THANK YOU

Wednesday, August 17, 2011

my boss my love 4


Tengku Hairil berjalan laju ke ruang pejabatnya. Dikerling sekilas pada setiausahanya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia berpaling.

“mana Lin?” soalnya.

“Saya” jawabku. Apahal mamat ni. Dah tak cam setiausaha sendiri.

“awak Lin. Macam bukan je”

“Tengku ok ke?” soalku. Risau jugak. Mana la tahu mamat ni sawan ke apa. Dah ready ni dengan panggilan kecemasan.

“you look different” pandangan Tengku Hairil tertumpu di wajahku

“tak ada maknanya. Sama je saya rasa” aku gelak.

“yang ni memang sama” sindir Tengku Hairil.

“cuba gelak sopan sikit. Sesuai dengan penampilan”

“kenapa? Cantik ea saya?” soalku. Saja gatal mulut.

“cantik la dari kak Minah” kurang asam punya bos. Ada ke patut dibandingkan aku dengan mak cik tukang sapu yang dah umur 50 tu. Isk. Bos ni.

“ni pesal tetiba je jd lawa camni ni?” soal Tengki Hairil.

“sayakan bakal MENANTU bonda. Jadi kena la nampak sepadan dengan ANAK bonda” sengaja aku menekakan beberapa perkataan penting.

“oooo ye ke? Bagus betul bonda. Belum apa-apa lagi dah layan lebih dari anak sendiri. Macam ni la kalau nak jadi bini bos” tak tahu la aku nak kategorikan apa dia punya statement ni. Peril ke? Gurau ke? Atau saja suka-suka buat ucapa ringkas? Entah. Aku bagi senyuman paling manis kat bos.

“Bos ingat ye. Walau apapun, saya tak nak kawin dengan bos” balasku. Amboi pandai pulak aku jual mahal. Nak buat macam mana. Hari ni rasa sangat mahal diri ini.

“kalau kahwin dengan aku pon apa salahnya. Aku ni hensome, kacak… kata orang lelaki idaman Malaya lah” amboi enak puji diri sendiri ye.

“bukan tu je bos. Bos tampan, bergaya, kaya, ada pangkat. Muka pangkat-pangkat model antarabangsa ni” aku sambung puji.

“tahu tak apa”

“sebab saya tahulah, saya tak nak kawin dengan bos. Saya bukan apa bos, saya ni….. memang lawa bak kata mak saya, tapi hidup cukup-cukup makan pakai jelah. Tak padan dengan bos. Lagi pun, bersuamikan org macam bos ni, risiko dia tinggi bos” ucapku dengan kening terangkat-angkat, gaya Ziana Zain.

“maksud awak?” muka bos dah keruh. Yes!!!

“ye lah. Risiko dikebas orang sangat tinggi. Jadi saya tak nak tanggung risiko tu” ucapku terus menunduk. Sambung kerja yang terbengkalai.

“amboi, bkn main awak kutuk saya ye”

“mana ada bos. Bos, temu janji dengan Cik Amilia jangan lupa ye. Mengamuk pulak dia karang” saja aku tukar topic.

“cancelkan je. Malas.”

“bos janganlah. Nanti saya yang kena tadah telinga dengar makian dia. Telinga saya dah bernanah ni. Untung-untung dia boleh jadi bini bos”

“bini? Perempuan macam tu awak nak saya buat bini? Kirim salam je. Tergedik-gedik”

“ok la tu bos. Dia cantik, bos hansome. Bagai pinang di belah dua”aku tersengih.

“aku lagi suka orang macam kau. Sederhana.” Terus Tengku Hairil berlalu. Kalau bersembang dengan setiausahanya memang sampai pagi esok pun tak habis. Aduh…. Bula roma aku meremang lagi tengok senyuman bos tadi. Bos ni hantu betul. Ada ke main-main kan aku camtu.

“bonda minta maaf Aril. Bonda tak berniat nak buat macam ni. Tapi keadaan syarikat kita sekarang kritikal. Tan Sri je yang boleh tolong kita” serba salah untuk di ungkapkan. Tapi hutang berjuta ringgit pada bank perlu di langsaikan secepat mungkin sebelum syarikat itu di istiharkan muflis. Kalau bukan kerana kegagalan projek menara itu, sudah pasti syarikat tidak mengalami kerugian yang cukup besar. Entah di mana silapnya.

“dengan perjudikan masa depan Aril?”

“tolonglah faham keadaan bonda Aril. Melissa tu cantik, orang terpelajar. Apa salahnya Aril cuba terima dia.”

“tapi dia kurang ajar bonda. Aril takkan terima dia”

“Aril please. Bonda rayu pada Aril. Demi arwah papa” sayu suara Tengku Badariah.

“no, Aril tak nak. Fullstop!” terus Tengku Hairil berlalu dari kamar bondanya. Hatinya membara bila soal masa depannya di atur sedemikian rupa. Perlahan airmata Tengku badariah menitis. Apa yang perlu dilakukan untuk melembutkan hati anaknya yang sekeras batu itu. Langsung tiada tolak ansur. Atau mungkin….

“Siti, you panggil Lin datang pejabat I sekarang” terus nama itu yang terlintas di benaknya. Hanya dia yang mampu membantu saat itu.

“tolong saya Lin. Hanya awak harapan saya untuk pujuk Aril” lirih suara Tengku Badariah. Aku faham perasaannya. Aku tahu dia tidak mampu kehilangan syarikat yang dihasil dari titik peluhnya bersama arwah suami.

“tapi Tengku…..”

“saya tahu hanya awak yang boleh pujuk Aril. Awak sorang je yang boleh lembutkan hati dia. Tolong saya.” Pinta Tengku Badariah lagi. Berat permintaan wanita itu. Tapi haruskah di tolak bulat-bulat rayuan wanita yang baik ini.

“Tengku jangan bimbang. Saya akan usahakan.”balasku.

“thank you Lin. Saya tak tahu macam mana nak balas budi Lin. Saya minta maaf atas sebab hancurkan harapan awak” aku geleng.

“Tengku tak salah apa-apa. saya faham” ucapku. sepatutnya aku gembira kerana bonda tak jadi pinangkan aku untuk Tengku Hairil. tapi kenapa hatiku berdegup kencang...... sebunya terasa hati


p/s : ema x bleh bce ep 2 je ke??? @ ep lain pon xleh bce????

11 comments:

fisha said...

menanti epi seterusnya..:)

miznza84 said...

ala siannya la nasib aril.. harap2 x kawin la dia ngn melisa sengal tu..
nani nk lagi..

fatim fatimah said...

tk sabar tggu seterusnya

Anonymous said...

alamak...tgah syok bace,dah b'sambung???crite yg sgt3 menarik...lpas abis cite ni,wat cite lain lak yee...

Unknown said...

erk tetibe lain

good job nan

tak sie2 aku didik ko slme ni

wakaka

blinkalltheday said...

ala,xsuke la n3 yg ni..mcm x logik plk tetibe syrikat ade prob..xnak la dgn melissa

Mahxiauwen said...

Ema tak b0leh b'ca epis0de 2 jea..

Epis0de lain b0leh jea kak;)

please rep0st kmbli kak!!

just KD said...

ehem2,hati brdegup kncang..sebu nye trasa hati..uhuk uhuk,frust lar tu!

Anonymous said...

best!!!
Episod lain ok, cuma episod 2 jer.
-nor

A.N.Shakirah said...

bestlah cite ni...x sabar tggu sambungan die...

lynna said...

aisehh melissa tu, adui tolong jgn..
arap ada cara lain :)