THANK YOU

Saturday, August 20, 2011

my boss my love 6


Awal-awal pagi lagi Tengku Badriah menghubungiku. Mengucapkan terima kasih kerana anaknya sudah pun bersetuju dengan pertunangan yang bakal diadakan tak lama lagi. Hari ini Tengku Hairil masuk ke pejabat dengan wajah serius.

“selamat pagi bos” aku menyapanya seperti biasa.

“minggu depan saya bertunang dengan Malisa” ucap Tengku Hairil padaku. Aku ukir senyuman

“saya tahu. Tahniah Bos.” Ucapku. Aku berusaha menjadi tenang. Kalau ikutkan hati, nak bersemuka dengan Tg hairil ku rasakan segan setelah ensiden aku menampar nk memarahinya. Tapi selagi dia tak pecat aku, aku takkan berhenti berkhidmat untuknya.

“boleh tak you hentikan senyuman plastik you tu. Sakit mata I tengok” pesal pulak mamat ni. Tetiba nak marah aku.

“plastic ke? Mana ada. Tulen ni bos” aku cuba bercanda. Memeriahakan suasana kami.

“Lin, belum terlambat lagi kalau awak nak saya batalkan pertunangan ni” ucap Tengku Hairil.

“No. kenapa pulak saya nak suruh bos batalkan. teruskan bos. Bahagiakan bonda. Kesian dia” ucapku lembut.

“tapi I tak cintakan dia” asyik-asyik cinta je yang di ungkitnya. Orang dulu-dulu kahwin tak payah bercinta pun. Tengok saja jirannya. Dah 30 tahun lebih berkahwin. Sampai sekarang masih bahagia. Bak kata orang dari benci boleh jadi cinta.

“Cinta tu boleh datang bila-bila masa bos. Jangan risau” balasku.

“Lin, you tak faham perasaan I dan boleh tak untuk kali ni you faham hati i?”

“bos, saya faham. Tapi sekarang bukan masa nak ikut perasaan ke hati ke. Sekarang ni masa untuk bos bekorban untuk bahagiakan bonda. Saya yakin Malissa boleh bahagiakan bos.”

“cuba you cakap kat I macam mana dia boleh bahagiakan I dengan perangai dia yang macam perempuan murahan tu?” apa sebenarnya yang Tengku Hairil nak dengan berbahaskan perihal bakal tunangnya denganku. Adakah dia sakit hati dengan kata-kataku tempoh hari.

“Allah jadi manusia itu berpasangan bos. Sama juga dengan keburukan. Pasangan adalah kebaikan. Sejahat mana pun manusia, mesti akan ada baiknya. Janganlah bos prejudis sangat pada Malissa tu. Mulai hari ni bos kena belajar kenal dia sebagai bakal tunang bos, bakal isteri dan insyaallah bakal ibu kepada anak-anak bos” aku masih tenang menuturkan kata. Ni aku belajar dari mak aku. Selalu bersifat positif.

“senangkan you cakap. You tak ada kat tempat i. apa you tahu?” aduh. Sampai ke lubuh hati rasa ditikam. Pedih. Dia ingat aku tak sedih. Hati aku lebih sakit dari hatinya. Aduhai kenapalah hati aku buat hal masa-masa macam ni.

“saya minta maaf bos. Memang saya tak tahu” ucapku. Terus aku berpaling. Apa lagi boleh aku kata bila dia terus-terusan begitu.

“Lin, I minta maaf. I tak tahu kenapa I jadi macam ni.” Suaranya mengendur.

“Tak apalah. Tak perlu minta maaf.” Terus aku menyambung kerjaku tanpa mempedulikannya lagi. Tengku hairil pula melangkah masuk ke kamarnya.

Saat itu hatiku melagukan lagu kegemaranku. Nyanyian dalam sepi. Kena sangat dengan situasi yang menyentuh hati ni.

