby tak apa-apa. Papa baby ni tak ok” usikku. Saja aku nak kenakan Anif yang dari tadi menggatal. Tangannya asyik merayap ke pinggangku. Terpaksalah aku menahan geli.

“kenapa dengan Anif?” mama risau lagi. Aku ketawa. Tak sangka mama percaya. Pantas Anif cubit pipiku.

“Aduh”

“Risya kenapa nak?”: soal mama.

“mama. Semua ok...” belum sempat aku habiskan ayatku Anif telah merampas telefon itu dari aku.

“mama, nanti kita bincang lagi. Esok Anif bawak Risya balik villa ye. Bye mama.
Assalamualaikum” terus Anif matikan talian. Aku melopong lihat tindakannya.

“Risya belum habis cakap la” marahku.

“sayang, abang ada banyak benda nak cakap. Jom balik rumah. Abang dah siapkan dinner untuk kita” ujar Anif. Sungguh aku aku bahagia kini. Aku ikut saja kemana langkahnya. Inilah bahagia yang aku cari. Akhirnya kutemui juga dalam kepayahan aku mengharunginya. Andainya aku tahu.....
********************************************
“mama minta maaf kat Risya atas segala salah dan silap mama selama ni” ucap mama padaku. Tangannya menggenggam erat tangan kananku.

“mama silap dalam menilai Risya.” Sayu kata-kata yang keluar dari bibir mama.

“lupakanlah mama.” Aku tak suka betullah adegan sentimental ni. Asyik nak buat aku menangis je. Habislah nanti anak aku pun suka menangis.

“no, mama tak boleh lupakan. Hari ni mama nak luahkan semua kat Risya” ucap mama. Fuh.. dalam sedih-sedih pun nak garang jugak ke. Aku angguk. Tidak mahu mengecilkan hatinya.

“sebenarnya dulu mama teringin sangat nak bermenantukan Ju. Mama tak sangka Risya yang jadi menantu mama. Tak ada satu pun yang mama suka pada Risya waktu tu.” Aduh, lazer betul mulut. Tapi aku tetap senyum. Kena kontrol.

“mama berusaha untuk jodohkan Anif dan Juhana balik. Tapi Anif terlalu sayangkan Risya. Dia sanggup tinggalkan mama demi Risya. Lepas Risya pergi, Anif pulak keluar dari rumah ni sebab mama paksa dia kahwin. Mama sunyi sangat. Yang mama paling marah bila Ju tipu mama. Mama tak sangka Ju sanggup tipu mama. Dia kata dia diculik, tapi rupanya dia yang lari sebab tak bersedia lagi nak kahwin. Waktu tu baru mama sedar, betapa mulianya hati menantu mama. Sanggup mengorbankan diri demi maruah keluarga mama. Mama malu nak jumpa Risya, tapi mama kuatkan jugak untuk jumpa dan minta maaf.” Ayat mama terhenti. Aku pula hanya diam. Muliakah aku? Padahal aku dipaksa untuk kahwin. Biarlah aku simpan kisah itu kemas dalam memori aku. Tapi apa pun, bahagia itu dah menjadi milik aku sekarang. Betapa tuhan itu maha kaya. Setiap kejadian tersembunyi hikmahnya.

“mama ikhlas nak jaga Risya lepas ni. Mama tahu Risya ragu dengan mama. Percayalah, mama hanya ada Risya sebagai menantu dan anak perempuan mama” ucap mama. Aku ukirkan senyuman manis padanya. Perlahan mama bawa aku dalam pelukannya. Aku terkaku. Sudah lama aku tidak mersai kehangatan sebegini. Aku rindu.

“Risya anak mama, kan?” soal mama. Ada sendu dihujung pertanyaannya. Perlahan aku angguk mengiakan saja. Ya Allah aku bersyukur padamu kerana mengurniakan seribu kebahagiaan untuk aku. Andainya aku tahu...

“Ni kenapa ni berpeluk-peluk pulak kat taman?” tiba- tiba Anif menegur. Mama leraikan pelukannya.

“biarlah mama nak peluk menantu mama. Kamu ni dari mana? Dari pagi menghilang” ucap mama geram.

