THANK YOU

Thursday, December 3, 2009

Pilihan

“abang minta maaf, Su. Abang tak berniat nak tuduh Su macam tu. Tapi abang rasa tertipu Su” ucap Mail. Sengaja dia meminta pertemuan pada petang itu setelah lama dia menenagkan dirinya.

“su dah lama maafkan abang. Abang tak salah, tapi yang salahnya Su. Su tahu perbuatan Su salah” Su tunduk. Airmata terasa memenuhi kolam mata. Dia cuba tabahkan hati untuk berhadapan dengan Mail.

“abang tak sangka selama ni, Su lah orang yang banyak bagi abang semangat untuk abang majukan diri abang. Su tahu tak,restoren nasi kukus tu takkan ada kalau bukan kerana semangat dan dorongan Su” Mail pandang Su. Su bingung. Tidak mengerti.

“apa maksud Abang? Su tak faham”

“sebenarnya Restoren tu milik abang. Tapi abang saja ingin menduga. Tak sangka Nomi masih
macam dulu. Memilih.”

“habis Jeff?” soal Su.

“Dia rakan kongsi abang.” Mail tersenyum. Selama ini dia berusaha memajukan Restoren itu bersama Jefri. Tak sangka hasil usaha mereka akhirnya dia Berjaya. Su balas senyuman Mail.

“Su tak marah?” soal mail.

“kenapa Su nak marah?”

“sebab abang tipu Su” Su geleng.

“Sebagai kawan, Su tak berhak nak marah. Lagipun abang ada sebab nak buat semua tu, kan”

“thanks Su. Abang ada sesuatu nak bagi kat Su”

“apa dia?” mail hulur sampul surat.

“bukalah.”Su menurut. Di baca perlahan isi kandungan surat yang terdapat dalam sampul surat coklat itu.

“apa semua ni? Kenapa abang bagi benda ni pada Su?”

“5% syer dalam Syarikat abang memang hak Su. Kalau bukan kerana Su, abang tak akan berjaya sampai ke tahap ini”

“tapi Su tak ada sumbangkan apa-apa pun”

“terima sajalah Su. Ikhlas dari abang. Sudi tak Su terima abang balik”

“Su tak pernah buang abang”

“betul ke?” Su angguk.

“sebenarnya su lah orang yang abang cinta. Abang cintakan penulis surat yang selalu mengirimkan semangat pada abang. Kita kahwin ye” wajah Mail Nampak ceria. Su senyum.

“Su tak boleh, bang” berkerut dahi mail mendengarnya.

“kenapa. Tadi su kata Su tak pernah buang abang kan?”

“memang. Tapi sebagai sahabat dan abang Su. Tak lebih dari tu.”

“kenapa Su. Su kata Su sayang abang”

“kalau dulu abang ucapkan semua ni, mungkin Su akan terima abang. Tapi dah terlambat bang. Su dah jadi tunang orang dan tak lama lagi kami akan kahwin” terkejut Mail mendengar pengakuan Su. Tidak disangka begitu cepat gadis itu beralih arah.

“Su tipu kan?” su geleng.

“Su tak tipu, bang. Jefri tunang Su. Kalau abang tak percaya, abang tanyalah dia.”

“Jef?” mail terpinga-pinga. Selama ini segala rahsia hatinya diberitahu pada Jefri. Tidak
disangka Jefri menikamnya dari belakang.

“Su balik dulu. Tak manis kalau orang tengok kita lama-lama kat sini. Lagipun Su dah jadi tunang orang. Dan lagi satu, Su tak nak syer ni. Su tak layak” Su terus berlalu meninggalkan Mail yang masih terpinga-pinga.
*************************************
Satu tumbukan tepat mengenai pipi Jefri.

“kau ni pehal?” soal Jefri berang.

“kau dah rampas Su dari aku” tempik Mail. Hatinya benar-benar membara. Kalau orang lain dia boleh terima tapi bukan Jefri.

“bila masa aku rampas dia dari kau?” jefri pantas melangkah ke kamar pejabatnya. Cuba disabarkan hatinya yang terasa bengang. Malu dilihat oleh stafnya. Mail mengekori.

“kau tahu aku cintakan dia. Kenapa kau buat aku macam ni?”Soal Mail.

