THANK YOU

Thursday, December 8, 2011

APA ORANG KATA?


Tak ada mood nak menulis MY BOS MY LOVE. Hati rasa sakit sebab apa yang diimpikan tak jadi kenyataan. Entahlah, rasanya tak ada kata yang boleh diucapkan. Just rasa sedih je. Beria-ia merancang akhirnya cancel macam tu je. Tak tahu nak salahkan siapa. Mungkin salah diri sendiri kot. Beribu-ribu kali sudah bersabar, untuk kali ini nani masih lagi perlu bersabar???.

Harap tahun depan dapatlah I praktikum bersama Latifah dan Akma. (p/s : bila awak nak dapat sekolah?). Tak dapat praktikum dengan dia tak apalah. Mungkin untuk kali ini kita tewas lagi demi menjaga hati orang, demi menjaga perasaan orang. Macam yang ‘awak’ kata, ‘awak’ selalu kena ikut telunjuk orang. (kadang-kadang aku naik menyampah dah ngan semua ni. Rasa nak persetankan semua orang. Kenapa aku masih tak boleh keluar dari kepompong yang membelenggu diri? Why?). Mungkin saya tak pandai nak hipokrit. (whatever) Tapi aku ingat pesan mak aku. Walau dengan sesiapapun, walau dimana pun, walau bagaimana sekalipun keadaan kita berdiri dengan kaki sendiri barulah hidup ini terasa senang. Tak pening kepala. Mak, cakap memang senang, nak buat sangat susah sebab anak mak ini selalu fikir,

tak pe ke bt macam ni?”

“ Boleh ke macam tu?”

“ Apa orang kata? Apa orang rasa?”

“macam mana kalau orang tak suka?”

Asyik fikirkan orang sampai abaikan perasaan sendiri. Ah, TENSION!!!!!!

P/S: harap lepas tulis ni tension hilang dan boleh terus meneruskan kerja yang wajib. Praktikum buatkan aku emo. Sorry jika ada yg tersinggung.tq pada yang sudi baca dan bagi sedikit kata-kata utk memujuk hati aku yang rawan. sangat tersentuh.

8 comments:

Salina Azni said...

Sabar naniey... praktikum kt sek mana? negeri mana? praktikum fasa akhir ke? jom mai kl... praktikum kt sek akak...

noorhayaty85 said...

nani..sbr lah jgn emo2....ksian nani...ktorg pembaca2 nani ni sntiasa ade bg sokongan kat nani...jgn sedih2 k..insya'allah ade hikmah tu..

rose^zora said...

relax nani...^_^V..!! be cool la....tak nak emo2, tak nak tension2..he..he..=)kdg2 kita kena pentingkan diri sendiri jugak....wlaupon kita t'paksa lukakan prasaan org lain...(sodih sgt)but that's called life=(

p/s:kita serupa coz x pdai nak jdi hipokrit=)

eija said...

relek sdh.....

Masz Mukhtar said...

Tak apalah Nan. Maybe ni semua buat kau belajar berdikari sikit2. Nanti dah posting, kau dah tau banyak benda. Semua ada hikmah. Jangan tension. Biarlah dengan 'awak' tu. Kita tengokkan je sampai bila dia dapat bertahan menjaga hati orang daripada jaga hati sendiri.

Untuk kau: poie prektis drive banyak kali cuti2 ni. Try bawak kat jalan kawasan jalan depan umah kau. Hey. Auto is easy!

QasehSuci said...

Bersabar naniey... setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...

Iffah Afeefah said...

awak y reti bejanji
ade hikmah nye tu

ko lom nmpak kebaikan nye lg

jgn cpt stress

aku tau ko pon ley idup tanpe awak tu

betol kate masz

belaja nek kete

jgn harap org lain

aku ni da la xde kereta

mnumpang kasih org je

lau aku ley why not ko

mungkin stress ko kurg lau ko belaja berdikari

alip ley bawak kapal terbang

takkan kete pon ko xreti bwk

YONG JIAO XIU said...

hohoho pedulikan makhluk tu, pikir diri sendiri dulu, baru pk dia. ha tu ramai dok offer g praktikal kat tempat depa tu. accept je. ha lagi elok mtk kat umah sendiri, mudah nak gerak. tak pyh nak bergantung gan org ni. wat sakit jiwa sendiri je. go naniey go.