THANK YOU

Friday, August 19, 2011

my boss my love 5

“helo Lin” suara Tengku Hairil kedengaran lemah sekali.

“Helo bos, Bos kat mana ni. Tak datang ofis ke” soalku.

“Lin, saya tak sihat” balas suara serak basah di hujung talian.

“hah? Tak sihat? Bos kenapa? Demam?”

“saya pun tak tahu ni. Rasa pening. Awak tolong datang sini please. I nak bangun pun tak larat” pinta Tengku Hairil. Suaranya juga kedengaran terputus-putus.

“Ok saya datang sekarang” terus aku capai begku. Sudah tahu kemana hendakku tuju. Pastinya ke apartmen bos. Kalau duduk villa mesti dia minta tolong bibik. Aduhai. Nasib baik aku ni baik hati. Sebelum pergi apartmen bos, sempat aku singgah supermarket beli buah kepala sebab mak aku cakap kelapa penawar segala penyakit.

Berkali-kali aku ketuk pintu apartmen bos. Tapi tak ada orang buka. Penat mengetuk akhirnya terbuka juga pintu.

“Bos, bos kenapa ni?” soalku. Muka Tengku Hairil pucat.

“I nak muntah. Tapi muntah tak nak keluar. Kepala I berpusing-pusing” Aku macam tahu je apa penyakit bos ni. Sebab aku pun pernah kena sekali.

“bos keracunan makanan ni. Bos duduk dulu” aku tolong Tengku Hairil duduk di sofa.

“ni saya dah belikan air kelapa. Bos minum k” aku bergegas ke dapur mengambil gelas. Air kelapa muda ku masukkan ke dalam gelas. Lelaki hanya menurut kata-kataku. Tak lama kemudian, terus lelaki itu berlari ke singki memuntahkan isi perutku. Perlahan belakang tengku hairil ku gosok. Meredakan kesakitan lelaki itu.

“nak muntah lagi?” soalku. Tengku Hairil geleng.

“Dah Tengku duduk dulu” terus ku bawanya ke sofa.

“hai, macam manalah Tengku jaga diri ni. Baru nak di suruh bertunang, dah sakit-sakit” bebelku. Tanpaku sedari Tengku hairil merenungku.

“you dah tahu?” aku terdiam. Tak sepatutnya benda tu keluar dari mulut aku saat-saat yang tak sesuai ni.

“Tell me. Apa yang dah bonda cakap kat you”

“tengku rehatlah dulu. Nanti kita bincang” balasku lembut.

“no. selagi you tak beritahu, I takkan rehat” aduhai keras kepala betullah dia ni.

“ok, bonda just suruh saya pujuk tengku untuk setuju dengan pertunangan tu. Puas hati?” soalku bersahaja.

“jadi kau pun nak sebelahkan bonda?” soal Tengku hairil dengan nada serius. Susahnya aku nak kata. Dua-dua aku kesian.

“bukan macam tu….”

“dahlah….. baik you balik sekarang” terus Tengku Hairil bangun berlalu ke kamar sebelum aku menghabiskan kata. Merajuklah tu.

“Tengku” ku ketuk perlahan pintu kamar yang tertutup rapat. Namun tiada sahutan. Beberapa kali ku cuba namun dia tetap begitu. Akhirnya aku meninggalkan apartment Tengku Hairil dengan perasaan berbelah bagi.

Aku masuk ke apartmen mewah milik Tengku Hairil. Dah hampir seminggu lelaki itu tidak datang ke pejabat. Dia cuba memprotes keputusan bondanya untuk meminang Tengku Malissa. Juga memprotesku kerana sebelahkan bondanya

“Tengku” panggilku.

“kalau awak datang sini nak pujuk saya, baik awak balik” balasnya sebelum aku bersuara dengan lebih lanjut.

“sampai bila?” soalku.

“saya dah cakap, saya tak nak”

“boleh tak sekarang ni, tengku jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan syariikat tu” balasku tenang.

“abis hati dan perasaan saya ni macam mana?”

“Please Tengku. Tolong terima Malissa. Kesiankan bonda tengku” pujukku. Terus mata helang Tengku Hairil menjamah wajahku.

“apa yang dah bonda bagi kat awak sampai awak sanggup datang sini pujuk saya kahwin dengan Malissa. Berapa banyak bonda bayar awak?” tuduhg Tengku Hairil. Telinga rasa panas mendengar tuduhannya.

“Tengku jangan suka-suka menuduh saya.” Marahku.

“kenapa? Kau tak suka?” balasnya. Hati aku dah mula mendidih. Dasar kurang ajar. Aku gempal tanganku menahan geram. Jangan sampai ada yang lunch dengan penampar aku kang. Aku berpaling untuk pergi. Tak guna aku cakap banyak dengan orang yang tak reti bahasa dan selfish macam mamat ni. Pantas tindakan Tengku Hairil menarik tanganku.

“jadi betullah bonda bayar kau untuk pujuk aku” Pangggg!!!! Tanpa di sangka-sangka satu penampar hingga dipipi lelaki itu.

“untuk pengetahuan kau, bonda kau tak bayar satu sen pun. Tapi aku bukanlah orang macam kau. Selfish. Kau tahu tak bonda kau tengah risau pasal syarikat tu. Tambah pulak dengan masalah kau yang pentingkan sangat hati dan perasaan ni. Apa salahnya kau bekorban sedikit untuk membahgiakan bonda kau. Kau lupa sebenarnya. Jodoh tu di tangan Tuhan. Kalau bukan Malissa jodoh kau, kau takkan kahwin dengan dia. Sekarang ni bonda hanya minta kau bertunang. Apa-apa pun boleh terjadi dalam jangka masa setahun pertunangan tu. Kami hanya tunggu jawapan kau untuk selamatkan syarikat tu. Syarikat yang bapak kau tubuhkan dengan tulang empat kerat dia. Syarikat yang dah banyak berbudi pada kau tu akan lenyap kalau kau masih pentingkan diri” ucapku kasar. Rasa sakit hati dah menenggelamkan rasa hormat sebagai majikanku. Terkelu lidah Tengku hairil dengan kata-kataku. Sepanjang perkhidmatanku baru kali ini aku meninggikan suara padanya. Terus aku beredar dari situ sebelum kesabaranku hilang terus. Namun dalam langkahku ada airmata yang gugur. Entah kenapa.

p/s : nani da editkn MBML2.... cbe la korg tgk blh bce tak....... tq pd yg sdi m'beri komen yg m'bina...m'bakar smngt nani tuk trus menulis.......

7 comments:

Anonymous said...

best3x!
thanks nani.
terubat rindu kt entry nani.
keep it up!

~akumie.

Anonymous said...

hehe..best(10x)....next episod plz...

fatim fatimah said...

sekali kena penampar,,padan muka,,hehehe

smbung lg

Unknown said...

terbakar ke kak

cter ni mule tarik minat aku

sile buat shabis baik okeh

jgn nk tgntung2

ku cekik ko mati kang wakaka



ko y buat aku berblog

pe salah tlog kwn kn

erk

Mahxiauwen said...

Best;)

tetap jea tak dapat b'ca MBML 2, he

miznza84 said...

perghh... garang gile si lin ni... tapi harap hairil x jdla kawin ngn malissa tu... naniey sambung lg plsss

Naniey TJ said...

smua : tq sudi bce.... nk komen...
pipah : amboi pah... dh x klise ke?? hikhikhikhik....
ema : 6t aak post lg skli la ep 2.... tp mlm ckt la...ad hal ni.