Jangan kau hujani ku dengan pertanyaan

Kerna pasti akan m’gecewakn

Fahamilah pengertian ku ini

Setiap insan punya perasaan

Setiap cinta perlukan pengobanan

Walau sekejam ini yang ku lakukan

Sanggup berpisah demi kemanusiaan

Asal kau bahagia oh masa depan

Cintailah dirinya kerna dia lbh smpurna

Apalah ada padaku hanya nyayian dalam sepi

Renunglah sejenak bezakan antara

Berlian dgn kaca manalah lbh beharga

Pandanglah ke atas keluargamu d sana

Turutkanlah kehandak mereka

Relaku sendri bernyanyi dalam sepi

Anggplah diriku sepotong mimpi

Ush kau tangiskan pada perpisahan ini

Pergilah kepadanya selamat tinggal.

Cintailah

Kerna dia lbh smpurna

Apalah ada padaku, hanya nyayian dalam sepi

“cakap kat Aril, bakal tunang dia nak jumpa” arah Malissa. Tiba-tiba je dia muncul. Macam hantu. Ke aku yang kusyuk sampai tak toleh kiri kanan?. Aku pandangnya. Amboi. Kau ingat aku kuli kau ke.

“hei, you pekak ke? Tell Aril I’m here” bentaknya bila aku buat muka blurr.

“tengku tak nak di ganggu. Dia busy hari ni” jawabku. Tak reti nak cakap tolong kan. Tak payah jumpa. Padan muka kau.

“hei. You tahu tak I ni siapa?” hei..hei…tak ada perkataan lain agaknya minah ni.

“Cik Malissa, Tengku hairil busy. Dia tak nak di ganggu”

“hei, you tak faham bahasa ke?” Marahnya lagi. Panas lah tu. Kau ingat, kau kaya, kau boleh buat perangai kurang ajar la ye. Silap orang betullah. Walaupun aku ni lurus sikit. Tapi aku bukan jenis yang senang kena buli tau.

“saya ke Tengku yang tak faham bahasa? Saya dah cakap bahasa Melayu tadi bukan bahasa jermen atau bahasa perancis Tengku hairil sibuk”

“you ni biadap ea. Berani you cakap macam ni. You tahu tak I ni siapa? I anak Tn sri Idris. You kenal siapa papa I? kalau I nak sekarang ni jugak I boleh suruh Aril pecat you” asyik-asyik nak tayang nama bapak dia. Dia belum tahu siapa bapak aku. Weh, yang kayanya bapak kau., kalau dia tak ada kau tu hidup lebih melarat dari aku tahu? Jahatnya hati. Biasalah tengah panas. Syaitan pun gelak sebab Berjaya hasut hati untuk mengumpat.

“kalau tengku nak jugak jumpa dia, Tengku boleh duduk dan tunggu sampai dia habis kerja k” ucapku.

“I peduli apa. I nak jumpa dia sekarang. Kalau you tak bagi pun, ada I kisah” berlagak sungguhlah minah ni. Kalau aku cekik dia, maunye aku masuk penjara ni. Terus saja langkahnya ke pintu bilik tengku Hairil. Alamak. Dia buat lagi. Mengamuk pak cik kat dalam tu nanti.

“you tak boleh masuk” aku halang niatnya.

“ketepilah” di tolak kuat tubuhku. Terus dia memboloskan diri ke dalam bilik tengku hairil. Satu hal pulak nak menjawab dengan bos.

“Aril, I dating” ucap Malissa dengan senyuman.

“saya minta maaf bos. Saya dah kata bos busy” ucapku.

“ada apa dating sini?” Soal Tengku Hairil.

“I nak ajak you shopping lah. Minggu depan kan kita dah nak bertunang. I nak ajak beli cincin” ucap Tengku Malissa. Keluhan kecil terbit. Hai, susah hati aku tengok bos ni. Macam berat sangat masalahnya.

“I busy. Banyak benda I nak kena buat” ucap tengku hairil perlahan.

“you tak payah susah-susah peningkan kepala. Nanti I suruh papa I hantar orang tolong you. Sekarang you mesti focus pada majlis kita k.” tak habis-habis dengan bapak dia. Dasar manusia berlagak.

“sori k. I nak kena siapkan paperwork ni” tengku Hairil masih berbicara dingin. Tiada mood berbalas kata dengan Malissa.

