Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama benar rasanya nani menyepikan diri. Maaf buatkan anda semua rindu. Nani tak tahu nak cerita apa. Tapi hari ni tiba-tiba nani rasa nak kirimkan khabar buat semua pembaca yang rindu. Nani sekarang tengah menghabiskan sisa-sisa waktu bergelar pelajar. Insyaallah tahun depan mula bekerja.
Alhamdulillah selama 5 tahun lebih nani menuntut dan mencari ilmu, rasanya banyak perkara yang dah berubah dalam kehidupan nani. Tadi waktu bersembang dengan seorang sahabat, dia tegur. Katanya nani nampak sangat pendiam di sini. Lebih pendiam dari orang yang memang pendiam. Tak macam nani yang dia kenal waktu di I****M. kalau kat sana, nani merupakan individu yang sangat berbeza. Ceria, banyak cakap tapi kat sini nani lain. Lain sangat.
Lalu nani hanya tersenyum. Sebenarnya inilah diri sebenar saya. Saya bukanlah seorang yang sangat peramah. Saya seorang pendiam dan suka memerhati. Orang kata perangai penulis memang macam tu. Suka bermain imaginasi dan berangan tak kira masa. Tapi sebenarnya tak juga. Kadang-kala bila nani fikir balik, nani rasa perangai nani yang suka bercakap, suka ketawa seolah-olah dibuat-buat. Tak real. Mungkin waktu tu orang kata masih mencari diri dalam kesamaran cahaya. Tengah tertanya-tanya, siapakah aku dan aku adalah orang yang bagaimana?
Waktu yang menginjakkan usia seolah-olah bicara bahawa sudah tiba masanya sifat yang betul ditonjolkan. Apa yang betul?. Diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata. Kadang kala kita banyak bercakap benda-benda yang kita tak sedar ia mengundang dosa. Dan makin banyak percakapan makin banyak dosa yang melekat dihati. Dah puas rasanya untuk perkara sebegitu. Tiba masa muhasabah diri betul-betul dan bertindak matang dalam semua perkara. Ramai orang mampu menutup auratnya (fizikal) tapi berapa ramai yang mampu menutupi hatinya dari perkara yang mengundang dosa. Andai diam mampu menjinakkan permintaan hati, maka nani pilih untuk diam.
Menyedari bahawa, apa yang kita tuturkan bukan semuanya betul, nani ambil keputusan lebih baik untuk berdiam diri. Serahkan segalanya pada Allah. Dalam segala hal betul atau salah biar dia sahaja yang tahu. Nani belajar untuk diam bila nani rasa bukan semua orang boleh faham dan mengerti hati kita. Nani belajar senyap bila nani tahu tiada sesiapa mampu bantu melainkan diri sendiri dan serahkan pada yang berkuasa. Nani diam sebab nani rasa perlu bila tanpa sedar dan tanpa diduga, rupanya pernah menghiris hati saudara sendiri. Walaupun puas nani fikir dan nani bisikkan pada diri, aku dah buat yang terbaik tapi tak sangka masih ada yang terguris.
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -Surah At-Taubah ayat 129
Makin tinggi ilmu, makin tinggi darjat, biarlah kita makin menunduk, jangan sombong dan bongkak mengaku kelebihan yang ada. Biar diam menutup segala ruangan kesombangan dan keangkuhan. Sesungguhnya kata-kata itu lebih tajam dari pedang. Dan orang yang beriman itu sentiasa berfikir sebelum menuturkan kata-kata. Bertuturlah pada perkara yang perlu dan diamlah jika kata-katamu itu hanyalah sesuatu yang sia-sia. Ingatlah jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.
Akhir bicara, firman Allah dalam surah Al- Baqarah
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
p/s : selamat menyambut Ramadhan al mubarak.... semarakkan iman dibulan yg mulia... insyaalllah
No comments:
Post a Comment