back to our topik, nani tls sajak ni khas utk teater DOSA SEMALAM.... tapi ble dh di p'halusi, xde tmpat nk mskkn sajak ni... tapi akhirnya sajak ni dapat juga di deklamasikan dlm sketsa sbgi suatu ikhln untuk teater DOSA SEMALAM.... jom kita hayati sjk ni sme2.... jst 4u...
Kerana cinta ini,
Aku terlontar jauh ke lembah noda dan dosa
Kerana cinta ini
Ku biarkan diriku terpalit lumpur hitam
Kerana cinta ini
Ku tinggalkan insan tersayang…..
Kerana cinta ini
Aku di sini menanggung sengsara yang tak berkesudahan
Kerana cinta ini
Aku menjadi manusia yang hilang harga diri…..
Kerana cinta ini
Maruahku dijual dibeli…….
Apa yang ada pada cinta ini
Cinta suci yang pernah ku julang tinggi,
Namun kini ia ibarat api
Hangat membakar diriku…..
Dalam kealpaan aku mengejar cinta ini
Aku tinggalkan ibu dengan tangisan
Aku tinggalkan adik dengan cemuhan
Aku tinggalkan segalanya menjadi kenangan
Kerana cinta ini
Aku menjadi punah dalam meniti kehidupan…
Aku menjadi manusia kotor yang tak layak di pandang…
ibu , mengapa cinta ini menyakitkan…..
Tolonglah aku ibu…
Bawalah aku pergi daripada cinta ini…
Ibu, aku merayumu….. bawalah aku pergi dari neraka ini
Aku sengsara…. Aku derita ibu…..
Aku manusia tewas
Menahan godaan
Aku hilang pedoman dalam mengejar cinta dunia…
Tapi di hujungnya apa yang aku dapat….
Hanya kehilangan satu demi satu yang aku sayang…..
Saat ini, jika tuhan memberikan aku peluang…
Aku tidak mahu berjuang demi cinta dusta ini…
Tuhan,
Aku merayu….
Putarkanlah kembali masa
Agar aku dapat merubah dosa menjadi pahala
Tuhan,
Aku hambaMu yang sedang meminta belas ehsan Mu…
Bantulah aku Tuhan…..
Bantulah aku……
Aku khilaf….
Kerana cinta ini……..
3 comments:
Suke dgr kak nani bersajak
mmg akak ade bakat
teruslah mnyinarrrr
xdpt bce pn nanieytj~ 2lisan ape ni?
nan kasi tukar tulisan
laptop aku pon xley bce ni
Post a Comment