Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca. pagi-pagi usha blog sahabat nani Iffah. baca cerpen yang di karang olehnya bertajuk Dan Sebenarnya.....(klik untuk baca). Terasa gatal tangan nak menyambung. (nani memang suka bab-bab sambung cerita, tapi nak siapkan cerita tu susah sikit).. sabo jelah. jadi, ini adalah sambungan Dan Sebenarnya dari blog gula-gula pelangi. harap Cik Afeefah b'puas hati dengan sambungan yang dilakukan oleh Cik Naniey Tj k...
Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog aku sendiri.
“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan… aku rasa hendak pengsan melihat gerangan jejaka yang berdiri tegak sambil memandangku dengan mesra. Di hadiahkan senyuman yang cukup manis buatku.
“sorang je. Boleh I duduk?” bagaikan terpukau seketika. Aku diam. Tidak mengangguk, tidak pula menggeleng.
“orang kata diam tu tanda setuju”terus kerusi di hadapanku di tarik dan dia duduk dengan selamba. Aku pula rasa jengkel memandangnya. Tapi aku harus berlagak biasa. Tidak sesekali aku akan memperlihatkan rasa hati yang sudah berkocak saat ini. tangan yang menggeletar ku genggam kemas.
“you apa khabar?. Dah lama I cari you. Tak sangka dapat jumpa kat sini” Dia masih tenang menutur kata.
“you nak apa lagi cari I? kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi” sedikit beremosi aku saat ini. mengenangkan kisah kami dahulu, cukup membuatkan aku terkilan dan tawar hati. Dulu dialah lelaki idamanku. Senyumannya buat aku rindu. Tuturnya buat aku nanar. Hidup dalam rasa bahagia yang hanya menipu.
“you masih marahkan I kan?”
“marah?” aku ketawa sinis. Sengaja menutup resahku dan menghilangkan wajah selambanya.
“Siapa I untuk marah you? I bukan tuning you, jauh sekali isteri you. Untuk I, you tak ada makna apa-apa pun dalam hidup I. you’re nothing” aku menyambung bicara. Terkedu juga dia mendengar kata-kataku yang berani. Cukup-cukuplah hati aku, dia calarkan. Aku takkan lupa apa yang dikatakan dulu.
“kalau betul I ni bukan sesiapa untuk you, kenapa sampai sekarang you tak cari pengganti i?. I tahu you cintakan I”
“You ni mimpi ke apa? Untuk pengetahuan you, I dah pun bertunang. Dan tak lama lagi I nak kahwin. Alang-alang I jumpa you ni, I nak bagitahu, jangan lupa datang kenduri i. bila kad jemputan dah siap, I akan poskan pada you. I dah lambat. Tunang I dah lama tunggu.” Terus aku bangun dan melangkah laju meninggalkannya. Dia adalah kenangan silam yang menyakitkan. Dan aku dah tempah lagi satu bala. Tak pasal-pasal aku macam pasrah je terima pinangan itu. Aduhai.
“kenapa awak pinang saya?” soalku padanya
“saya sukakan awak” balasnya dengan senyuman.
“kenapa awak suka saya?”
“adakah saya perlukan sebab untuk menyukai awak?”
“memang. Takkan tiba-tiba sahaja awak boleh sukakan saya. Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya bukan?” aku memandang tepat wajahnya. Mencari apa yang tersembunyi di ruang hati lelaki itu.
“saya tak ada sebab yang spesifik kenapa saya suka awak. Pertama kali saya melihat awak, hati saya bagai bisikkkan sesuatu. Tapi saya yakin, saya inginkan awak sebagai isteri dan insyaallah sebagai ibu untuk anak-anak saya”
“Awak begitu yakin. Saya bukanlah seperti yang awak sangkakan”
“Saya yakin sebab saya dah beristiharah. Bagi saya cukuplah dengan apa yang awak ada sekarang. Kalau awak rasa diri awak tidak sempurna, izinkan saya menyempurnakannya dan saya berharap awak juga akan menyempurnakan saya sebagai seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk mendampinginya mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat. Saya yakin awaklah wanita itu. Saya sukakan Aina hanya kerana hati saya mengatakan awak adalah hawa yang diciptakan untuk saya.” Sayu dan sebak menjengah ke tangkai hati. Hampir saja airmataku menitis. Keikhlasannya terasa memukau sukmaku. Betapa aku hidup dengan merasakan diri ini tidak layak untuk sesiapa pun. Sedangkan Allah sudah menyatakan setiap manusia sudah ditetapkan jodohnya. Dan hari ini aku bagaikan melihat seorang lelaki yang begitu ikhlas melamarku untuk dijadikan isteri. Apa lagi yang perlu aku tunggu?