“kalau you tak ikut I, sekarang jugak I call papa suruh batalkan perjanjian tu” ugut Tengku Malissa. Amboi, siap main ugut-ugut lagi. Kalau aku jadi perempuan ni, dah lama aku blah. Orang dah tak sudi. Buat apa nak terhegeh-hegeh lagi.

“lain kali k” tak pernah aku dengar mamat ni bersuara lembut dengan orang seperti malissa. Sedaya upaya di tahan barannya. Kesian dia.

“no. NOW!!!”

“ok. Give me 5 minutes. Tunggu I kat luar” rasa macam mimpi bila tengku Hairil ikut je kata Malissa.

“ok. I tunggu you kat luar. Cepat sikit k” Malissa tersenyum lebar. Terus dia melangkah meninggalkan pejabat tengku hairil. Aku juga mengekori langkahnya.

“Lin” langkahku terhenti.

“ada apa?” soalku bersahaja.

“puas hati?” puas hati untuk apa? Ku kerut dahi.

“puas hati tengok I macam orang bodoh ikut cakap perempuan tu” oooo…itu rupanya.

“nope. Mengalah itu bukan bermakna kita kalah Tengku.” Balasku menenangkan hatinya. Dia mengeluh. Berjalan menghampiriku.

“I buat semua ni demi bonda dan you. Tolong jangan tinggalkan I walau apapun yang terjadi” alahai. Ni buat jantung aku berdegup tidak menentu. Sinar mata yang pudar itu seolah memukau hati.

“insyaallah. Selagi saya berdaya, saya takkan kemana-mana. Banyakkan bersabar. Saya percaya bonda bangga dapat anak macam tengku.” Balasku dengan senyuman. Namun senyumanku seakan kaku bila matanya tidak berganjak dari wajahku.

“macam mana you boleh setenang ni Lin?” soalnya.

“ikhlas. Ikhlaskan diri tengku. Janganlah terus-terusan rasa terpaksa dan prejudis. Tapi fikirlah bagaimana tengku ingin mengubah keburukannya menjadi kebaikan.” Ah, macam kauselor pulak aku ni. Betul tak cakap aku? Aku tak sanggup melihat dia terus terusan bermuram durja. Hidup ini adalah perjalanan. Sepanjang perjalanan carilah keindahan. Walaupun tidak di sangkal banyak kepahitan yang ditemui. Oleh itu jadilah manusia yang hebat yang dapat mengubah kepahitan menjadi kemanisan. Ni aku bukan nasihatkan bos aku je. Korang pon kalau nak ambil nasihat aku ni motto hidup pun boleh.

“dahlah. Malissa da lama tunggu. Nanti mengamuk pulak dia” ucapku terus berpaling. Pantas tanganku di capai.

“thanks.” Ucapnya mengenggam erat tanganku.

“Aril…..” berubah wajah Malissa melihat adegan di depan matanya. Namun sepantas kilat wajahnya di maniskan kembali. Aku tarik tangaku dari pegangan tengku hairil. Malissa paut lengan tengku hairil.

“Jom” ajak Tengku hairil. Aku memberikannya senyuman tanda semangat. Sempat pulak Malissa ni beri jelingan maut padaku. Tak apa. Ambillah apa saja yang kau suka. Asalkan kau mampu untuk memilikinya.

p/s : tq kpd yg sdi memahami ksulitan yg d hadapi....

9 comments:

cactaceous opuntia said...

owh..lin...sgt cool...xpe..kalau da jodoh xkemana kn...huu..

Unknown said...

byk typo yang


btulkn okeh

Mahxiauwen said...

Biar jea Aril bertunang dgn melisa, asal jgn nikah jea..
Tak rela;)

mcna said...

hai cik naniey....sy mmg suka baca all ur story...mmg best..tp yg x best nya cuma nape n3 nya lama sgt???...anyway sy akan terus menantikan karya2 awk.

miznza84 said...

xsuka malissa... cpt2 pisahkan mereka..

Anonymous said...

hope neyh mini novel jek. cepat-cepat habis. tk nak nanty terganggu. anyway , all the best.

Anonymous said...

Best2. ..Next n3 plez....

wanie said...

salam
bia nak sambung cite warna hatiku...

Anonymous said...

next entry please...