THANK YOU

Saturday, May 5, 2012

Janji, Kau sayang Aku 4


“dah puas merajuk?” Harith duduk disisi Alia. Alia menjeling. Tak habis-habis nak menyindir. Kayu ditangan makin galak menguis-guis bara api.

“aku nak kat kau, kau jual mahal. Sekarang nak marah-marah pulak orang tak layan dia” ucap harith menambahkan bara dihati Alia.

“kau, kalau datang sini, nak sakitkan hati aku, tak payahlah. Buang masa la.”marahku. tak suka bila dia seolah-olah menyindirku.

“eleh…ingat aku nak sangat duduk sini?” Harith membuang pandangan ke arah hutan tebal. Hari dah mula cerah.

“Dah tu? Tak reti-reti nak main jauh-jauh” sindir Alia.

“malas aku nak layan perempuan sombong macam kau. Memang betul cakap kau. Buang masa” terus Harith bangun menuju ke khemahnya. Alia mencebik.

“Hi” Alia pandang gadis manis di hadapannya.

“boleh I duduk?” soal Qistina.

“Duduklah”

“You dah lama kenal Harith?” soal Qistina

“lama. Tapi tak rapat pon” balasku. Ah, rasa ini datang lagi.

“you’ll couple ke?” soalku. Qistina senyum. Betullah tu.

“Harith tu lain. Dia baik, caring. Semua orang sukakan dia. Masa kitaorang kat university, ramai perempuan yang nakkan dia. Beruntungkan dapat dia” ucap Qistina.

“ye kot.” beruntung apa?. Menyakitkan hati adalah. Kalau hati dah suka kentut pun bau wangi.

“Alia dengan Harith ada apa-apa hubungan ke?” soalan Qistina terasa sukar benar untuk di jawab. Kenapa ye, tiba-tiba pulak lidah rasa kelu. Perlahan Alia gelengkan kepala

“you?” soal Alia. Qistina tersenyum.

“I rasa you tahu jawapannya” peliknya perempuan ni. Alia membalas dengan senyuman. Malas nak ambil tahu. Suka hati dioranglah nak ada hubungan ke tak.

*********************

Alia mundur-mandir di ruangan menunggu. Wajahnya pucat. Dia buru ketakutan. Sungguh dia tidak sengaja. Benar-benar tak sengaja. Kalau apa-apa terjadi bagaimana?. Tadi sedang dia pandu kereta tiba-tiba saja sebuah motorsikal muncul di hadapannya. Belum sempat dia menekan brek, bahagian hadapan keretanya terlebih dahulu melanggar motorsikal tersebut. Dahi budak tu berdarah. Dia pengsan sewaktu dibawa ke hospital.

“Alia, kenapa ni” soal Harith cemas. Alia pandang Harith dengan wajah bingung. Entah dari mana lelaki itu muncul.

“aku…aku tak sengaja” balas Alia. Renungannya kosong.

“tak sengaja apa?” Harith bimbang melihat wajah pucat Alia. Tubuh Alia menggeletar.

“relaks ok. Cerita kat aku kenapa. Apa dah jadi?” Harith paut bahu Alia. Dia cuba menenangkan gadis itu. Alia tiba-tiba memeluk lelaki didepannya. Menangis terisak-isak di dada itu melepaskan rasa takut di hatinya.

“Alia… it ok. Aku ada” bisik Harith. Harith hanya mampu membiarkan. Tak sampai hati melihat keadaan Alia begitu.

“aku tak sengaja langgar dia.”cerita Alia.

“kau ok ke, ada sakit mana?” soal Harith sedikit risau. Pantas dia memandang wajahku.

“Dahi kau bengkak ni. Kau ikut aku dulu. Nanti aku sapukan ubat” Harith tarik tangan Alia. Alia hanya mengekori. Otaknya benar-benar tidak dapat berfikir. Kepala pening. Akhirnya dunianya menjadi gelap gelita.


p/s : demi pembaca yang menyokong nani cuba hasilkan karya ini..... terima kasih sebab masih memberi sokongan pada penulisan nani.... rasa terharu sangat... selamat membaca wahai sayang-sayangku

3 comments:

lieynanilaz said...

CEPAT SAMBUNG...

rose^zora said...

best..=)

LiNa said...

lagi...sambung panjang2 yer..