THANK YOU

Saturday, October 15, 2011

KERANA CINTA INI....

ASSALAMUALAIKUM n SALAM SEJAHTERA semua...... opsssss..... jgn terjah dulu.... biar nani explain knp dh lame sgt m'bisu..... alasan p'1.... msti la bzy.... alasn ke 2 ...... nk rht dr dunia blog utk sketika..... mmmm..... tapi hri ni...tbe2 plk nani rse nk share 1 sjk yg nani dh deklamasikn sms sketsa DOSA SEMALAM...... insyaallah DOSA SEMALAM akan di teaterkan di IPG Kampus Perempuan Melayu pada 17. oktober. 2011.... doakan kejayaan kami untuk treater ini.

back to our topik, nani tls sajak ni khas utk teater DOSA SEMALAM.... tapi ble dh di p'halusi, xde tmpat nk mskkn sajak ni... tapi akhirnya sajak ni dapat juga di deklamasikan dlm sketsa sbgi suatu ikhln untuk teater DOSA SEMALAM.... jom kita hayati sjk ni sme2.... jst 4u...


Kerana cinta ini,

Aku terlontar jauh ke lembah noda dan dosa

Kerana cinta ini

Ku biarkan diriku terpalit lumpur hitam

Kerana cinta ini

Ku tinggalkan insan tersayang…..

Kerana cinta ini

Aku di sini menanggung sengsara yang tak berkesudahan

Kerana cinta ini

Aku menjadi manusia yang hilang harga diri…..

Kerana cinta ini

Maruahku dijual dibeli…….

Apa yang ada pada cinta ini

Cinta suci yang pernah ku julang tinggi,

Namun kini ia ibarat api

Hangat membakar diriku…..

Dalam kealpaan aku mengejar cinta ini

Aku tinggalkan ibu dengan tangisan

Aku tinggalkan adik dengan cemuhan

Aku tinggalkan segalanya menjadi kenangan

Kerana cinta ini

Aku menjadi punah dalam meniti kehidupan…

Aku menjadi manusia kotor yang tak layak di pandang…

ibu , mengapa cinta ini menyakitkan…..

Tolonglah aku ibu…

Bawalah aku pergi daripada cinta ini…

Ibu, aku merayumu….. bawalah aku pergi dari neraka ini

Aku sengsara…. Aku derita ibu…..

Aku manusia tewas

Menahan godaan

Aku hilang pedoman dalam mengejar cinta dunia…

Tapi di hujungnya apa yang aku dapat….

Hanya kehilangan satu demi satu yang aku sayang…..

Saat ini, jika tuhan memberikan aku peluang…

Aku tidak mahu berjuang demi cinta dusta ini…

Tuhan,

Aku merayu….

Putarkanlah kembali masa

Agar aku dapat merubah dosa menjadi pahala

Tuhan,

Aku hambaMu yang sedang meminta belas ehsan Mu…

Bantulah aku Tuhan…..

Bantulah aku……

Aku khilaf….

Kerana cinta ini……..

3 comments:

Unknown said...

Suke dgr kak nani bersajak

mmg akak ade bakat
teruslah mnyinarrrr

Anonymous said...

xdpt bce pn nanieytj~ 2lisan ape ni?

Unknown said...

nan kasi tukar tulisan
laptop aku pon xley bce ni