THANK YOU

Wednesday, January 25, 2012

REZEKI TUHAN ADA DI MANA-MANA


Assalamualaikum w.b.t

Lama dah rasanya tak ada entry kan. Maaf nani sibuk berfikir sampaikan tak sempat nak fikirkan entry berikutnya. Hari ni nani nak cerita sedikitlah apa yang terjadi pada nani beberapa minggu ni.. Walaupun korang tak nak tahu @ tak tanya sekalipun, nani tetap nak cerita. Siapa lagi yang dapat nani ceritakan kisah ini kalau bukan kepada pembaca-pembaca di sini. Betul tak?

Lebih kurang 2 minggu yang lalu nani telah menerima perjanjian daripada penerbit untuk menerbitkan karya nani. Apa lagi kalau bukan CINTA DARMIA. Well, waktu tu rasa teruja sangat walaupun perjanjian itu sampai ke rumah,Terengganu (waktu tu nani di melaka). Tapi keterujaan itu terpudar sedikit demi sedikit apabila mendengar pendapat ibu bapa, kawan-kawan, saudara-mara dan pensyarah. Kena selidik ini, kena tanya itu, kenapa begini dan kenapa begitu. Sangat tension bila memikirkan semua kemungkinan. atas rasa ingin tahu, nani mesej pihak penerbit untuk tanya sendiri setiap kemusykilan. Tapi tiap kali tanya timbul saja rasa ingin tahu lagi dan lagi. Mungkin nani ni adalah seorang manusia yang suka mendengar kata orang lain. (kena berusaha ada pendirian sendiri) soalan demi soalan nani ajukan untuk puaskan hati.

Sedar tak sedar dah seminggu lebih nani berfikir. Hampir bulat hati mengatakan ya. Namun masih ada sedikit rasa takut dan ragu. Tapi mengenangkan nani di tahun akhir pengajian, banyak perkara yang perlu nani fokuskan. Nak cari penerbit bukan senang. Lagipun, bukan mudah nak tarik perhatian penerbit pada sesuatu karya. (terima kasih pada penerbit yang sudi memberi peluang kepada penulis baru). Nani kembali pada tujuan asal kenapa nani nak bukukan CD?. sebab nani nak tengok NOVEL CINTA DARMIA tersusun indah di kedai buku. Akhirnya nani putuskan untuk terima.

Saat nani ingin mengirimkan email, menyatakan persetujuan, nani telah di uji dengan berita yang menyentapkan segala keyakinan. Hampir saja nani kehilangan penerbit kerana mereka menyangka nani tidak berminat dan mengambil masa yang terlalu lama untuk berfikir . Waktu tu rasa kecewa sangat sebab nani dah memutuskan untuk menerima. Apa yang nani buat, nani berdoa,

"Ya Allah, jika benar ini adalah jalan untukku, maka kau berikan aku peluang kedua. Jika ini adalah sebaliknya, maka kau jauhkanlah ia daripadaku
"

Inilah yang di namakan Rezeki Allah itu luas. Ada di mana-mana. dan tidak di duga hari ini nani dapat email daripada penerbit, yang mengatakan mereka sudah bersedia menerbitkan CD. Cuma menunggu nani menandatangani perjanjian. Alhamdulillah. Nani beranggapan ini adalah petunjuk dari Allah. Kerana nani tidak dapat buat apa-apa lagi selain berdoa. Berharap Allah dapat tunjukkan jalan yang baik. Mak ada kata "kalau itu adalah rezeki kita, walau bagaimanapun ia tetap menjadi hak kita". maka nani pegang kata-kata mak.

Terima kasih juga pada sahabat setia nani dalam mencari peluang menerbitkan CD, IFFAH AFEEFAH, yang sentiasa memberi skongan dan semangat. dia kata "peminat-peminat kau dah lama tunggu CD, jangan kecewakan mereka"

Apa yang nani inginkan dari kalian semua, pembaca-pembaca diblog Desa Itu Indah dan Cinta Darmia adalah doa mudah-mudahan keputusan yang nani ambil ini betul dan nani akan menjadi penulis yang baik di masa akan datang. Doakan juga mudah-mudahan CD akan mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat-peminat novel seluruh Malaysia. Bagi pembaca blog dari indonesia, brunei, singapura dll, harap tidak berkecil hati. terima kasih kerana sudi membaca di blog nani.

p/s : pandangan orang memang penting, tapi kita perlu ada pendirian. tanpa pendirian kita ibarat lalang. mengikut saja arah angin hingga mungkin kita bakal merasai kekesalan.