“kau beritahu aku, kau cintakan Nomi bukan Su. Apalagi yang kau nak dengan Su. Tak puas lagi kau sakiti hati dia?” Jefri memandang tepat ke mata hitam mail yang dipenuhi bara kemarahan. Mail tertunduk.

“aku cintakan Su. Aku cintakan penulis surat yang selalu memberi aku semangat” ucap Mail. Airmata jantannya mengalir. Rasa kesal mula bercambah dalam dirinya.

“aku tak paksa Su terima aku Mail. Dia dah buat keputusan. Aku tak pernah rampas dia dari kau.” Balas Jefri.

“kalau kau masih hargai persahabatan kita, kau mesti putuskan pertunangan korang” Jefri geleng.

“aku tak kan buat kerja bodoh dengan melepaskan orang yang aku sayang. Kalau aku lepaskan untuk kau, kau pasti kau boleh bahagiakan dia sedangkan selama ini kau hanya membayangkan wajah Nomi saja. Su tak pernah ada dalam hati kau”

“sebab aku tak tahu.”

“macam ni la. Kita suruh Su sendiri yang pilih. Kalau dia pilih kau, aku tak akan teragak-agak untuk lepaskan dia” Jefri nekad. Dia tidak boleh terlalu mementingkan diri. Hati dan perasaan Mail dan juga Su perlu diambil kira. Dia tidak mahu orang sekelilingnya derita.
****************************
“kak, mak panggil makan” Su ketuk pintu bilik Nomi . Namun langsung tiada sahutan. Perlahan Su buka pintu bilik Nomi. Su tahu Nomi pura-pura tido. Dia tahu Nomi marah.

“kak. Jangan macam ni. Nanti kakak sakit”

“kau peduli apa kalau aku sakit. Kau siapa nak nasihat aku” Nomi berang.

“Su ni adik kakak, kalau kakak sakit Su akan risau” nomi ketawa.

“adik? Hei, kalau kau adik aku, kau takkan buat aku macam nilah. Kau takkan aniaya aku” suara Nomi kian meninggi. Marahnya membukit pada Su. Benci dia melihat wajah Su yang selalu tenang.

“apa Su dah buat?” soal Su.

“kau rampas Jeff dari aku. Kau tahu aku sukakan dia. Tapi kenapa kau nak ambil dia dari aku.”

“Su tak pernah ambil dia kak. Dia yang pilih Su” balas Su.

“kenapa dia nak pilih kau. Kau tu hodoh, bodoh. Kau tengok aku ni, aku lebih cantik dari kau.
Apa yang dia pandang pada kau hah?” tempik Nomi. Airmatanya makin deras mengalir.

“kau cakap apa ni Nomi?” tiba-tiba mak muncul. Tidak senang mendengar bunyi bising dari bilik Nomi. Nomi diam tidak terkutik. Takut dengan tengkingan mak maklumlah mak dulu bekas guru disiplin.

“Jefri ada sebab sendiri untuk pilih Su. Cuba guna akal tu sikit” marah mak.

“dahlah mak, biarlah” Su cuba memujuk. Tidak mahu luka dihati Nomi kian parah.

“mak dah tak tahu nak kata apa. Perangai kau ni tak pernah berubah. Suka sangat salahkan adik kau.”

“mak, dahlah. Marilah kita makan” su tarik tangan mak. Simpati melihat Nomi yang terisak-isak menangis.

“kesian kakak mak. Su ingat nak putus je la dengan Jefri. Su tak nak sebab Su, hubungan kami regang mak. Lagipun Su ada kakak je. Su dah tak ada adik-beradik lain” perlahan suara Su. Bimbang Nomi mendengarnya.

“jangan jadi bodoh Su. Mana lagi nak dapat lelaki sebaik Jefri tu. Kalau boleh, sebelum mak tutup mata,mak nak pastikan ada orang yang betul-betul sayangkan Su. Mak nak tengok Su bahagia. Ada orang yang boleh jaga Su.” Su tunduk. Tak tahu nak kata apa.

“dah lah Su, jangan dilayan kakak tu. Nanti baiklah rajuknya. Air dicincang takkan putus Su.” ucap mak. terus berlalu dari situ ke ruang dapur.
*****************************
Seperti yang dijanjikan mereka berempat berkumpul di banglo pinggir bukit milik Mail. Su Nampak tenang. Dia nekad dengan keputusannya begitu juga Jefri. Apa saja keputusan dari Su dia akan terima dengan hati terbuka. Mail Nampak resah. Dia bimbang andai kemenangan tidak memihak padanya. Nomi pula dari tadi tidak mahu berenggang dari Jefri. Datang pun bersama Jefri.

