THANK YOU

Wednesday, December 7, 2011

my boss my love 11


“Lin tak salah mak. Tengku perangkap Lin” tangisku di dada emak. Emak peluk aku erat. Cuba tenangkan aku walaupun hatinya terluka.

“Mak percayakan Lin, kan?” aku pandang wajah mak. Berlinangan airmata mak jatuh ke pipi. Aku pandang Tengku Hairil yang berada tidak jauh dariku. Dia hanya diam bila di soal tengku Badriah.

“Mana perempuan tak tahu malu tu. Biar I ajar dia cukup-cukup” Tengku Malissa muncul. Berjalan laju ke arahku sambil di ekori oleh mama dan papanya. Belum sempat dia menyerangku, langkahnya terhenti.

“jangan you berani sentuh Lin. I tak izinkan sesiapa pun sakiti dia” Tengku Hairil menolak sedikit tubuh Tengku Malissa.

“you siapa nak halang I? you tak layak”

“Jaga mulut you Malissa” Tengku Hairil sedikit tercabar. Mahu sahaja ditampar pipi Tengku Malissa.

“You jangan kurang ajar dengan I. berani you buat macam ni pada I. You ingat! you dengan ibu you tu kuli papa I. kalau I nak sekarang ni juga papa I tarik semua yang dia berikan pada syarikat you. Tak sedar diri” tengking Tengku Malissa.

Pangggg!!!!!! Satu tamparan terkena pipi mulus Tengku Malissa. merah menyala wajah Tengku Badriah.

“sehina itukah kami di pandangan kau?” marah tengku Badriah.

“Berani you sentuh anak i?” Ibu Tengku Malissa, Tengku Melur bersuara. Terus memeluk anaknya.

“Anak you biadap” jawab Tengku badriah.

“I nak you batalkan kontrak you dengan perempuan ni sekarang juga. Biar dia hidup merempat” Tengku Melur memandang tepat wajah Tengku Idris. Memberi arahan. Tengku Idris Nampak tenang.

“No. I tetap akan teruskan usahasama dengan mereka. Buiseness is buiseness. I tak nak campur adukkan hal peribadi dengan urusan perniagaan”

“papa…” Tengku Malissa bertambah berang apabila papanya seolah-olah tidak menyebelahi dirinya. Tengku Idris berjalan menghampiriku.

“Lin” panggilnya. Aku angkat wajah.

“saya tak salah” ucapku.

“Papa tahu.” Balasnya.

“Is, you buat apa ni? You tak nampak ke apa diorang buat kat anak kita? Diorang dah malukan kita”

“Baik you diam, Melur. Lin pun anak I. I takkan biarkan sesiapa tindas anak I.” kata-kata Tengku Idris mengejutkan semua yang ada di situ.

“kalau papa jadi Aril, papa takkan kahwin dengan perempuan biadap macam kamu.”

“papa!!”

“Tengku Masleen bt Tengku Idris. Kahwin dengan Tengku Hairil ye?” pujuk papa. Kenapa aku perlu kahwin. Aku tak salah.

“Lin tak salah.” Ucapku sekali lagi.

“pak Engku, saya akan kahwin dengan Lin” ucap Tengku Hairil. Tengku Idris pandang anak muda di depannya.

“bukan macam ni caranya. Kenapa sampai jadi macam ni?”

“Saya minta maaf pak Engku. Saya yang salah. Tapi saya dah tak tahu nak buat apa. Saya cintakan Lin, tapi dia minta saya kahwini Malissa.”

“cukup. Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Walauapa pun jadi Lin tak nak kahwin dengan Aril. Lin tak nak” tegasku. Berdiri memandang Tengku Hairil tajam. Dia ingat semudah itu aku akan bersetuju menjadi isterinya. Dia silap. Aku bukan perempuan bodoh. Mengikut sahaja situasi yang ada.

“Lin, I nak bertanggungjawab”

“Nak bertanggungjawab? You nak bertanggungjawab atas apa? Apa yang you dah buat kat I?” soalku pada Tengku Hairil. Dia belum pernah tengok aku mengamuk. Hari ini aku betul-betul akan mengamuk.