“Hi. I rasa I kenal you” aku memandang wanita di hadapanku. Orangnya cantik. Tinggi lampai. Susuk tubuhnya menarik. Wajahnya menawan dengan rambut yang mengurai panjang. Mana mungkin aku lupa dia.
“you GF Reza kan?” soalnya. Aku geleng. Tanganku terus mencapai sabun mandi dan beberapa barang lain yang inginku beli. Malas melayan wanita yang ku kenali namanya sebagai Rina.
“tipulah. Reza love you so much” aku hanya mengukir senyuman. Cinta? Ada apa dengan cinta lelaki itu. Dan yang peliknya kenapa Rina begitu selamba menyatakan perkara begini. Bukankah dia teman baru Reza. Masih ternyiang-nyiang apa kata-kata Reza dahulu.
‘Orang cantik macam you siapa tak sayang. Tiada wanita yang lebih cantik berada di hati I kecuali you. Hanya you. I love you” saat itu aku hanya mampu memandang Rina dan Reza yang tersenyum bahagia dibalik pintu pejabat Reza. Pada aku di katakan sayang dan pada Rina dikatakan cinta. Apa semua ini?. Adakah hanya kerana Rina lebih cantik, jadi dia lebih berhak berada di hati Reza? Saat itu aku merasakan betapa kerdilnya aku di pandangan mata lelaki itu.. Selepas kejadian itu terus aku minta putus. Kecewa? Itulah yang setepatnya. Tapi Reza kata, kami perlukan masa untuk diri masing-masing. Lama kami menyepi sehinggalah terjadinya perjumpaan tempoh hari.
“I pergi dulu. Ada hal” aku terus meminta diri.
“wait Aina.” Aku menghentikan langkahku.
“he love you.”
“Dia hantar you untuk pujuk I ye?” tekaku.
“tak. Dia tak pernah ceritakan apa-apa pada I. you tahu, kitaorang memang rapat. Dari kecil lagi. I sayangkan dia dan dia sayangkan I. selama ini I dah salah anggap. Dia sayangkan I hanya sebagai seorang adik. Cinta I pada dia tak dapat tandingi cinta dia pada you. Dia cintakan you Aina. Bukan I” ucap Rina lembut.
“I dengar dia cakap dia cintakan you, Rina. Drama apa lagi yang you nak buat?”
“kami memang macam tu dari kecil. Bagi Reza, itu hanya gurauan. Tak lebih daripada itu” jadi selama ini aku yang salah sangka?. Aku memutuskan perhubungan kami tanpa mengadili perbuatannya dengan saksama? Begitukah?. Aku pandang Rina yang membuka beg sandangnya.
“Nah” sekeping kad di hulurkan padaku.
“I nak kahwin. Jemput datang. Nanti I suruh Reza jemput you” aku terdiam. Lidah rasa kelu. Apa yang dah aku buat?
“I pergi dulu. Tunang I dah call ni” Rina terus berlalu meninggalkanku. Kenapa Allah uji aku sebegini setelah aku hampir membuat keputusan muktamad untuk menerima dia. Reza adakah aku yang bersalah kerana terlalu awal menghukum?. Lalu apa yang perlu aku lakukan? Mana satu yang harus ku pilih? Cinta atau takdir?
2 comments:
gedik gila nak aku sambung
harusla mls nk sambung
aku kne wat sambungan cerpen sendiri tu
haha blh plk ya main sambung2 cengini. haha. mmg selalu je sy menyambung cter yg tak abis gan berangan tp tak pernah plk sambung gan type. klo sy yg sambung grenti 200% akan bertukar cerita tu jadi report. klo bab buat report or ulasan mmg serah pada saya. hehe
apa2 pun -good job nani!
Post a Comment