THANK YOU

Tuesday, December 6, 2011

my boss my love 10


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

“Hari ni Tengku ada meeting dengan Bina Maju Holding pukul 10 pagi. Tadi Tengku Malissa call, dia tunggu Tengku pukul 5 kat bawah ” ucapku pada Tengku Hairil. Sedaya-upaya ku sembunyikan gugup. Dia pandang aku macam nak telan. Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku?

“You dah pergi kursus kahwin?” tiba-tiba Tengku Hairil menyoal.

“sorry…”

“I Tanya you dah pergi kursus kahwin belum?” pehal pulak tiba-tiba Tanya macam tu?

“Dah” jawabku pendek. Masa aku kat universiti dulu. Ikut kawan-kawan. Nanti senang, tak payah pergi lagi. Jenuh juga aku tadah telinga dengar mak membebel. Katanya habiskan duit je ambil kursus awal-awal bukannya aku nak menikah dalam masa terdekat. Nanti masa nak nikah dah lupa semua. Aik, pe yang aku duk melalut ni.

“Bagus. You boleh pergi” ucap Tengku Hairil. Aku hanya menurut.

“Nanti” langkahku hentikan. Pelik betul dengan mamat ni semenjak dua menjak ni.

“Lepas kerja pergi apartment I. I nak you kemaskan rumah I dan masakkan dinner I sekali” Tengku Hairil keluarkan kunci dari laci meja.

“Tapi…..” aku cuba membantah.

“Tak payah nak bantah cakap I. semenjak bonda sebelahkan you, bukan main banyak bantahan you ye. I bos you. So, ikut je apa I kata. Ambil kunci ni” dahlah nak minta tolong, bukan main kasar lagi. Dia ingat aku orang gaji dia ke. Dengan rasa yang langsung tak ikhlas aku ambil kunci atas meja dan terus berlalu pergi.

Aku membuka pintu apartment Tengku Hairil. Memandang seketika ruang yang agak berselerak. Terus ku letakkan beg dan memulakan tugas mengemas. Kalau dah nama orang kaya, memang macam ni agaknya. Semua benda tak reti nak buat sendiri. Nak mengharapkan orang gaji je. Boleh ke Tengku Malissa tu hidup dengan manusia cerewet macam bos aku ni? Aku merungut sendiri. Ligat tanganku mencuci pinggan mangkuk di singki. Kalau boleh nak cepat siap. Aku lihat jam di tangan. Dah hampir pukul 8. Lebih baik aku tumpang solat dulu. Lepas tu hidangkan makanan sebelum Tengku Hairil balik, aku dah boleh chow. Mesti sekarang dia tengah layan minah senget tu shopping. Terus aku berlalu ke bilik tamu. Menunaikan solat maghrib sebentar. Setelah selesai aku kembali ke dapur. Hampir terjerit aku melihat Tengku Hairil yang duduk di meja makan. Terkejut dengan kehadirannya. Terus aku pandang ke tempat lain. Kemejanya yang sudah dibuka butang menampakkan tubuh Tengku Hairil yang tegap. Masyaallah. Aku ni muslimah sejati tau. Kena jaga pandangan mata.

“Tengku nak makan? Nanti saya hidangkan” terus aku berlalu. Terasa merah mukaku menahan malu.

“Kau nak kahwin dengan aku tak?” soal Tengku Hairil tiba-tiba. Langkahku terhenti. Adakah dia masih tidak faham bahasa? Rasa dah berpuluh-puluh kali aku kata tidak mahu.

“Jawab soalan aku, kau nak kahwin dengan aku tak?” dia masih bersuara di belakangku.

“Dah banyak kali saya cakap. Saya tak nak” balasku.

“Samada secara rela atau paksa, kau akan jadi hak aku. Aku dah beritahu kau kan?” aku kerutkan dahi tidak faham. Apa sebenarnya helah lelaki ini. kenapa dia tak berputus asa sahaja. Kenapa nak paksa aku. Nak seksa aku? Kenapa?.

“Tengku ni kenapa? Tengku nak tengok saya patah riuk dikerjakan oleh tunang tengku lagi ke? Tak puas lagi tengok singa betina tu mengamuk. Cukuplah. Saya tak suka macam ni. Tengku tolonglah terima Malissa tu. Jangan tanya saya soalan macam ni. Saya tak suka” balasku.