“You nak berpura-pura bertanggungjawab atas perangkap yang you buat. Kononnya nak menutup malu. Macam tu? I tak sangka sesempit ini pemikiran you. Selama ini I hormat you tapi hari ini, I rasa I silap menilai. You tak patut langsung dihormati. Bertindak ikut nafsu” marahku geram. Tengku Idris dan mak memandang.

“Aku hanya ingin sentiasa bersama kau.”

“Apa yang you pandang sangat pada perempuan buruk ni Aril? Tak sangka rendah betul taste you” sempat lagi tengku malissa mencelah.

“Hei perempuan, baik kau diam sebelum aku bisukan mulut kau” aku merenung tajam wajah Tengku Malissa hingga membuatkan dia serba salah. Menyibuk sahaja.

“Jangan ingat hati dan perasaan saya ni macam sampah. Sesuka hati nak campak ke mana-mana. Mulai saat ini, saya letak jawatan sebagai setiausaha tengku. Dan mulai hari ini saya dah tiada kaitan lagi dengan Tengku.” Putusku.

“Lin…”Tengku Badriah ingin bersuara.

“Lin minta maaf bonda. Tapi Lin tak boleh terima bila Aril malukan Lin macam ni. Lin pun ada mak ayah. Mak, Kita balik” ucapku pada mak. Mak bangkit. Mengekori langkahku. Tanpa sedar Tengku Idris juga mengekori.

“Tengku Masleen” panggil Tengku Idris. Langkahku terhenti di luar pejabat agama.

Stop call me that name. I’m not your daughter” marahku

“Sampai bila Lin nak marahkan papa? Apa lagi yang papa perlu lakukan untuk Lin maafkan papa?”

“Siapa papa? Saya ni anak yatim. Papa saya dah tak ada. Please, jangan ganggu saya lagi.” Peritnya rasa hati saat ini. Seorang bapa yang sanggup meninggalkan anak kecilnya bersama ibu yang terkontang kanting demi mencari kesenangan yang tiada pengakhiran. Kata ibu, papa tidak sanggup hidup susah bersama mereka. Papa ingin balik kepada keluarganya. Bertahun dia menanti papa datang membawanya bersama tapi baru sekarang lelaki itu muncul menagih kemaafan daripadanya.

“Jangan cakap macam tu, nak. Papa tahu papa salah. Maafkanlah papa”

“No. selagi otak dan hati ini ingat macam mana deritanya mak, saya takkan sesekali maafkan Tengku. Baik Tengku balik pada isteri muda Tengku. Baliklah pada harta Tengku yang bertambun tu. Anggap kami tidak pernah ada dalam hidup Tengku.”

“Lin, jangan macam ni nak. Cukuplah dengan apa yang berlaku kat dalam. Kita balik. Abang baliklah. Saya boleh jaga anak saya” ucap mak sambil menarik tanganku ke arah kereta. Hati aku benar-benar walang. Aku benci. Aku benci semua orang. Kenapa nak buat macam ni pada aku?. Mentang-mentanglah aku lurus, jangan ingat sesenang hati je boleh pijak kepala.

Berita sensasi di muka depan akhbar hari ini, pewaris Megah Holding ditangkap basah bersama setiausahanya. Amboi memang panas membakar berita hari ini. lantas ku renyukkan akhbar. Sakit hati untuk terus membaca. Mesti banyak yang ditokok tambah. Makin glamour lah aku lepas ni. Nasib baik muka aku tak terpampang kat dada akhbar. Yang ada hanya muka poyo Tengku Hairil. Padan muka kau. Kalau dah tak fikir dulu sebelum buat itulah padahnya. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

“Lin, kamu ok ke?” soal emak dengan wajah berkerut. Risau sangatlah tu tengok aku.

“Ok”

“kamu tak kisah ke tengok berita tu”

“takkan Lin nak mengamuk kat wartawan pulak.” balasku malas. cuba bertenang walau hatiku bergelora.

