THANK YOU

Monday, January 9, 2012

Slot Pedoman : Sukarnya Membeli Hati



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita pada hari yang mulia ini dengan tajuk entry kali ini Sukarnya membeli hati. Hati adalah salah satu organ dalam badan manusia dan dalam bahasa arab ia disebut sebagai qalbun. Hati seringkali kita kaitkan dengan perasaan dan emosi. Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati.

Apa sebenarnya kaitan membeli dengan hati? Bukan beli hati lembu atau ayam di pasar tetapi membeli sekeping hati manusia yang bergelar sahabat. Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza termasuklah hatinya. Ketika saya menulis coretan ini, hati saya terasa sedih dan tertekan kerana saya penat memendam perasaan di dalam hati. Bak kata pepatah, ingin luah mati mak, kalau telan mati bapa. Serba-salah itu yang setepatnya.

Apa yang menyebabkan saya serba-salah? Kerana sebahagian hati saya mengatakan saya telah menyebabkan seseorang sakit hati dan sebahagian lagi mengatakan seseorang itu tiada hak untuk merasa begitu. Jika saya fikirkan secara rasional dan tidak melibatkan pandangan orang, seharusnya kita manusia ini perlu hidup bermasyarakat bukan berkelompok pada orang tertentu sahaja. Itu boleh menyebabkan fikiran kita tidak mampu berkembang dengan baik dan hati kita juga sentiasa risau jika kita kehilangan orang-orang dalam kelompok itu.


Saya faham dalam sesuatu hubungan perasaan cemburu selalu wujud. Bukan hanya hubungan berlainan jenis iaitu hubungan cinta bah kan hubungan persahabatan juga ada. Tetapi perlu kita ingat, rasa cemburu itu perlu kita letakkan di tempat yang sepatutnya. Contohnya, Patut ke seorang sahabat tidak membenarkan sahabatnya berkawan dengan orang lain kerana cemburu?. Patut ke seorang sahabat menarik muka dengan kawan sahabatnya kerana cemburu? Saya rasa anda ada jawapan anda sendiri untuk soalan ini.

Jika ditanya kepada saya mengenai hal ini, saya ingin mengatakan, seorang sahabat bukan milik mutlak sahabatnya seorang sahaja. Dia berhak berkawan dengan sesiapa sahaja yang disukai dan sebagai sahabat kita TIADA HAK untuk menghalang. Kerana kita bukanlah sesiapa. Malah apa salahnya jika kita bina hubungan baik dengan kawan sahabat kita. Bukankah itu lebih baik daripada kita mengguris perasaan orang lain.

Saya menulis coretan ini bukan ingin mengatakan saya benar dan seorang yang rasional tetapi sekadar ingin berkongsi rasa hati dengan pembaca serta menyedarkan sesetengah orang yang sentiasa berfikiran untuk sentiasa memiliki. Saya bukanlah insan yang Allah jadikan cukup sempurna. Dia jadikan saya dengan sedikit kelemahan agar saya sentiasa sedar bahawa saya memerlukanNya dan insan lain untuk menyempurnakan kelemahan itu. Kelemahan saya adalah saya tidak mampu berbicara secara bersemuka untuk menyelesaikan masalah tetapi Dia juga mengurniakan saya kelebihan iaitu menulis. Dengan kelebihan ini saya berharap saya dapat mengatasi kelemahan yang ada. Mudah-mudahan ada yang sudi mengambil ikhtibar dari penulisan saya.

Memang sukar untuk membeli hati kerana hati hanya milik yang berhak. Jangan kita sentiasa berfikir untuk membeli sekeping hati milik seseorang saja tetapi berusahalah untuk menjaga hati orang lain juga. Insyaallah tuhan akan membantu kita mengekal hubungan yang baik dalam kehidupan.

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh ada seketul daging yang kalau dia baik maka akan baik pula seluruh anggota tubuh, dan kalau dia rosak maka akan rosak pula seluruh anggota tubuh, ketahuilah ia adalah hati.”

Sekian, wassalam

5 comments:

lieynanilaz said...

siramilah hati dengan zikrullah dan ayat2 al-quran...pasti hati akan menjadi lembut dan mudah dibeli..

Yong said...

hurm ni kisah pasal best friend yg jeles la ni?cm ni, nani mintak maaf gan dia sebab buatkan dia berjauh hati, pastu tegur la perangai dia secara halus. rasanya nani mmg terer tegur berhemah ni. ya la klo tegur cara cm tak puas hati, lagi merajuk la hati kwn tu. biasa la manusia ni kan sensitif. pujuk dia gan blaja eskrim conneto ke, sambil mkn berdua tu, pujuk la dia ajak dia join sekali klo ada aktiviti so next time dia tak rasa terabai. tak pun nani heret sama dia g join nani time nani kuar gan kawan nani tu. so nti 3 3 rapat kan. lagi best sebab 2 2 best friend nani ada gan nani nti.

Unknown said...

org hati tak sme

kalo rambut pon ley kalerkan

inikan pula hati y otometik akn de titik hitam bila buat dosa


jd memahami lebih baik
mengundur saat xdperlukan

arasnieryie@1995 said...

aku suke lar pic kat atas tu..buah pe tu yek?..kiut sgt!

Unknown said...

suka coretan ni... sangat terkesan.. dan terkena ke batang hidung sendiri... tapi ttp berusaha utk sentiasa bersangka baik... siapa yg ada bestfriend, dia akan faham...hehehe