“tujuan kita berkumpul hari ini adalah untuk berbincang. Untuk kita selesaikan semua masalah yang meyelubungi diri kita. Selepas hari ini, tiada lagi timbul sebarang kekeliruaan. Siapa nak mula dulu. Bagitahu apa yang korang nak bagitahu” ucap Jefri. Mail angkat tangan.

“silakan.”

“aku nak berterus-terang. Su, sebenarnya abang dah lama jatuh cinta pada Su. Tapi baru hari ini abang sedar. Abang tahu Su pun cintakan abang. Kalau tak, mana mungkin Su balas semua surat abang untuk Nomi. Abang percaya, Su tak cintakan Jefri. Su terima dia sebab Su nak balas dendam pada abang kan. Tolonglah Su. Jeff kawan abang. Kalau Su pilih orang lain, abang boleh terima. Tapi bukan Jeff.” Su tersenyum. Dia angguk.

“Nomi?” Jefri pandang Nomi. Nampak wajah gadis itu kesedihan.

“sejak pertama kali I pandang you jeff, I dah mula jatuh sayang. I tak pernah sayang siapa-siapa
sepertimana I sayang you. Tapi I kecewa sangat bila you pilih Su. Apa kurangnya I Jeff? Dan apa lebihnya Su pada You. I tak boleh terima you jadi adik ipar i. I tak boleh duduk sebumbung dengan you sebagai ipar. Aku tak sangka Su, kau sanggup buat aku macam ni. Kau cintakan Mail, kan. Jadi kenapa kau tak terima saja Mail ni. Lagipun dia dah mengaku dia cintakan kau. Kau akan bahagia bersama Mail sebab kau dah lama kawan dengan dia kan.” Nomi cuba melepaskan amarahnya. Su masih tenang.

“biar I yang cakap dulu Su” ucap Jefri.

“aku cintakan Su sejak kali pertama memandang dia. Dari cerita kau pasal surat-surat yang kononnya dari Nomi itu, aku dah dapat agak siapa penulisnya. Kali pertama bertemu aku dapat rasakan Su yang menulisnya. Perbualan antara dia dan kau sudah menggambarkan betapa dia mengenali kau. Tapi waktu tu kau buta. Kau pandang pada kecantikan Mail. Jangan Salahkan aku, sebab aku membuat keputusan untuk meminang Su sebelum, Su mengaku yang dia penulis surat itu. Lagipun kau bulat-bulat menolak kehadirannya. Sebab waktu tu kau buta. Sebab Su tak secantik Nomi, kan?” Mail tertunduk. Ada benarnya kata-kata Jefri. Salah satu sebab dia sukakan Nomi kerana gadis itu cantik.

“tapi aku dah sedar”

“nanti dulu mail. Biar aku habiskan. Aku rasa aku lebih mencintainya dari kau, jadi aku putuskan untuk meminangnya”

“biar pun hanya sekali bertemu?” soal Nomi. Jefri senyum. Dia angguk.

“sekali sudah cukup untuk aku mengenali siapa sebenarnya Nurul Syuhada. Dia gadis yang baik. Betul kata you, adik you ni taklah cantik sangat berbanding you. Tapi I menilai kecantikan seseorang pada sudut yang lain. I Nampak kecantikan hatinya. Kecantikan luaran ini suatu masa nanti akan pudar Nomi. Misalannya kalau I pilih you sebab you cantik, bila you dah tua, dah berkedut sana sini, I akan tinggalkan you sebab you dah tak cantik. You nak macam tu?” soal Jefri. Sungguh bijak dia bertutur kata. Nomi juga tunduk. Nampaknya dia tersilap langkah. Akhirnya dia yang malu.

“Kalau I tak kahwin dengan Su pun, I tak mungkin pilih you, Nomi sebab I rasa I bukanlah orang yang sesuai untuk you Nomi. Mungkin ada lelaki yang lebih baik dari I sedang menunggu you.” pujuk Jefri. Dia hanya memandang mutiara jernih yang terjun dari kolam mata Nomi. Nomi benar-benar terluka dengan pengakuan Jefri.

