THANK YOU

Tuesday, February 28, 2012

KegembiraanKU



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

pejam celik sudah sebulan lebih ruapanya saya berpraktikum. macam-macam kerenah sudah saya tempuhi.... dua tiga hari lepas asyik beremosi hari ni Nani nak cerita kisah kegembiraan hati Nani sebagai seorang guru

Seorang murid saya mempunyai tingkah laku yang sangat sukar di atasi. sering asingkan diri. tidak mahu duduk ketika guru mengajar. Kadang-kala dia menganggu pengajaran apabila mengajak kawannya bermain. sebagai seorang guru pada mulanya saya penat dan sudah tidak tahu bagaiaman ingin mengatasi masalah murid ini. seringkali saya memarahinya lantaran rasa hilang sabar dengan tingkahnya yang suka mengajuk percakapan guru. namun kemarahan langsung tidak menakutkannya.

Seringkali saya berfikir mengenainya dan saya cuba guna pendekatan berlembut dan penuh kasih sayang kerana setelah mendengar serba-sedikit kisah hidupnya saya merasakan dia memerlukan perhatian memandangkan ibunya tinggal di berjauhan iaitu di Kuala Lumpur. Harapan saya dengan cara ini lembutlah sedikit hatinya untuk menurut dan saya ingin membuatkan dia berasa senang seperti berada di sisi ibunya. selamat dan rasa disayangi. setiap kali bertutur dengannya saya usap kepalanya dan berkata

"Yusuf budak baik. Yusuf kena dengar cakap cikgu. Nanti cikgu bagi Yusuf coklat kalau yusuf belajar" begitulah yang saya bicarakan dengannya hari ini. dan dia akur tapi sekejab cuma. tidak mengapalah asalkan dia mahu. rasanya sudah hampir seminggu saya berlembut. walaupun kadang-kala hati panas juga dengan perangai namun cuba saya sabarkan. Untuk melihat perubahan ia memerlukan pengorbanan

Alhamdulillah saya nampak sedikit perubahannya. Dia boleh menurut jika dipujuk dengan baik. Tadi semasa bersalaman untuk pulang, entah kenapa dia menghulurkan pipinya untuk di cium. Orang kata kalau nak eratkan hubungan murid dengan guru (untuk prasekolah shj) selalulah peluk dan cium murid. tetapi terus terang saya tidak pandai berbuat demikian. walaupun saya bukan jenis yang pandai menunjukkn kasih sayang dengan ciuman n pelukna tetapi saya turutkan juga supaya dia rasa di hargai dan di sayangi oleh gurunya. pipinya saya cium dengan tawa senang. (mungkin lain kali saya akan peluk dan katakan padanya "Cikgu sayangkan Yusuf)

Hati saya sedikit sebanyak rasa lega walaupun dia msih tidak mahu duduk bila guru mengajar tapi dia menunjukkn tingkah laku +VE pada saya. Dia ingin bermanja. dan kala itu juga hati saya berbunga-bunga. sebagai seorang guru saya rasai di sayangi oleh murid walaupun usianya hanya 6 tahun.

harapan saya, mudah-mudahan Allah lembutkan hati yusuf supaya menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Yusuf budak yang pandai jika di asah dan kena caranya. Saya mahu yusuf berjaya menjadi manusia yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin

2 comments:

me said...

alhamdulillah... teruskan berusaha cik writer.. kanak-kanak ni golongan yang sangat jujur dan telus. kalau kita pandai menarik perhatian mereka maka mudahlah untuk kita mengawal mereka. all the best k!

Yong said...

bagus pendekatan tu. semoga suma pelajar berjaya kan. mmg rasa letih tapi bila tgk hasil yg amat bagus, rasa happy sangat. even dlm apa kerja pun.
hehe klo yg besar mtk peluk,mmg bdk lelaki tu amik kesempatan.hehe.