“Mak rasa tak sedap hati. Jiran-jiran pun da mula duk mengata pasal kamu”

“pedulikan diorang mak. Kita tak boleh nak tutup mulut diorang. Yang penting mak percayakan Lin. Lin tak buat salah” tuturku

“Tengku Hairil tu betul-betul sukakan kamu, Lin”

“kalau dia suka, dia takkan buat Lin macam ni, mak.” Mak diam. Tak tahu lagi nak kata apa. Aku juga diam melayan lamunan. Tak tahu nak buat apa. Berkurung sajalah. Wajah Tengku Hairil bagai menari di ruang mata. Dalam sekelip mata dia menghilangkan rasa sayangku padanya. Jika peristiwa semalam tak berlaku, mungkin sayangku padanya masih kemas terlekat dihati. Aku pun hairan, bila masa dia jatuh hati pada aku?. Cerita ni macam cerita Cinderella pulak. Seorang putera raja jatuh cinta pada gadis biasa. Kalau korang nak tahu, aku memang minat sangat dengan cerita Cinderella waktu kecil-kecil dulu. Bila dah besar baru sedar, mana mungkin ia terjadi dalam kehidupan sekarang. Tapi sekarang aku rasa kadang-kadang perkara mustahil itu boleh jadi tak mustahil untuk berlaku. Contohnya cerita aku dan Tengku Hairil. Nampak macam mustahil lelaki itu nak jatuh cinta pada perempuan macam aku. Tapi sebenarnya tak mustahil kerana cinta sejati dapat dilihat dari mata hati bukan mata kasar manusia yang selalu tidak puas. Amboi berfalsafah pulak aku. Tapi…… isk…tak habis-habis dengan tapi. Tapi dia tak pulak call atau mesej aku macam orang gila. Merayu-rayu. Macam mana nak call kalau awal-awal lagi aku dah off hanset. Malas nak dengar suara dia.


p/s : terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini. tapi yang sedihnya bila ada komen tak dapat baca MBML 9 & 10. Nani dah tak tahu nak buat macam mana. dah dua tiga kali try publish balik. kepada sesiapa yang tahu macam mana nak selesaikan masalah ni, sila tinggalkan komen ye. pada sesiapa yang masih bertanya tentang entry WH, sila baca entry nani yang bertajuk PERJALANAN BARU BERMULA. kat situ nani dah jelaskan apa yang terjadi n bakal terjadi.

13 comments:

Salina Azni said...

kenapa Lin tk nk terima? sian kt Aril.. nani, bg ler Lin lembut hati sikit....

pasal ada yg tk dpt tu, rasanya diorg kena guna google chrome... kalau guna yg lain, mmg tk leh rasanya

miznza84 said...

nak lagi naniey.. (^_^)

Unknown said...

Salam kak Naniey TJ
bessttnye part ni ble dorg kahwin ala tak sabar sy nak bce... Lin ni tak mahu tapi mahu jgn la ego sgt tp tengah tnggu org tersayang hehehhe

Yong said...

alahai awat main tarik tali ni. klo dah suka jugak kawin je la. buang ego tu lin oiii.

El Fye said...

kuasa wanita.....

Anonymous said...

apesal jadi cam nie?????
saya tunggu your next n3 k...
bagilah aril kawen ngan lin...
lembutkan skit hati lin tu..
takkan dah ilang rse sayang kot....(jgn biarkan itu terjadi)
hehe...sory kalau komen lebih-lebih....dah mcm jadi penulis lak...^_^

Anonymous said...

rupa2nya Lin tu anak Tengku Idris... Malissa tu pula adik tiri Lin lah ya... ohhh...

Anonymous said...

nak diorg kawen..huhu
x sangka nani post secepat ni...
thanks a lot!!
keep it up!

~akumie

Anonymous said...

Kesian leen, jd mangsa keadaan. Pleaselah setuju kawin ngan tengku biar padan muka melissa2 he..he..

Anonymous said...

x sangka leen tu anak tngku idris..hehe..sambung la lg ek :D

Kak Sue said...

kenapa Lin buat Tengku mavam tu... kasihan dia ..
kalau Lin x kahwin emak Lin yang dapat malu sebab x pandai jaga anak kan... kasihan emak lin...
jangan terlalu pentingkan diri sendiri sahaja... Hati ibu yang terluka siapa yang tahu...

Anonymous said...

alkisahnya...lin tu kakak tiri tg malissa laa...

naniey....(wat muka mintak kesian) tlg r bgtau camner nk bca bab 9 & 10. cian kami2 yg xleh bca ni...

~nor..

Anonymous said...

like like like... dh lame tak bca crte mcm ni,..... cpt la smbung bestttttt sgt...... suke suke suke.... klu hr2 update kn bagus.... thns sbb wat crte yg mcm ni... suke sgt....