THANK YOU

Saturday, November 13, 2010

WARNA HATIKU 9

Aku berdiri di hadapan jendela bilikku. Cuaca di luar mendung. Sekejab lagi pasti hujan turun. Deringan handphone ku, ku biarkan mati begitu saja. Sudah ku tahu siapakah gerangannya. Dah 2 hari aku cuba mengelak dari Ekmal. 2 hari itu juga telefonku tidak henti-henti berbunyi. Kadang-kala aku sengaja offkan telefon. Bosan. Hati aku sakit mendengar suaranya. Untuk melihat wajahnya aku tidak sanggup. Bimbang perasaan ni tercalar lagi. Aku tersentap apabila tiba-tiba guruh berdentum kuat. Kakiku terundur beberapa langkah ke belakang. Aku terkejut benar. Aku sangat takut dengan keadaan sebegitu. Biasanya aku akan berpelukan dengan adik-adikku dalam gebar apabila musim hujan. Aku sendirian di rumah hari ini. Mak jah sudah pulang awal pagi tadi setelah mendapat berita anaknya masuk ke hospital. Guruh berdentum lagi mengembalikan aku ke suatu kisah yang begitu tragis. Masih ku ingat peristiwa 14 tahun lalu. Ketika itu aku baru berusia 10 tahun. Diwaktu itu hujan turun. Guruh berdentuman guruh di langit dengan kilat sambung menyambung. Pak long kasim masih di laman rumah. Cuba mengalih basikalku dan adik-adikku ke garaj. Tiba-tiba Pak Long Kasim di panah petir didepan mata aku. Kulit pak long kasim hitam legam kerana terbakar. Wajah Pak Long Kasim terbakar teruk. Dia mati di situ juga.. Aku hanya mampu menjerit. Sejak itu Mak Cik Salmah bergelar janda. Kerana itu aku bertekad untuk menjaga wanita itu sampai bila-bila. Rasa bersalah sering bersarang di hati namun nasihat Mak Cik Salmah menguatkan semangatku Aku rasa peluh sudah memercik didahiku. Peristiwa itu bagai bermain kmbali di depan mataku. Aku pantas berlalu ke katil. Tubuhku, ku selimutkan dengan gebar tebal. Badanku menggigil kuat. Aku benar-benar ketakutan. Guruh berdentum lagi. Hujan di luar makin lebat. Tiba-tiba ku dengar pintu bilik Tg iskandar di sebelah ditutup. Aku yakin tg iskandar sudah pulang. Perlahan aku turun dari katil. Berjalan pantas ke bilik tg iskandar. Aku benar-benar perlukan seorang teman kala ini. Tanpa mengetuk pintu, aku terus meluru masuk. Tengku Iskandar yang hendak berbaring di katil terkejut dengan kehadiranku yang secara tiba-tiba. Dia terus bersandar di kepala katil sambil memandangku meminta penjelasan. Pantas saja aku naik ke katilnya. lehernya ku paut kemas. Ku peluk erat. Dia hairan. Aku rasa selamat.

“kenapa ni?”soalnya cuba merenggangkan pelukanku. Mungkin terasa lemas.

“Batrisya, aku tak boleh bernafas ni. Kau kenapa?” soalnya kuat. Perlahan aku longgarkan pelukankan ku.

“aku takut” ucapku.

“takut apa?” tiba-tiba guruh berdentum lagi. Jelas kulihat kilat sambung menyambng dari tingkap kaca ke beranda.

“tolonglah biar aku peluk kau kejab. Aku takut” ujarku. Ku peluknya erat. Mataku terpejam rapat. Aku rasa tanganya menyentuh belakangku. Getar di tubuhku berkurangan.

“bila kau balik?”soalku dalam pelukannya.

“tadi. Pukul 3. aku rasa tak sihat”ujarnya. Patutlah. Dia berbaju t-shirt. Rupanya sudah hampir 2 jam dia di rumah. Tulah asyik berangan sampai tak sedar suami balik.

“kau tak sihat? Deman ke?” soalku lagi kali ini aku leraikan pelukanku. Rasa macam terlebih prihatin pulak

“maybe.”

“sori. Aku tak tahu. Kau tidurlah. Aku minta maaf sebab kacau kau” ujarku. Aku lihat dia senyum.

“tak apa. Kau takutkan, baring kat sini. Aku temankan kau. Aku rasa mengantuk. Baru telan penadol tadi” Tg iskandar menepuk pembaringan di sebelahnya. Aku serba salah. Oleh sebab aku terasa begitu takut aku turutkan juga. Aku mengiring menghadpnya.

“tidurlah” aku pandangnya.

“macamana aku nak tidur kalau kau asyik pandang aku macam tu. Aku segan tau”ucapnya. Bergurau. Pandai pulak dia bergurau.

“ok..ok aku tutup mata.” Kataku sambil memejam mata. Tiba-tiba terasa rambutku di belai. Mata yang sudah terpejam rapat terbuka luas. Entah kenapa aku tak menipis tangannya seperti selalu. Aku senang dengan perbuatannya. Lembut.