“sekarang saya nak awak buat keputusan Su. Walau apapun keputusan awak, saya akan terima” putus Jefri. Su menarik nafas. Bersedia untuk melafazkan apa yang terbuku dihati.

“sebelum Su luahkan semuanya, Su nak minta maaf buat semua kalau ada kata-kata Su nanti mengguris hati sesiapa. Apa yang Abang Mail kata tu betul. Su memang cintakan abang. Terima kasih sebab abang sudi luahkan kata-kata yang Su nak sangat dengar. Dari kecil Su cintakan abang. Tapi su tahu tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, bang. Su menyesal sebab tipu abang. Tapi Su buat macam tu kerana Su terlalu kasihkan abang. Dan sebab Su terlalu sayangkan abang, Su dah buat keputusan” Su berhenti di situ. Su pandang mail. Kemudiam beralih pada Nomi dan seterusnya pada Jefri.

“Su tetap akan teruskan perkahwinan Su dengan Jeff” putus Su. Dia telah buat solat istikarah sebelum pertemuan pada hari ini berlaku. Su yakin kini dengan gerak hatinya.

“tapi Su cintakan abang” seluruh hati Mail terasa sakit. Tidak pernah dia melihat Su senekad itu.
“sampai hati kau Su” ucap Nomi

“sebab abang dah pijak-pijakkan cinta Su sampai Su rasa sangat terhina. Kasih dan sayang Su tiada harga untuk abang. Biarlah Su berikan ia pada orang yang sudi, bang. Su terima Jeff bukan untuk balas dendam pada abang. Seperti yang Su katakan dulu, Su dah maafkan abang. Bohonglah kalau Su kata Su dah lupakan semuanya, tapi Su ikhlas terima Jeff, sepertimana dia juga ikhlas terima Su. Betul kata Jeff, kadang-kala kita kena pentingkan diri. Selama ini Su dah banyak bekorban untuk abang, untuk kakak. Kali ini biarlah Su pilih jalan Su sendiri. Su minta restu dari kakak dan abang Mail untuk perkahwinan kami nanti. Su minta maaf kak kalau keputusan Su menghiris hati akak. Su rasa dah tiba masanya, kakak bangun dari mimpi. Bukan semua benda yang kita nak akan jadi milik kita, kak. Kadang-kala apa yang kita rasakan baik itu mungkin sebaliknya. Hanya tuhan yang tahu kak. Jadi Su dah putuskan untuk pilih Jeff. Su harap selepas ini takkan ada lagi masalah antara kita. Su rasa penjelasan Su dah cukup terang. Lepas ni kita tutup buku lama dan kita buka buku baru. Walau apapun keputusan Su, kehidupan kita mesti di teruskan. Dan Su doakan kita semua akan temui kebahagiaan.” Su tersenyum. Dia pandang Jefri. Jefri balas senyuman Su. Dipanjatkan kesyukuran pada yang Esa.
“tidak kau tak boleh buat macam ni pada aku, Su. Aku kakak kau. Sanggup ke kau tengok aku menderita” Nomi masih tidak berpuas hati. Terasa bagai sebiji batu besar menghempap kepalanya mendengar keputusan Su.

“Su dah fikir banyak kali kak. Su tak akan mengubah keputusan Su. Kalau Su lepaskan Jef, Jef juga tak akan terima akak. Akak berpijaklah dibumi nyata. Jangan bermimpi di siang hari lagi. Jodoh dan pertemuan itu ditangan Tuhan. Mintalah pada Dia. Insyaallah ada lagi insan yang lebih baik untuk akak. Su tak nak ada sengketa antara kita kak. Hanya kakak yang Su ada. Akak restuilah Su dan Jef” Su pegang tangan Nomi. Nomi rentap kasar tangan adiknya. Sungguh dia tidak mampu terima keputusan Su.

“mulai sekarang kau bukan lagi adik aku. Aku benci kau” tempik Nomi. Terus dia berlari keluar dari banglo itu. Su ingin mengekar tapi pantas dihalang oleh Jefri.

“Biarlah dulu. Dia tengah panas tu” ucap Jefri. Su tertunduk. Namun keputusannya sudah bulat. Tidak mungkin dia akan mengubah keputusannya.

