THANK YOU

Saturday, July 21, 2012

Janji kau sayang aku 5


“Kau ok ke?” soal Harith. Hari ni dah hari ke tujuh dia menjengah Alia di rumah. Perlahan Alia angguk. Rasa terkejut masih belum pudar dari diri Alia saat itu.

“Budak tu dah sedar” ucap Harith. Pantas pandangan Alia jatuh ke wajah Harith. Beberapa hari ni, dia asyik teringatkan budak lelaki yang dilanggarnya. Dah dua hari koma. Doktor kata ada pendarahan dalam otaknya.

“Macam mana dia?” bersalah, sungguh dia rasa bersalah. Semasa dia sedar dari pengsan beberapa hari lepas, ibu budak lelaki itu ada datang memarahinya. Terkejut jugaklah saat menerima kemarahan wanita itu. Tapi apalah sangat yang mampu dibuat bila terang-terang anaknya bersalah, memandu tanpa lesen dan tak pakai helmet. Nasib baik ada Harith yang tolong selesaikan. Tapi apa-apa pun, sangat kesian. Muda lagi budaknya. Kalau otak dia tak betul, macam mana kehidupan dia nanti.

“Dia okey?”

“betul?” Harith sekadar mengangguk.

“dahlah. Tak payah risau. Semuanya ok” ucap Harith. Perlahan tangannya menyentuh tangan Alia. Memberi sedikit keyakinan bahawa semua dalam keadaan baik.

“Malam nanti kita keluar dinner nak?” soal harith. Sedaya-upaya cuba dihilangkan rasa trauma di hati Alia. Alia geleng. Tak ada mood.

“Tak baik tolak rezeki. Bukannya selalu aku belanja. Jomlah. Aku amik kau pukul 8 k. aku balik dulu. Jumpa malam nanti” terus Harith bangun dari kerusi dan berlalu ke rumahnya. Isk, dia ni.

********

“kau nak makan apa?” soal Harith sambil matanya asyik memandang menu di tangan.

“aku tak ada selera. Kau makanlah. Aku temankan” balasku. Perlahan dia angkat muka memandang Alia.

“Mama kau cakap, kau selalu tak makan. Apa yang kau risaukan? Ceritalah pada aku” lembut suara Harith memujuk. Alia geleng. Perlu ke dia kongsi kerisauannya dengan Harith

“look, kita bukan baru kenal. Dah lama. Kau masih tak percayakan aku?”

“aku cuma tak tahu nak cakap apa. Tapi aku ok” balas Alia. Laurnya Nampak ok. Tapi hati di dalam terus-terusan diburu perasaan yang bercelaru.

“Alia, kau tahu apa fungsinya kawan?” soal Harith. Alia hanya memandang wajah tampan dihadapannya.

“Kawan itu tempat sama-sama untuk memikul bebanan. Bahu aku ni cukup kuat untuk berkongsi dengan kau” perlahan cecair jernih mengalir di tubir mata. Hatinya tidak tenang.

“Kau percaya qada’ dan qadar?” soal Harith. Alia hanya mampu mengangguk.

“Jika sudah tertulis pada catatan takdir dia begitu, maka itulah terjadi. Perjalanan hidup kita dah tertulis Alia. Kau kena banyak berdoa supaya tuhan permudahkan segala urusan budak tu. Kalau kau nak, esok kau datang hospital. Aku temankan kau lawat budak tu” ucap Harith. Terdiam Alia seketika. Berfikir. Ada betulnya kata-kata Harith.

“Betul kau nak temankan aku?” soal Alia. Harith tersenyum lalu mengangguk.

“aku orderkan kau nasi goreng kampung kegemaran kau ye” pujuk Harith. Lambat-lambat Alia mengangguk.

“Harith nak bertunang?” Alia terpinga—pinga. Terkejut dengan pekhabaran yang baru disampaikan oleh mamanya.

“a’ah. Yang kamu ni terkejut sangat kenapa” soal Puan Mazila.

“mana ada. Bila ma?” soal Alia dalam nada yang makin mengendur. Ada satu perasaan aneh bermukim di dadanya. Rasa sesak. Rasa pedih. Semua bercantum menjadi satu rasa, sebak. Entah kenapa sejak dari kemalangan hari tu, dah timbul satu perasaan lain buat Harith. Dia benar-benar lain dari tanggapan Alia selama ni. Dia bukan lelaki yang sombong, bukan juga jenis pentingkan diri Cuma dia susah untuk tunjukkan sikap prihatinnya

‘ah, apa yang telah terjadi? Adakah aku jatuh cinta?” bisik hati Alia.

“Minggu depan dengar ceritanya. Sebelum sekolah buka” Minggu depan? Cepatnya.

“Acik Su kamu minta tolong belikan cincin untuk majlis Harith nanti” ucap mama. Matanya tidak beralih dari kaca televisyen.

“tak naklah. Ajak jelah bakal tunang Harith tu pergi” jawabku.

“tak surprise katanya. Lagipun Acik Su kata, kamu mesti lebih tahu pilihan orang muda kan. Saiz jari pun lebih kurang. Pergi jelah ye.” Pujuk mama

“Alia busy” Terus aku panjat tangga ke tingkat atas. Tidak mahu mendengar kata-kata mama lagi. Aku tahu sebentar lagi mutiara jernih ini pasti turun lebat. Tapi kenapa. Aku sendiri tidak tahu.

“pesal muka monyok je” ada je yang menganggu. Perlahan tangan Alia menyapu tubir matanya. Bimbang Harith Nampak airmata yang bergenang.

“sedih je. Kenapa?” soal Harith lagi. Semakin hari, suaranya makin menganggu naluri Alia. Dia lelaki yang prihatin, penyayang, sangat mengambil berat. Tapi sayang seribu kali sayang, hatinya sudah dimiliki orang.

“mana ada sedih. Biasa je.” Balas Alia. Matanya terus memandang langit yang gelap.

“mama kata, kau nak bertunang” ucap Alia perlahan.

“kau sedih sebab aku nak bertunang?” Harith sembunyikan senyum

“mana ada aku sedih. Aku tanya je. Tahniah” ucapku memandangnya sekilas.

“Alia, boleh pandang sini tak?” pinta Harith tiba-tiba. Mahu tak mahu, pandang juga. Malu la kalau Harith dapat baca hatinya kala itu.

“Apa?”

“mmm…. Kau sayang aku?” Alia kerut dahi. Soalan apa pulak ni.

“ada pilihan jawapan?” soal Alia bersahaja menutup debar di dada.

“A. Ya, B. Tidak”

“Aku pilih C” balas Alia

“C untuk?”

“Lu pikirlah sendiri. Hahahaha”

“aku serius k” kali ini ketawa Alia terhenti. Harith merenungnya tajam. Lantas pandangannya cuba di larikan.

“Aku masuk dulu. Dah mengantuk” ucap Alia memecahkan kesunyiaan yang tercipta sejak beberapa saat yang lalu.

“temankan aku beli cincin esok. 9 pagi aku tunggu kat bawah. Good night” terus Harih berlalu tanpa sempat Alia memberi kata putus. Terkulat-kulat dia sendirian di situ.


p/s : buat semua yang rindu... lalu ku kirimkan sesuatu pengubat rindumu.... terima kasih untuk terus merasai kerinduan..... kerana rindu itu ku tafsirkan sebagai sayang.... :))

1 comment:

Anonymous said...

lamanya nani menyepi... rindu tau...