“jumpa Ju” jawab Anif. Wajahku berubah.

“kenapa jumpa dia?:” soalku tiba-tiba. Anif tersenyum mengejek.

“jelous la tu”

“mana ada” aku cuba menafikan. Tapi memang aku cemburu.

“alah, kalau cemburu cakap jelah.”

“mama tengok Anif ni” aduku.

“Anif, perangai jangan macam budak-budak boleh tak. Tak lama lagi dah nak jadi ayah” marah mama padanya. Aku tersenyum kemenangan.

“amboi dah ada yang menyokong”sindirnya.

“kamu jumpa Ju untuk apa?” soal mama.

“pasal restoran tulah. Maybe bulan depan kitaorng akan rasmikannya”

“Restoran?” aku pelik. Bila masa pulak dia buka restoren.

“tulah, merajuk tak kena tempat.”

“orang serius ni” aku muncungkan mulut. Geram kerana dia asyik mengenakan aku.

“mama nak masuk.” Mama terus berlalu. Memberi ruang untuk anak dan menantunya. Anif mengambil tempat mama.

“cepatlah story” gesaku.

“aritu waktu Risya keluar dari villa, sebenarnya abang tengah bincang pasal nak buka restoran. Kebetulan Ju berminat. Lagipun itu memang cita-cita abang dari kecil. Abang pun kongsi buiseness ni dengan dia. Tulah abang selalu datang ambil dia kat kolej, sebab nak settlekan pasal restoran.Tak sangka orang tu cemburu” ejek Anif. Geram betul aku dengan dia ni. Manalah aku tahu. Ingatkan dia nak kahwin dengan Ju. Satu cubitan berbisa ku hadiahkan di lengannya.

“aduh. Ibu ni ganaslah baby. Sakit abah” Anif gosok lengannya.

“besok pergi beli insurans mulut ye. Sesedap hati kata orang jeles. kita akan jadi pasangan yang ideal nanti. I dah tak sabar.” Sengaja ku ajuk kata-kata Juhana tempoh hari. Anif ketawa besar.

“isteri mana tak marah. Siap main pegang-pegang lagi. Dah tahu minah tu gedik. Saja je kan” ucapku.

“Risya ni, kalau dah mengungkit boleh tahan ea. Macam mak nenek. Abang dengan Ju just friend, k. We all tak ada apa-apa hubungan. Isteri seorang pun dah pening, macam mana abang nak pasang lagi sorang”

“ooo, ada hati ye.” Sepit ketamku mula meliar ke tubuhnya. Aku benar-benar geram. Pantas
Anif tangkap tanganku.

“ abang janji Risya adalah yang pertama dan yang terakhir untuk abang” ucapnya lembut. Terus dia memaut bahuku. Aku tersenyum senang.

“nanti kita beritahu kawan-kawan Risya pasal perkahwinan kita. Abang dah tak larat nak main sembunyi-sembunyi” aku angguk. Apalah penerimaan mereka nanti.

“i love you sayang” ucap Anif.

“love you too”
************************************************
“ibu, auntie Ju dah datang” jerit anakku Nik Muhammad Alif. Walaupun baru berusia empat tahun, anak kecil itu memang petah berkata-kata.

“Alif, jangan jerit macam tulah. Tak baik. Dah, pergi main dengan adik” arahku padanya. Alif terus berlalu kearah adik-adiknya, Nik Nur Aryana dan Nik Muhammad Arshad, buah hati kembarku. Aku hanya tersenyum melihat dia melayan adik-adiknya yang baru berusia setahun enam bulan.

“masuklah Ju, Farid.” Pelawaku.

“you apa khabar?” soal Juhana.

“baik. Alhamdulillah. Duduklah. Nanti i panggilkan Anif.” Aku membalas senyuman manisnya sebelum beredar ke tingkat atas.

“abang” panggilku. Senyap. Tadi Anifsembahyang. Kemana pulak orang tua ni menghilang.

“sayang!” terkejut aku apabila disergah dari belakang. Hamper saja ku buka silat gayung.

“apa abang ni, kejutkan orang jelah”marahku.

