“you buat apa kat sini?” soalnya lagi apabila aku hanya memandang dengan airmata yang bertakung di kolam mata.
“Kenapa you tak berterus-terang dengan I? kenapa you biarkan I fikir bukan-bukan pasal you?” soalku.
“I tak faham.”
“Rina dah ceritakan segalanya.”
“Rina? Cerita apa?” soalnya masih bingung. Tidak menyangka pertanyaanku yang begitu mendadak.
“I dah salah sangka. I ingat you cintakan Rina bukan I. Dan you tak pernah nak berterus-terang dengan I. kenapa Reza?” airmata gugur jua. Sungguh aku terluka dengan tingkahnya yang ku rasakan tidak relevan. Cintakah dia pada aku. Atau hanya aku yang separuh nyawa mencintainya?.
“Jadi pasal hal tu you datang cari I? setelah hampir setahun baru you datang minta penjelasan dari I? Listen Aina.” Reza berdiri tegak di hadapanku. Memandang tepat ke mata yang sudah basah dek airmata. Wajahnya saat itu sukar untuk ku gambarkan. Bagai penuh rasa kecewa bertakung di dada.
“Kalau betul you cintakan I, you akan sentiasa percaya pada I. Tapi I kecewa bila you tak pernah nak percaya pada I. you syak I dan Rina ada hubungan tanpa bertanya dahulu pada I” bicaranya cukup menyentapkan hatiku saat ini.
“I biarkan you, supaya you sedar, you telah silap menilai. Do you love me?” soalnya padaku. Aku terkelu. Cintakah aku padanya?.
“you sendiri tidak pasti bukan. Cinta perlu dibina atas rasa saling percaya. Kalau you asyik nak fikir bukan-bukan, cemburu tak bertempat, macam mana kita nak hidup bersama sepanjang hayat?” aku terisak.
“do you love me?” soalku pula padanya.
“yes. I do” pantas airmata yang meleleh ke pipi ku sapu kasar.
“no. you tak cintakan I. kalau you cintakan I, you akan pertahankan perasaan you. Bukan biarkan I pergi dengan syak wasangka.” Terus ku atur langkah.
“Aina” panggilannya menghentikan langkahku.
“please, don’t leave me. I need you” ucapnya. Aku tunduk. Memandang lantai. Suaranya cukup sayu pada pendengaranku. Haruskah aku berpaling saat hati aku sudah hampir nekad menerima dia sebagai teman hidupku. Kini aku buntu. Reza cintaku. Tapi zahiril sedang menunggu aku membalas cintanya. Lalu yang mana satu harus aku pilih.
Angin bertiup lembut membawa damai di hati. Petang yang cukup indah. Alangkah beruntungnya kita di lahirkan di bumi bertuah ini. hidup dalam kedamaian dan kemakmuran. Seharian berada di rumah membuatkan aku terasa bosan. Habis semua kerja aku bereskan.
“Assalamualaikum”lembut suara itu menyapa cuping telingaku. Perlahan tangannya melingkari pinggang.
“Waalaikumsalam. Abang baru balik?” aku berpaling menhadapnya. Perlahan dia angguk.
“miss you sayang.”ucapnya bersama satu kucupan di dahi. Aku tersenyum bahagai. Bahagia mendapat suami yang menyenangkan hati.
“Sayang buat apa hari ni?” soalnya
“saya dah sapu lantai, mop rumah, basuh baju, jemur baju, lipat baju, buat air, buat minum petang." Aku membilang satu persatu kerja yang telah aku siapkan.
“alahai, kesiannya isteri abang. Mesti penatkan.”Dia memandangku mesra. Aku hadiahkan senyuman manis padanya.
“jom, kita minum. Aina dah masakkan cucur udang kegemaran abang. Mesti penatkan seharian kerja”tuturku lembut. Aku ingin menjadi isteri mithali. Sentiasa berbuat baik pada seorang yang bernama suami. Kerana aku telah berjanji saat aku menandatangani surat pernikahan, hanya dia selamanya di hati. Lalu kulontar jauh segala memori agar hanya dia berada di sanubari. Dia hanya tersenyum. Pelukan makin dieratkan.
“abang nak duduk sini dulu dengan isteri abang. Nak merasai angin petang bersama sayang abang”balasnya.
“tak lapar?”
“cinta sayang buat abang kenyang” makin lebar senyumanku. Perlahan aku membalas dakapannya. Hangat dan selesa dada bidangnya.
“I love you”bicaranya buatkan terasa damai.
“Aina Cintakan Abang”bisikku lembut. Aku bahagia. Cukup bahagia memilih Zahiril sebagai teman hidupku di dunia dan akhirat. Aku tinggalkan Reza demi Zahiril. Kata ibu pilihlah orang yang mencintai diri kita daripada kita memilih orang yang kita cintai. Kerana dengan rasa cinta, dia akan sentiasa setia dan membuatkan kita bahagia. Insyaallah untuk sepanjang hayat. Tapi Istiharah juga penting. Meminta petunjuk daripada Yang Esa kerana Dia yang lebih mengetahui segalanya. Dengan nama Allah aku memilih Zahiril sebagai Adamku yang akan melengkapiku sebagai Hawanya. Reza? Aku percaya akan ada wanita yang lebih baik untuknya. Mudah-mudahan dia juga bertemu bahagia yang di cari.
Cinta adalah satu perjalanan yang panjang
Datangnya tidak pernah diundang
Perginya juga tidak perlu di halau
Lalu aku memilih untuk menghargai cinta yang ada
Cinta adalah anugerah dari Yang Esa
Manusia hidup dengan rasa cinta yang tak bertepi
Cinta adalah pilihan bahgia atau sengsara
Lalu aku memilih untuk menyemai rasa cinta ini
Kerana aku tahu perjalanan cinta ini masih jauh
Aku ingin terus bersamanya menempuh hari yang mendatang
Bersama doa dan harapan
Agar bahagia menemani kami sepanjang perjalanan ini.
The end
p/s : apeepah : versi aku sudah pun aku tamatkan. aku tunggu versi dari kau pulak. ok...
readers : tq sebab baca. dan tq jugak untuk komen....adios
5 comments:
hahaha
bengong
cm knl je ayat tu
rupnye ko ciplak ayat aku
hampeh
takpe2
best
zahiril eh dipilih
tggu bile aku de mood k
hakhakhak..... ayt ko tu wktu dia berangan ...jd aq jdkan realiti.... mmg x syak lg aku m'ciplak tapi dlm situasi yg b'beda.... kihkihkih...
SIAPAKAH PILIHAN ANDA?
kesian dekat reza...dah la aina xpcaye cakap die..last2 aina sdiri terlepas ke tangan org lain...
baguslah korang ni...teruskan!!
ops sy plk rasa kesian gan reza. adei la. tapi tak pe biar iffah sambung versi cinta reza plk yg berjaya jd suami.hehe. tp ayat tu best lah. 2 thumbs up.
Post a Comment