“selagi aku tak dapat kau, aku takkan berhenti. Kau dah lama kerja dengan aku, kan. Kau mesti faham perangai aku. Aku takkan menyerah selagi aku tak dapat apa yang aku nak. Kau tahu, aku benci dan menyampah nak tengok muka plastic Malissa tu apalagi kau nak aku habiskan hidup aku dengan dia”Tengku Hairil tidak puas hati. Kata-kata dia buat aku bertambah-tambah gerun. Aku rasa dia tak main-main.

“Saya merayu, tolong jangan buat macam ni. Saya nak kerja dengan tenang. Tolong hormati pendirian saya” ucapku berpaling memandang wajahnya.

“Aku cintakan kau. Aku takkan sesekali lepaskan kau. Aku nak kau sentiasa di samping aku. Dekat dengan aku. Kau tak nak kahwin dengan aku secara rela, sekarang, kau terpaksa kahwin dengan aku” Tengku Hairil membuka kemejanya. Di campakkan ke lantai. Aku telan liur. Gugup. Tidak di sangka Tengku hairil boleh jadi segila itu.

“saya rasa tengku dah gila. Saya nak balik” pantas aku melangkah. Sebelum apa-apa terjadi. Lagipun aku benar-benar berasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang telah di rencanakan oleh Tengku hairil. Belum sempat aku mencapai beg, loceng berbunyi. Aku menoleh, memandang Tengku Hairil. Perlahan dia melangkah ke pintu dan membukanya.

“Kami dari Jabatan Agama Islam.” Aku terlopong. Serta merta badan menggigil. Tidakkkkkk!!!!!.


p/s: Maaf kepada sesiapa yang tak dapat baca lagi entry MBML 9. Nani dah 2 kali publish balik. cubalah korang check ye. Mungkin ada kesilapan teknikal. Dengan situasi internet yang lembab sekarang nani pun bermasalah nak publish selalu... hope u'll enjoy baca MBML 10 k.

20 comments:

Yong said...

huhuhu mcm pendek je. kasi panjang sikit lagi...demand plk. sorry. first time baca. cam best plk. hehe jap lagi sy bc bab depan plk.

hana_aniz said...

cite ni BEST! hikhik.
sambung la lg nani.. :)

Anonymous said...

nak sambung lagi best tapi pendek sangat

QasehSuci said...

Erk... ok lah tu dpt kawen free heheh...

Anonymous said...

omo! haha, walau x suka hairil memaksa,
namun ku suka diorang kawen paksa.
goojob nani!
i like~

~akumie

Anonymous said...

la..pndek nye..pnjg kan le ckit citer nye..pe2 pon citer ni sgt2 best.=)

El Fye said...

WAHHHHHHHHHH.... Tindakan nekad tu.

Anonymous said...

bestt..smbg lg ye.. :-)

liza rais said...

Pendek sgt... X puas bc n x sampai feel tuuu...
Hehehe

IVORYGINGER said...

drastiknya tindakan hairil. abis arissa. but arissa dont have to worry hairil is love u. he prefer hv u then got marissa yg plastik tu. wlau keadaan ni agk mdukacitakan tp mmg tpaksa la bila arissa asyik mnolak takutkan marissa. sapa marissa tu smpai nk takut. dia bt hal ajr la dia blik.

Anonymous said...

alaa..pendek pl.sambung lg..hehe...mesti drng kawin.

Anonymous said...

He..he..gelak kuat2,pandai buat perangkap e, org xnak tp tengku nak jg, kesian dia..tp klu boleh n3 pjg sikit, rase mcm pendek sgt,

Hafia Hana said...

x nmpak nk bca?

Hafia Hana said...

x nmpak nk bca?

Hafia Hana said...

x nmpak nk bca?

miznza84 said...

alamak ...pendeknya n3 kali ni naniey.. sambung lagi pls..

Juju said...

tidakkkkkkk....hihihi....jahat la hairil neh...cian kat lin...huhuhu...bessttt sgt crita neh...smbg erk....

kak ida said...

salam dik..biaq betui mamat tu.. berani mati betui..buat diri kena tangkap khalwat..dia tak malu ke nanti..berita sensasi tu..masuk paper..dan satu Malaya tau..
Macam pelik pulak ..dia betui betui nak kawen ngan minah tu..

Anonymous said...

best.........

hanna fathiah said...

Best2 !!! Cepat2 sambung ye ... kasi panjang2 sikit ... ihihihi ...