“Su” su pandang Mail. Ada air jernih di pipi lelaki itu. Tidak sangka Mail begitu lemah dalam mengharungi cabaran ini. Dia tewas. Tanpa segan silu mutiara jantannya membasahi pipi.

“Abang doakan Su bahagia. Abang memang tak layak untuk Su. Tapi abang minta maaf, abang
tak boleh berhenti dari mencintai Su. Sampai bila-bila abang akan sayangkan Su.” Kata-kata Mail terhenti. Su seka airmata yang bakal tumpah. Hatinya pilu melihat orang yang disayanginya bersedih. Tapi dia harus lepaskan Mail pergi. Dia tidak meminta semuanya berakhir begini tapi dia perlu menghadapinya.

“Jeff, jaga Su baik-baik. Dia gadis yang baik. Jangan buat dia menangis lagi. Aku mungkin tak dapat hadir di majlis korang nanti. Kau tolong uruskan syarikat. Aku perlu pergi untuk seketika” mail bangun. Mula melangkah pergi.

“abang” panggil Su. Langkah mail terhenti. Tapi dia langsung tidak berpaling.

“Su doakan abang bahagia.” Ucap Su. Terus Mail berlalu dengan hati yang luka. Terduduk Su di sisi jefri.

“Su dah buat semua orang terluka”airmatanya turut tumpah.

“tabahkan hati su. Su dah buat apa yang terbaik untuk diri Su. Izinkan Jef bahagiakan Su. Kita bina hidup baru” su pandang Jef. Ada bahagia dimata lelaki itu. Perlahan Su mengangguk.
****************************
“Aku terima nikahnya Nurul Syuhada bt Zamri dengan mas kahwin RM 80 tunai” sekali lafaz Su menjadi milik Jefri. Menitis airmata Su. Akhirnya segala janji telah termeterai. Tapi hatinya sayu. Dihari bahagianya, Nomi tiada di sisi. Dia amat berharap kehadiran gadis itu. Tapi hati yang terluka parah membuatkan Nomi pergi membawa diri sama seperti Mail yang pergi meninggalkannya. Moga dia temui apa yang dicari. Dan aku baru ingin memulakan langkah bersama Jefri. Moga bahagia itu milik kami hingga ke hujung usia. Insyaallah.

kepadaMu kekasih
aku berserah,
kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yg terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat dihati…..

Nurul Syuhada


Umpama mimpi Kukecap kenangan
taman permainaanMasa kecil dulu
Sisip senyummu Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan
Kala gerimis Menitis dihati
Kenangan lenyap Tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi Saat-saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi
Dalam kelam engkau datang menuju hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah kemana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
mengapa hangat tanganmu ku terasa
Ismadi

I can read your mind
And i know your story
I see what you’re going through
It’s an uphill climb
And i’m feeling sorry
But i know will come to you
Don’t surrender
‘cause you can win
In this thing called
Love...

Jefri ….

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu oh kasih
Akhirnya aku sendiri tersisih

Nurul Rozaimi……

p/s: tq untuk korg yg sdi meletakkn diri korg kt tmpt Su. nampaknya korg sebulat suara memilih jefri. jadi terimalah akibatnya dari keputusan korg. huhuhuhu. satu2nya org yg gmbira adalh Jefri. Su masih m'cuba utk terima. Tapi Mail dan Nomi luka parah. hingga boleh putus saudara. anda sebagai Su, adakah anda gembira dgn ending ini???

14 comments:

sinichies_girl88 said...

happy cz biar mail ngn nimi tu sedar diri lak..
bukan harta n kcantikan je y diperlukan lam
sbuah perkhwinan (bahagia )
huhuhuh...
sedarla nomi n mail...
hehehe
bagus...teruskan usaha...hehhe

fiza said...

akhirnye...su plih jeff gk..sume2 akn jd pngajrn utk mail n nomi...insyallah su akn bhgia dgn jeff...he3 xde smbungn dh ke??

saadiah~~ said...

yer...sayer gembira ngan ending ni coz sayer mmg pilih su bersame ngan jeff pon..
yeah!!!

Anonymous said...

mesti su tak gembira, kakak kandung tak ngaku adik, mail dah tak jadi kwn su lagi, sbb tulah sepatutnya su tak payah pilih salah seorang lelaki ni. tak gembira jugak, gembiralah sekejap.

