THANK YOU

Thursday, September 24, 2009

SIAPAKAH DIA???

Cuaca tengah hari begitu hangat membahang. Penat mula terasa menjengah tubuhku. Mataku makin memberat. Perlahan kurebahkan tubuh di tilam empuk milik mama. Enaknya dapay lena disitu. Agak lama rasanya aku terlena. Cuaca yang makin memeritkan tubuh terasa begitu menyesakkan tambahan pula adikku sedang melompat-lompat dikatil bersama ketawanya. Aku ingin terbangkit. Tapi kepalaku terasa amat berat. Mataku juga enggan terbuka. Tubuh terasa kaku dikatil. Tiba-tiba aku tersentak. Ku rasa adatangan yang memeluk erat bahuku. Terasa ada kepala yang menindih bahu kananku. Aku dengar adikku menangis. Aku hairan. Mengapa dia menangis sedangkan tadi aku dengar tawanya. Pelukannya kian erat membuatkan aku terasa lemas. Mahu saja aku meronta tapi tubuhku beku. Mataku masih tidak boleh dibuka seperti digam. Aku mula rimas. Pautannya kian kemas.

Ring...ring... telefon diruang tamu berbunyi.

“hello” suara adikku. Aku telan liur. Pautan dileherku kian erat. Esakkannya juga masih kudengari. siapa dia??? Aku tertanya-tanya. Kalau betul itu adikku jadi siapa yang bercakap ditelefon. Dengan kudrat yang ada aku cuba melepaskan diri.
Ah sukarnya. Dengan mata yang masih terpejam rapat aku cuba lagi. masih ketat.
Agaknya dia cuba bermain denganku. Hatiku mula membaca ayat kursi dan surah-surah pendek yang terlintas di akal. Lama juga aku membacanya. Beberapa saat kemudian pautan kian longgar dan esakan juga sudah tidak kedengaran. Barulahg tubuhku dapat bergerak. Perlahan aku buka mata.

“dah bangun pun” wajah adikku tersembul di pintu bilik dengan senyuman. Siapakah dia yang memelukku. Sampai kini aku masih tertanya-tanya kewujudannya. antara percaya dengan tidak, aku memnang dengar suara esakan itu.....

p/s : korg rse naniey pndi buat cerita seram x??

3 comments:

qyqa said...

Salam kak naniey..
not bad cite ni tapi qyqa lg suka kalu kak naiey wat cite cinta n sambung AAT n CD..
he3..tp kalu nak wat gak citer seram..wat panjang ckit..baru mantop!!

yunix77 said...

ala...fokus dulu kat AAT dan CD laa
jangan bagi kami kompius
hehehe

Selamat Hari Raya

adib habib said...

pandainyerrrr... ngehngeh..
tp ni crite btol ke tipu jerk?? eiii serammnyerrr