“kau cantik macam ni. Kenapa kau bergaya macam lelaki. Kan elok rupa kau macam ni”ucapnya padaku.

Sesaat aku terbuai. Pantas kuusir pergi rasa senang yang bertandang. Tangannya ku tepis lembut.

“style” balasku

“tapi kau memang cantik kalau macam ni” ucap Tg Iskandar sambil tersenyum mesra. Di pandangnya wajahku. Isk.... dia ni, kot ye pun jangan la puji lebih-lebih. Akak malu tau.

“Aku cantik? Kau ni rabun ke?tak payahlah nak ambil hati aku. Aku ni buruk. Tak secantik miss SS ko tu” ucapku bersahaja.

“Miss SS?” dia menyoalku kembali. Hairan agaknya.

“Miss Sombong Sungguh” balasku. Dia ketawa.

“isk.... tak baiklah kata orang cam tu. Dia baik. Mungkin hari tu mood dia tak elok”

“yelah backup baik punye.”

“bila aku ingat balik waktu kita kahwin dulu, kelakar pulak.” Tiba-tiba pulak bangkit isu kahwin ni. Dia ketawa. Sensitif kalau kalau ingat balik aku kena paksa.

“apa yg kelakar.?”soalku.

“kau lari naik motor besar. Pandai kau turun ikut paip ye. Dah lama praktice ke?” dia angkat kening

“itu dah memang kerja aku. Bila papa tak bagi keluar, aku turun la ikut situ. Sebelum papa tahu aku baliklah. Entah macam mana hari tu boleh kantoi” aku turut tersenyum mengingatkan kenakalanku.

“kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?” soalnya. Aish banyak pulak soalannya. Yelah bukan senang aku nak berbual dengan dia. Tak apa hari ni mood aku ok.

“Papa yang paksa. aku bukannya kenal kau pun. Rasa macam kena tngkap khalwat pulak. Tetiba kena kahwin. Lagipun aku muda lagi. Tak seronok lah. Aku ingat nak enjoy puas-puas dulu” ucapku. Entah kenapa aku boleh bersembang mesra dengan Tg Iskandar. Yang aku tahu aku selesa begini dengan Tg Iskandar. Mungkin ada betulnya kata Ekmal. Aku kena cuba.

“kau kenapa nak kahwin dengan aku?” giliran aku menyoalnya. Ingin juga apa sebenarnya yang dia mahukan dari aku.

“patuh pada ibu bapa. Aku nakkan restu diorang. Diorang hanya akan restu kalau aku kahwin dengan kau. So nak atau tak terpaksalah” ucap Tg Iskandar. Dia memusingkan badan. Terlentang memandang siling bilik.

“jadi kau kahwin semata-mata sebab mak ayah kau?”

“mungkin itu sebabnya untuk masa sekarang.”

“jadi kita sama-sama dipaksa.” Aku buat kesimpulan.

“nope. Kau dipaksa tapi aku rela asalkan mak dan ayah aku happy. Aku pun happy.”

“tapi kau tak happy kan” soalku.

“sapa kata?”

“jadi kau happy?” soalan berbalas soalan.

“entahlah. Aku rasa kehidupan aku tak berubah pun. Cuma sekarang aku dah ada isteri yang tak macam isteri. Ada tapi tak ada.” Aku pandangnya pelik. Apalah mamat ni mengarut.

“mungkin kita tak pernah cuba untuk kenal satu sama lain.”

“kalau kau kenal pun tak semestinya kau akan rasa happy. Kau hanya akan happy bila dengan miss SS kau kan?”

“gembira itu anugerah dan nikmat dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat tu atau ubah jadi tak mustahil kalau aku boleh happy bila bersama kau kan” balasnya lembut. Sukarnya aku nak tafsir apa yang ada kat hati mamat ni. Dia ni suka ke tak perkahwinan ni. Cakap kena paksa. Tapi cam tak kisah.

“kenapa diam tiba-tiba ni?”soalnya memecahkan lamunanku. Dia kembali memandangku.

“tak ada apa dah nak tanya” balasku.

“kenapa kau benci sangat kat papa kau?” soalan yang tidak ku jangka.

“siapa kata aku benci”

“tapi cara kau tak nampak macam sayang pun” pandainya dia bermain kata.

“Sebab pemerintahan diktator. Semua nak kena ikut cakap dia. Balasku

“sebab tulah kau selalu memberontak?” teka tg iskandar.

“tu je cara aku nak bagi protes.”

“sebenarnya papa kau sayang kat kau, tapi dia tak pandai nak tunjukkan rasa sayang dia”ujar Tg iskandar.

“mana kau tahu?”

“ayah aku selalu cerita”

“entahlah.... Kau belum kenal siapa papa aku. Dia buat hidup aku tetekan. Malaslah nak fikir.kita tukar topik la ”aku mengeluh berat. Sebut je pasal papa, fikiran aku rasa serabut.

“aku tanya sikit boleh?”soal Tg iskandar. Aku pandang wajahnya.

“apa dia?”