“dah lama tak tengok muka sayang macam ni. Rindu” dia pelukku. Walaupun sudah hampir 6 tahun berkahwin, Anif tetap romantic. Macam pengantin barulah katakan. Maklumlah kami ni bercinta lepas kahwin. Bagiku ada untungnya bercinta selepas kahwin dari bercinta bertahun-tahun tapi kahwin tak sampai setahun dah bercerai-berai.

“dah, tak payah nak menggatal. Tetamu dah sampai. Pergilah layan” arahku. Terus aku tinggalkannya sebelum dia menjadi ulat bulu naik daun. Sampai saja di ruang tamu, aku lihat abang sudah rancak berbual dengan Farid.

Pengantin baru, bila sampai?” abang tersengih memandangku. Terus ku salami tangannya.

“baru lagi. Abang ingat tuan rumah dah tak ada” usik abang.

“ada. Zana mana?” soalku melilau mencari Rozana, kakak iparku. Tak sangka sahabat baikku itu kini dah jadi kakak ipar pulak. Dah jodoh. Dah hampir 6 bulan usia perkahwinan mereka

“tandas, biasalah orang mengandung. Asyik loya je tekak tu” ucap abang. Aku tersenyum. Tulah dulu bukan main dia ketawakan aku sekarang, rasakan. Macam mana siksanya mengandung. Alhamdulillah rezeki mereka cepat.

“Sarah, salam mak usu” arah abang pada anaknya yang leka bermain dengan anak-anakku dan juga Jamila, anak perempuan tunggal Juhana. Terus Sarah menurut arahan ayahnya. Aku mencium pipinya.

“assalamualaikum semua” ucap Anif.

“waalaikumsalam”

Terus aku meninggalkan mereka untuk ke dapur menghidangkan makanan.

“ada apa-apa yang boleh i tolong” soal Juhana.

“dah nak siap”

“i tolong you angkat semua ni pergi depanlah ye” aku angguk. Aku dan Juhana kini sudah berbaik. Tiada lagi rasa benci antara kami. Lagipun aku dah Juhana berganding bahu menguruskan restoran. Anif pula buzy dengan syarikat papa. Maklumlah papa dah bersara. Dah tak larat. Katanya nak honeymoon dengan mama pulak. Dah sebulan lebih papa dan mama pergi meloncong. Mesti diaorang tengah seronok kat jepun. Jadi terpaksalah aku ambil alih urusan restoran.

“sayang, dah siap ke?” tiba-tiba Anif masuk ke dapur.

“dah. Pergilah ajak semua makan” ucapku. Anif merapati aku yang sedang menghiris buah oren. Perlahan dia memelukku dari belakang.

“rindunya.” Ucapnya lembut di telingaku.

“janganlah. Malulah” tegahku.

“takkan kat dapur pun nak buat drama” aku tersentak. Serta-merta Anif leraikan pelukannya. Dia tersengih. Aku tersenyum sumbing. Rozana dan Juhana hanya mencebik. abang buat muka tak puas hati. Akhirnya ketawa kami berderaian. Sungguh aku bahagia dikelilingi oleh orang yang tersayang. Ada anak-anak dan suami yang menyayangiku serta sahabat-sahabat yang selalu ada di sisi. Tak lupa juga tempat aku bermanja, mama, papa dan abang. I love u all lah. Inilah kisah hidup aku, Farah Arisya. Andainya aku tahu bahagia itu adalah milikku pasti akan ku semai dan bajai kasih sayang ini dari dulu....

Telahku bajai kasih dan sayang bersama siraman harapan agar ia tumbuh menjadi cinta abadi hanya buatmu kekasih hati....

THE END

p/s : hi kwn2... akhirnye tiba jgk AAT ke destinasinya sebelum naniey exam... hrp2 korg ske cite ni... insyaallh akn m'yusul cite bru utk gntikan AAT. tq pada korg yg m'yokong cite ini....

28 comments:

Anonymous said...

thanks...best citer dia...nanti sambung cd pulak ye...

hana_aniz said...

hahaha... akhirnya bahagia itu milik aku..
eh!! silap! bahagia itu milik risya dan anif!! hehehe...
two thumbs up writer!!
pas ni, CD plak ye??

fzm2 said...

waaaaaaaa
cpt nye hbes kak,
hehehhe
pape p0n memg besh tw
cter nih
hihiihih

Anonymous said...

thank.... best cita ni...

epy elina said...

salam...
bestnya crta ni n hepy ending..
ske2...