12 comments:

Anonymous said...

ya ampun kak nani.. apalagi yang nak difikirkan tu?? pelik sungguh. kalau orang lain dapat, tawaran itu bagaikan durian runtuh. kak nani pulak sengaja nak lewatkan padahal kak nani dah lama tunggu penerbit lamar novel kak nani. itulah namanya tak ada pendirian. bila kita dah teguhkan hati kita nakkan sesuatu, takkan ada lai istilah berpaling. peliklah kak nani ni...

Unknown said...

hok alohhh bukan nak kasi link aku

majuk a gini

buat anon di ats:
Akak nak tumpang emo. senangnye ckp org takde pendirian..kite bukan buta nak lihat ape y baik n buruk

pejanjian bukan zmn kanak2 main iyakan je org kate

aish aku pantang org xphm citer sibuk nk tuduh2..bukan nak lewatkan..korang reti beli je..y tanggung rugi n saman naniey TJ

konsider la skit..janji dapat terbitkan kan?

Nani ko publish komen aku sekarang!

Naniey TJ said...

sebenarnya bila berdepan dengan perjanjian ia adalah sesuatu yg sangat sukar kerana kita tertakluk pada perjanjian itu. sekiranya dilanggar tahulah apa yang akan jadi.... bagi nani, nani nak membuat keputusan dimana nani tidak akan menyesal menandatanganinya... itu je.

Naniey TJ said...

iffah : xreti nk buat link...

xperlulah emo ngn anon... akak nani xcerita why akak nani b'fikir pnjg.... lgpun bukn smua org prnh berdepn situasi yg akak alami...

yg pernh berdepn mgkin fhm.... it's ok jika org mengatakan sy tiada p'dirian. sy xprnh terasa pun. tapi dik anon, pendirian itu tidak blh kte wjudkn spnjg mse sbb kte org lain juga kte prlu trime n fikir... klu ikutkn pndirian sndri sja mhu lingkup smuanya...

Unknown said...

hah aku da siapkan entry

mls layan

takkan nk citer detail

pepaham da la

tak penah terbitkan buku la kot

tu tatau tu

Anonymous said...

tak kisah lah ape pon.. mcm kata mak Nani..dah rezeki nani mcm2 mane pon dia yg dpt.. ape2 pon tahniah akak ucapkan utk CD ni. tak sabar nak jumpa damia ngan .. sape nama hero tu *dah lama x baca- ingat louis koo je pasal minat kat dia* kekekekeee..

gud luck nani & keep up the gud work!!

Love u

-kak Ayu-

Salina Azni said...

Tahniah Naniey... tk sabar nk beli CD... mmg dh lama gler tunggu citer ni...
Kalau bab perjanjian ni, kita kena fikir pjg... mmg xcited bila karya diterima penerbit, tp kena tahu juga segala aspek perjanjian ni... jgn main terima je...
Kena pulak Naniey ni bakal guru, mmg akan berfikir pjg...

Yong said...

congrats!selamat tak terlepas. hurm tu la, kita selalu terpesong dengan cakap2 org, akan jadi waswas.
sy plk selalu berdoa semoga Allah berikan saya gerak hati yang betul.hehe alhamdulillah selalu first instinct banyak yg betul. klo tak betul tu, sebab terperdaya gan cakap org.huhuhu.mmg sy pun lalang jgk rupanya.

miznza84 said...

nani tahniah utk rezeki yg datang .... harap jgn dia disia2 kan...

Aishah Hamzah said...

Betul tu nani. Elok juga dapatkan pendapat orang lain. Kalau tak jadi macam saya. Dah pernah kena tipu dengan publisher membuatkan saya serik. Jadi saya lebih selesa dengan kakinovel. Jemari seni juga ada lamar saya. Bagi saya, okay kot. Haha dia masih menunggu lagi manuskrip saya yang terbengkalai tu. Harap nani teruskan perjuangan. Biarlah tanggapan orang lain. Tapi kadangkala dengar juga apa kata hati kita. Teruskan berusaha. InsyaAllah, apa yang kita nak dan usahakan pasti akan menjadi jika mendapat keberkatan.

RinsyaRyc said...

aja-2 fighting nani !! mesti boleh punya~ dah baca cinta darmia memng best.. ^___^

QasehSuci said...

Betul tu nani...perjanjian mmg kena baca betul2...buruk baiknya...itukan hasil karya kita...tetiba plak klu x baca betul2 ada plak bahagian yg kata karya tu dh bkn hak milik kita...haru jadinyanya...tul tak?

kita yg duk pk siang mlm nk siapkan...sesuka hati depa jadikan reta sendiri....heheh...tu contoh jer...bkn btl2...

Apa2 pun Qaseh mmg x sabar nk tggu CD dipasaran...nk tambah koleksi novel...heheh

Kepda my jiran cik iffah..jgn emo2 lah syg...depa x tau..itu yg depa dok ckp lagu tu...senyum2 slalu k...