“kenapa kau menangis hari tu?”soalnya. aku diam.

“kalau aku beritahu, kau janji jangan gelakkan aku” aku makin selesa berbual dengan Tg iskandar. Dia lelaki yang matang dan memahami rupanya.

“i promise” ujarnya memandangku. Kami bertentang mata. Aku rasa dia jujur. Aku kembali memandang syiling.

“Ekmal dah bertunang.”ucapku tenang.

“patutlah hari tu aku nampak dia dengan seseorang kat mydim mall” balas tg iskandar.

“tapi macam mana kau boleh tahu?”soalnya.

“tunang dia datang cari aku. Kau tak nak gelakkan aku?” soalku.

“untuk apa?”

“yelah. Sebab aku bertepuk sebelah tangan, Lawan cakap kau” Tg Iskandar ketawa mendengar bicaraku.

“Ris, kau tahu? Manusia ni tak pernah lari dari kesilapan. Anggaplah semua ni proses pembelajaran dalam kehidupan kita. Kalau tak sebab tu, kau takkan menangis kat dada aku kan? Dan kalau bukan sebab tu juga, kita takkan macam ni sekarang. Sekurang-kurangnya sekarang kita baru mula mengenali.” Ucapnya lembut. Hai, tersasar jauh apa yang aku fikirkan. Tulah, suka sangat fikir bukan-bukan. Aku mengomel sendiri.

“sebenarnya dia yang tak layak memdapatkan gadis seperti kau” aku senyum mendengar sambungan kata-kata Tg Iskandar.

“tak payahlah nak ambil hati aku. Siapalah nak kat aku? Muka tak lawa? Garang pulak”ucapku plhn.

“Tak apalah. Akukan ada untuk kau. Kau dah lupa? Mulai sekarang boleh tak kita kawan?. Aku bosanlah asyik gaduh tanpa sebab dengan kau” pinta Tg iskandar. Aku pandangnya. Berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.

“aku tahu kau benci aku. Tapi boleh tak kita lupakan semua tu. Kita kawan”ucapnya lagi setelah lama aku berdiam diri. Aku senyum.

“aku dah tak boleh benci kau kan?”ujarku.

“kenapa?” Tg Iskandar menyoal bodoh.

“sebab sekarang kita kawan”ucapku selamba. Kami ketawa kecil.

“kawan?” Tg Iskandar menghulurkan tangan.

“emmm kawan” ku sambut huluran itu dengan hati terbuka. Bukan senang tau nak kawan dengan aku.

“tidurlah. Tadi kata ngantuk” ujarku.

“temankan aku tidur” pintanya.

“Miss SS kau tak marah ke?”soalku nakal.

“bukan dia nampak pun” ujar tg iskandar.

“ooo.... kalau tak nampak kau boleh bersuka ria la kat belakang dia ye.”

“bukan buat apa pun. Lagipun kau bukanlah orang lain. Bini aku juga” amboi selamba badak betul mamat ni.

“hujan pun dah berhenti. Thanks la ye sebab sudi teman aku.” Ucapku. Aku bangkit.

“kau nak pergi macam tu je?”

“habis. Nak suruh aku dodoikan kau tidur?”soalku. sengaja menduga.

“kalau kau tak kisah”dia masih selamba seperti tadi.

“tak ada maknanya. Kau ingat kau tu baby lagi ke?”

“tadi cam beria”

“menduga je.... telefon la Miss SS ko suruh dia dodoi.”

“kat dalam kapal terbang tak leh telefon” ucapnya.

“dah tu, tak cukup lagi dengar katak kat luar tu nyanyi”

“banyak songeh. Nak dodoikan ke tak nak ni?” soal Tengku Iskandar. Mukanya penuh tanda tanya.

“tak nak. Baik aku turun makan. Selamat malam la ye” aku turun dari katilnya. Berjalan terus kepintu. Terasa lapar pulak musim-musim hujan ni. Best dapat melantak musim hujan macam ni. Bak kata cikgu aku dulu musim hujan macam ni musim membela tubuh.

“Ris” langkahku terhenti.

“apa?” soalku.

“thanks, sudi berbual dengan aku” aku mencebik terus keluar dari biliknya. Malas nak panjang-panjangkan cerita. Nanti tak kenyang pulak perut aku ni.

p/s : masih sibuk mengemas brg tuk blk kampung.... curi tulang kejab post next entry..... ok x cite ni???? huhuhuhuhu

6 comments:

hana_aniz said...

alamak.. ingt diorg tido sama. hahaha.. pape pn, one step forward da utk diorg jatuh cinta sesama sendri. huhu.

MaY_LiN said...

wah..
da berbaik..
bagus bagus

IVORYGINGER said...

well2. Both of them already started to be friends. We will see next move later.
Cik writer cepat ya post next entry. ;D

miznza84 said...

best2... bunga2 cinta mcm nk bertunas.. tak sabarnya.... nani thanks... nti ada masa smbung lagi ye...

Anonymous said...

cepat sambung nyer...
cerita yang menarik...

nur faizah said...

Walawehhh,da bebaik..bgus