Kehidupan yang terus-terusan di lambung derita tidak pernah ku pinta. Alif makin hari makin jauh. Langsung tidak mahu memandang wajahku. Terasa hati benar dengan sikapku yang menuduhnya dulu. Hati aku sakit bila tiap saat di ungkapkan rindunya pada Sara. Walaupun Sara sahabat baikku, namun sebagai manusia biasa aku tetap punya rasa sakit. Cemburu terus-terusan mengasak jiwa.
Entah angin apa yang merasuk Alif hari ini. awal benar dia pulang. Jika tidak bila jam menginjak ke pagi baru Nampak batang hidungnya. Entah kemana dia menghilang. Masuk sahaja ke kamar di hadiahkan senyuman manis padaku. Perangai gila apa pula yang bakal dilakukan hari ini. Aku hanya diam di hadapan meja solek apabila dia selesai mandi. Jambang dan misainya telah bercukur. Selamba sahaja dia bertuala separas pinggang di hadapanku. Sudah tiada rasa malu dan marah melihat wajahku agaknya. Tubuhnya yang berotot ku jeling. Malu-malu untuk memandang
“awal abang balik” sapaku menghentikan kesunyian dan keresahan.
“Salah ke? Abang nak tengok Niza” perlahan dia menghampiriku. Bahuku di pegang. Tak keruan rasanya saat itu bila sepasang mata menggoda miliknya merenung lama pada wajah yang terbias di cermin.
“Abang tak sihat ye?” soalku terus bangun. Menjauhkan diri daripadanya. Meremang pula bulu romaku dengan tingkah peliknya.
“Macam ok. Niza sihat?” gulp. Tanya aku pulak. Aku angguk
“Niza nak keluar siapkan makan malam untuk abang. Mesti abang lapar kan” belum sempat aku melepasinya pantas lenganku di tarik.
“Niza nakkan hak Niza?” soalnya tiba-tiba.
“Apa maksud abang”
“Abang berdosa jika abaikan tanggungjawab abang sebagai suami.”
“Tanggungjawab apa yang abang maksudkan?. Niza tak nak abang tunaikan tanggungjawab abang dengan perasaan terpaksa. Niza masih boleh tanggung diri Niza. Tak payah abang risau” Alif senyap. Perlahan tangannya mengcapai tanganku. Dikucup lembut. Ah,. Tak boleh jadi ni.
“Niza cakap, abang tak cintakan Sara kalau abang abaikan Niza kan. Mulai hari ni abang akan jalankan tanggungjawab abang pada Niza dan Ilya untuk buktikan cinta abang pada Sara” kemana hilangnya Alif yang bijak, yang pandai. Apakah bodoh manusia di depan aku ini. kenapa dia jadi dungu sebegini. Ya Allah kuatkanlah hati ini dalam memulihkan kembali semangat suamiku. Terus aku letakkan tangan ke kedua belah pipinya.
“Abang dengar sini” aku renung tajam matanya.
“Niza takkan minta abang buat apa yang abang tak suka. Perasaan abang pada Sara, hanya abang dan Allah sahaja yang tahu. Abang tak perlu buktikan apa-apa pada Niza. Niza dah lama faham. Hari tu Niza marah sangat. Niza tak sengaja cakap macam tu.” Ucapku. Terhenti seketika sebelum ku sambung bicara.
“Niza tahu bukan mudah untuk abang terima hakikat orang yang abang cinta, yang abang saying dah tinggalkan abang. Niza pun sedih. Tapia bang kena ingat Ilya perlukan abang. Dia perlukan kasih sayang. Abang tak perlu buat apa-apa untuk Niza. Tapi buat untuk Ilya. Luangkan masa dengan dia. Niza tahu abang tak senang sebab fikirkan tanggungjawab abang pada Niza” sukar untuk aku ungkapkan.
“Abang tak perlu jalankan apa-apa tanggungjawab pada Niza. Niza yang tak nak. Tapi satu je Niza nak minta dari abang” aku pandangnya lama.
“apa?” soalnya
“Izinkan Niza duduk kat sini sampai abang dah betul-betul ok. Niza nak jaga Ilya. Niza janji bila abang dah sihat dah boleh hidup macam dulu, Niza akan pergi. Abang takkan terbeban lagi. Buat masa ini, anggaplah Niza ni sesiapa pun. Niza tak kisah. Tapi Niza mohon abang bagi Niza peluang jaga Ilya untuk sementara waktu ni” serak suaraku menahan sebak dan tangis. Alif terkelu. Namun seketika kemudian ada air jernih yang mengalir dari pipinya. Dia kalah lagi menahan mutiara mahal itu dari menitis.
“abang berdosa pada Niza. Tapi abang tak boleh nak lupakan Sara. Abang minta maaf” dia menunduk
“syyhhh…” perlahan aku memeluknya. Menenangkan dirinya persis anak kecil.