Sha said...

wahh best2..
epy ending 4eva...
thx naniey..

p/s: pasni bley la focus kt cd..hehe

misz nana said...

at last happy ending..
gud2.. =)

Anonymous said...

trime kasih byk2 ye kak naniey....criter yg cukup menarik...

teruskan berkarya & saye akan keep on singgah ke blog nih...

-karmila-

yunix77 said...

naniey..tahniah sebab cepat masuk n3 dan AAT dah tamat. selesai hutang dgn peminat blog.

komen:-
1. Secara keseluruhan, tema yang dipilih dah biasa dibaca. tapi cara naniey menggarap tetap ada kelainan. pembaca jadi tertekan dengan sikap Risya, jadi menyampah dengan mama dan terasa kegedikan Ju. good job.

2. Saya tak pandai sangat tatabahasa dan kata kerja ni (serius). Cuma kalau naniey serius nak kembangkan bakat, kena berhati-hati dengan typo, "", koma, huruf besar, huruf kecil dan sebagainya. Sebab dari segi idea nak kembangkan cerita saya rasa naniey dah ada 'kekuatan' dan 'kemahiran' yang saya tak ada.

Tahniah lagi sekali. pasni nak CD plak. cerita baru pun takper. Hihihi

anna said...

thanks.... tamat sudah cita Andainya Aku Tahu... best. Nanti lepas ni sambung lak cita CD

Anonymous said...

bestnyer!!happy ending..

sinichies_girl88 said...

selesai jgak akhirnya...hhehe
memeng best giler ah cte ni...
bila nk smbung cinta Darmia..
huhuuh tak sabar nk tau endingnya..heeh
:)

- Izzati - said...

the enddd...
great story sis...
:D

keSENGALan teserlah.. said...

muahahhaaa..
ske2..
happy ending...!!
bagos2..
best bangat...

btw,,btol2 kata yunix..
ade typo here n there..
tuh je...
len tarak..
ekekekee...

menanti n3 CD n cite baruuuu...!!

qyqa said...

wawawawa...
da hbis..
kan betul..anif x kawen dgn ju tu...
ekeke....
lpas skit tension nak exam bila bc ni...
cayalah kak!!!
aaaaaa....
CD tau pas ni...

ehem2...khairul amir kan...x sbar nak tahu kesudahan crita tu...

Anonymous said...

mmg best!!,cter mcm ni lah yg saya suka,,hehe

fiza said...

hehehe dh jmpe lg stu blog yg mnarik ati bru abis explore blog ni...sume cter best sgt...cpt2 ye smbg cnta darmia..xsbr nk tau endingnye...hu3 n gud luck for writer!!!

adib habib said...

olo lo lo.. ramainye peminat die! tahniah ler adik anis =D

miznza84 said...

cepatnya abis.. tak puasla naniey..
tp ape pun cerita ni memang best..
taniah...

nza

ceritaku MEMORIKU said...

warghhh dah abis.
skit jerw.hehe
bestbest
2jam marathon abiskan cerita nie.haha
-na'dz

Anonymous said...

erm...naniey...best sgt ceriterw niew..
naniey nie baper taon???
pndai r wat cerpen..hik3..
ader ym x???
klu ader add ina_tweety_96..
nk chat....

Anonymous said...

best sgt cite ni...
:))

Anonymous said...

saya baru terbaca crita ni pagi tadi dan skrang dah abis. seronok betul tahniah n klau ada siarkan lagi ya crita camni

Anonymous said...

baru abis baca ari ni bestlah tahniah n nak lagi crita cam ni

ipkudcci said...

woooo......sngat best!!!!trima kasih cerita yg indah.....huhuhu

lurve said...

great....happy ending.......
thankz,,bez story...!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

jalan crita yang biasa, tapi tetap ada kelainan dalam penyusunan ayat dan plot.
1 je nak ckp, mcm ada ikut2 crita Bicara Hati pun ada gak..just my opinion.

farisya iman said...

best sgt ...
naniey nk SE bole x ???
haha