Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Aku makin rapat dengan Ekmal. Hatiku yang terasa sunyi kembali terisi bila bersamanya. Hubungan kami yang terputus dahulu bagai tersambung kmbali sedikit demi sedikit walaupun tidak pernah diungkit kisah dahulu. Jauh disudut hati aku masih mencintainya sama seperti dahulu. Semakin hari semakin mekar perasaan yang dahulunya telah layu. Hangat hubungan kami menjadi buah mulut kakitangan Global Jaya. Tengku Iskandar juga banyak berubah. Lelaki itu selalu pulang lewat. Kadang-kadang langsung tidak pulang. Tidak tahu kemana lelaki itu pergi. Kami membawa haluan masing-masing.
Penatnya hari ini. Kalau ikutkan hati, malas rasanya menghadiri majlis sambutan ulangtahun syarikat yang pertama di hotel Grand Cotinental malam nanti. Tapi aku telah berjanji dengan Ekmal untuk keluar bersamanya sekejab lagi. Bila terkenangkan Ekmal terus rasa malas hilang. Apakah ini yang dinamakan cinta mekar kembali.
“kita nak kemana ni?” soalku pada Ekmal.
“tadi awak jugak duk merungut tak tahu nak pakai baju apa malam ni. Hari ini Mal rasa bermurah hati nak belanja awak” ucap Ekmal. Tanganku ditarik masuk ke sebuah butik.
“pilihlah nak yang mana. Mal belanja” ucap Ekmal.
“baik betul hati Mal kan.”
“bukan selalu” Ekmal tersenyum.
“tapi Ris tak tahu la nak pilih baju apa untuk malam ni. Mal ni macam tak tahu je Ris bukannya pandai pilih-pilih baju macamni” ucapku manja.
“kalau macam tu Mal tolong Ris pilih k. Mal rasa ni cantik” Ekmal tunjukkan sepasang kebaja bewarna ungu berhias manik. Simple but nice. Dia masih belum lupa warna kegemaranku.
“ok tak?” soalnya. Aku angguk.
“tapi nak kena pakai kebaya ke?” risau pulak nanti terkoyak kain. Maklumlah aku ni kalau jalan bukannya reti bersopan. Ekmal angguk.
“pergilah cuba.” Pintanya. Aku hanya menurut saat itu. Terus melangkah ke fitting room.
“kan cantik tu” puji Ekmal. Ye ke? Alahai kembang semangkuk aku dibuatnya. Aku pusing-pusing badan melihat baju di tubuhku. Memang menarik.
“So, Mal belikan untuk Ris ye?” perlahan aku angguk setuju bersama senyuman.
******************************************************
Sewaktu aku tiba dirumah kulihat kereta tengku iskamdar sudah tersadai di garaj. Malas aku nak fikir pasal dia. Pantas ku hayun kakiku ke bilik. Sebuah kotak bewarna merah hati berada di katil ku. Ku buka perlahan. Sepasang gaun malam bewarna hitam terlipat kemas di dalam kotak. cantik. Aku lekapkan pada badan. Tapi aku sudah berjanji dengan Ekmal untuk memakai kebaya yang di beli. Ah pedulikan. Aku putuskan untuk memakai kebaya yang ekmal belikan untuku. Aku bersiap-siap secepat mungkin. Maklumlah masa sangat mencemburuiku. Aku bersiap ala kadar sahaja. Malas nak lebih-lebih. Touch up sikit-sikit sudah. Dah kalau memang lawa, tak perlu nak over-over. Saja aku nak perasan. Seutas rantai halus dari emas putih dengan loket berbentuk hati sudah cukup menyerikan penampilanku. Mak jah beberapa kali memujiku. Maklumlah aku ni mana pernah make up kasi mak Jah tengok. Pertama kali dia tengok aku ala-ala perempuan melayu.
“tuan iskandar dah tunggu puan kat bawah.” Beritahu mak jah.
“kejab lagi saya turun”ujarku.
Setelah berpuas hati barulah aku keluar dari bilikku. Ternganga juga mulut tengku iskandar memandangku. Ni pon macam Mak Jah juga. Kan aku dah kata aku ni cantik. Aku buat tak tahu. Dia juga tampan bergaya dengan sut yang serba hitam.
“jomlah”ajakan ku menyedarkannya. Pantas matanya dilarikan. Dia malu sendiri.
“kenapa tak pakai baju yang aku beli?”soalnya ketika kami sudah memulakan perjalanan.
“saja” ringkas jawapan yang keluar dari mulutku.
“saja atau tak suka?”soalnya. agaknya berkecil hati.
“suka hati akulah nak pakai apa. Aku tak suruh kau beli pun kan?”ucapku kasar.
“Manalah tahu, kau tak ada baju nak pakai malam ni” suara Tengku iskandar mengendur. Aku pura-pura tak dengar. Malas nak melayan
“mana kau pergi petang tadi?”soalnya.
“perlu ke aku jawab?”
“ya. Memang perlu” dia ni nak cari gaduh dengan aku ke apa. Soalan macam aku ni penjenayah je
“none of your buiseness”
“kau keluar dengan Ekmalkan” soalnya padaku. Aku tidak menjawab.
“dah banyak khabar angin di pejabat tentang kau dan Ekmal”ujar tengku iskandar.
“so?”
“aku tak suka. Aku tak suka orang lain anggap aku lelaki dayus.”
“pekakkan je telinga” aku tetap menjawab selamba. Kecut perutku apabila tengku iskandar menghentikan keretanya tiba2. tersembam wajahku ke hadapan. Dahiku terhantuk.
“kau gila ke? Dah rasa nak mampus”marahku. Dahiku terasa sakit.
“i am sorry.”ucapnya. nilah padahnya kalau bertindak tanpa berfikir. Aku gosok dahiku. Dia cuba menyentuh pantas ku tepis. Tidak sudi. Tengku iskandar meneruskan perjalanan kami. Kami hanya diam sepanjang perjalanan.
p/s : Exam oh exam...... sje je nk ckp kt korg nani tgh exam.... doakan lah nani b'jaya m'jwb soaln dgn lancar..k... luv u
4 comments:
gud luck cik writer!
fokus exam dlu. =)
sy sedia menunggu entri seterusnya. =)
gud luck nani......hope pas niey dpt smbung...:)
nani gud luck.. nti smbg byk2..
all the best...........to u, and to this new story....................
Post a Comment