“mulai hari ni, abang takkan rasa macam tu lagi. Tak apa, Niza faham. Niza akan bantu abang jaga Ilya. Bantu abang untuk bangkit semula. Abang jangan bimbang” pujukku. Namun dia tetap menangis di bahuku. Dan malam itu hati aku lebih parah berdarah dari hatinya. Kerana aku merelakan dia menganggapku apa sahaja. Asalkan dia bahagia.
Pantas masa berlalu. Esok umur Ilya dah masuk setahun. Maknanya dah hampir setahun juga arwah Sara pergi. Alif?. Nampaknya dia dah mula terima hakikat. Beberapa bulan kebelakangan ini dia makin kerap bersama Ilya. Selepas kejadian malam tu, dia menyepi. Lama sekali. Agaknya sudah puas berfikir dan kesiankan satu-satunya tinggalan Sara itu jadi dia bertindak merapatkan diri dengan anak itu.
“mama” aku toleh ke sisi. Ilya menarik-narik bajuku minta di dukung dengan wajah yang sudah seperti ingin menangis. Manja sangat. Lantas tubuh kecil itu ku dukung
“sayang nak susu ye?” soalku padanya. Dia hanya angguk. Memahami tetapi tidak tahu untuk menyuarakan hasratnya. Lantas susu Ilya kubancuh dan membawanya ke ruang tamu. Menyusukan Ilya.
“ilya dah nak masuk setahun sayang. Dah besar anak dara mama ni. Mama tak tahu sampai bila mama boleh ada dengan Ilya. Tapi mama nak anak mama ni jadi anak yang solehah. Jaga ayah bila mama tak ada” ucapku dengan senyuman. Mata Ilya terkebil-kebil memandang bicaraku. Manalah anak kecil itu mengerti. Rasanya masa untuk bersama Ilya sudah semakin suntuk. Aku ingat janjiku pada Alif. Aku akan pergi bila dia bersedia menempuh reality. Dan aku merasakan dia sudah mula bersedia.
“Ilya sayang. Mama akan rindukan Ilya nanti” ucapku bersama titisan airmata yang jatuh ke pipi. Aku peluk kemas Ilya.
“ilya” suara itu mengejutkanku. Cepat-cepat airmata ku sapu.
“Ilya minum susu ye sayang?” Alif muncul dengan senyuman. Dua butang kemejanya sudah terbuka. Dia melabuh punggung disebelahku. Hampir sekali. Tangannya mengusap lembut pipi Ilya yang sudah mula layu. Harumannya menyapa hidung.
“Abang dah makan?” soalku menghilangkan sesak di dada. Alif pandangku
“Belum” balasnya.
“nak makan?. Niza sediakan”
“boleh juga” balasnya lagi. Pertama kali dia menerima pelawaanku
“Niza letakkan Ilya di bilik dulu ye”
“Biar abang yang buat” Alif mengambil Ilya di ribaanku. Lantas dia melangkah ke bilik. Aku hanya memandang hingga dia hilang di kamar. Lantas ku atur langkah ke dapur. Menghidangkan makanan. Memang setiap hari aku masak lebih. Berharap dia sudi menjamu selera. Lama aku tunggu dia di meja makan. Sehingga akhirnya aku panjat tangga ke kamar Ilya. Alif lena di katilku sambil memeluk anaknya. Aku pandang lama wajah itu. Niza cintakan abang. Mungkinkah Niza mampu untuk tinggalkan abang dan Ilya?. Sebak terasa menghuni hati. Namun itulah yang bakal aku lalui bila saatnya tiba.
p/s : hidup bukan hanya untuk bergelak ketawa.... hidup juga untuk menangis.... Tangisan itu meredakan ketegangan diri.... Tapi ingat setelah puas menangis jangan lupa untuk ketawa... tinggalkan segala duka dan bawalah rasa bahagia untuk perjalanan seterusnya.... :))
14 comments:
sedihnya...nak lagi2.. xsabar nak tahu apa jadi lepas nie..tp sedihla citer nie..
huhu.. sbg seorang perempuan yg bernama niza juga, sy faham perasaan Niza. waaaa
sedihnye...xkan aliff langsung x terusik dgn layanan niza?sian kt niza...
adehhh...bile niza bleh bahagia ni???betul ke alif x de perasaan lansung kat niza tu.....
kesiannya niza..... bilela alif nak terima niza dalam hidup dia.... harap2 alif sedar pengorbanan niza selama ini...
cite ni takde sambungan lagi ke? tengah best ni...
bila nk smbg ne dek.cian nye kt Niza..cepat smbg ye dek...
Knpa tkda smbungan?
Salam naniey,knpa tk smbung cite ni?geram kt alif.smbung le, biar alif pla rasa kcewa nti.
Salam naniey bila nak habis kan cerpen cinta di penghujung hati? Dah lama sy tunggu. plssssss sambung lah
Salam naniey bila nak habis kan cerpen cinta di penghujung hati? Dah lama sy tunggu. plssssss sambung lah
Tolong lah sambung cerpen cinta di penghujung hati. Nak tau apa jadi kat alif dan niza tu. pls naniey
mmg xde sambungan iye
Takde sambungan ke cerpen ni... sambung la....
Post a Comment