Sha said...

yerp2 mmg sy suke sgt bl su plh jeff..
luke 2 lmbt laun insyaAllah akn pulih..cme amek ms yg sgt lme..
kalo der smbgn pn ok gk pe..hehe..
nk gk tau khdpn su ngn jeff..ekeke

akira_toriyama said...

yup!! happy... coz.. sy yakin cinta jefri akan membahagiakan su.. bak kate org, pilih la org yg mencintai kita lebih berbnding kita mncintai dia,dh kita pasti bahagia...

to mail n nomi...
terima la pengajaran ni....klo ikutkan hati nomi pun.. su n nomi still akan slalu nerkelahi.. n mail plk... tentu dia x dpt mncintai su seperti mne su cintakan mail right??

akira_toriyama said...

nak sambungan!! nak sambungan cara jefri membahagiakan su.. n penderitaan n penyesalan nomi n mail....huhuhu plez... sambung...

Anonymous said...

saye puas hati sangat2 dgn sambungan yg kak naniey buat. saye xpernah menyesal dgn pilihan saye dulu..jefri...

nomi tuh seolah2 xmatang langsung..tgedik2 ngan jefri....pentingkan diri plak tuh...lupe plak, materialistik skali....die ingat hanye sebab die cantik maka die layak utk mengecapi kesempurnaan hidup? nak boyfren hensem, kaye etc...kalo kecantikan dalaman tuh ade layak la kot...ni habuk pon tadak! hati die busuk yg amat....

mail...bak kate org, tlajak perahu boleh diundur, tlajak kata buruk padahnya....kalo ko xsedar yg su dah lame cintakan ko xpe..still bole dimaafkan..tapi once ko tau yg su penulis surat tuh, ko terus maki die..ape kes? xrasional lgsung....xsalah memilih yg cantik paras rupenyer..tp kalo rupe tuh mengatasi hati budi MEMANG SILAP BESAR laaaa....

well, since jefri bole nampak betapa tulusnye hati su..knape plak die x layak utk su kan? org macam jefri la yg su perlukan....mak su sangat merestui jeff ngan su....so ape perlunye restu nomi? xde nilai pon restu die....xde bende baik pon yg pernah die buat pd su, so layakkah die memberi restu???

pada su plak, mmg org sekeliling terluka..tp hati ibu su penuh dgn redha atas perkahwinan die...what else do you need su? solat istikharah tuh plak simbolik petunjuk sekaligus restu dari Allah S.W.T...see? you don't need anything else....kan lelaki yg baik utk wanita yg baik...so jz claim ur prize....

waaaahhh pnjangnye saye celoteh...xpe2..yg penting solution die mmg mantop giler! saye happy sangat2....trime kasih byk2 kak naniey

-kamalia-

princess shinita said...

sebagai seorng islam kita mesti percaya qada dan qadar. Jodoh kita ditangan tuhan kan. Mail & Nomi harus menerimanya dgn tabah. Saya suka dgn ending ni..apa2pun baik Su @ Nomi, air dicincang takkan putuskan.

fzm2 said...

ske3..tp cerpen nih
buat kte jdi buntu
kal0 letakkan dri sbg
su..tp xpe at least de jgak
yg dpt bahagiakan su n
hargai su.. =)

Anonymous said...

nak tgk gak hasil penulisan awak kalo mail yg d pilih...
boleh ka???

Anonymous said...

saya sebagai su..mmg saye gembire giler ngan ending nie...lantak laa org laen x gembire pown asalkan kite bahagie kan...kadang-kadang hidup di dunia nie kite kene pentingkan diri sket jangan nak pentingkan sangat kebahagiaan org lain kebahagiaan kite tergadaikan...so saye amat berpuas hati lah dengan ending nie...
harap harap kak naniey wat laa sambungan citer nie ehhh..nak tau gak ape jadi ngan nomi dan mail...bersatukan mereke..hehehe n nak tau gak pasal care su menerime jeff....hehehe
nurul 0_^

keSENGALan teserlah.. said...

ske je ngn ending nieh..huhu..
mail akan jmpe gak his soulmate..
huhu..nomi pon..

Anonymous said...

mail & nomi tuh same2 xbgune & xde otak!
biar dorg tuh menderita....buat baik kt dorg pon bukan menguntungkan pon, lebih2 lagi si nomi betina gedik tuh!