THANK YOU

Saturday, December 10, 2011

my boss my love 12


Setelah dua hari meng’off ‘ kan hanset. Akhirnya aku on kan balik. Mak oiii…. Banyak sungguh missed call dan masej. Padan muka kau. Kau ingat aku akan maafkan kau?. Boleh kirim salamlah. Mak dah tak cakap apa-apa lagi. Dia faham perasaan aku tika ini agaknya. Masih bersedih. Aku pun harap mak tak ungkit apa-apa pasal kejadian malam tu. Biarkan jelah. Pantas aku mark semua mesej. Delete semua. Tapi…… tak boleh jadi. Aku buka satu persatu mesej dari Tengku Hairil. Semua tulis minta maaf, sorry, I tak berniat, I tak sengaja. Bosan. Mesej terakhir. Malam tadi di hantar.

‘Lin bonda sakit. Kat hospital. Dia nak jumpa you’

What???????? Tengku badriah sakit?. Tenat ke? Aku jadi tak senang duduk. Walau apapun yang Tengku Hairil buat pada aku, aku tetap sayangkan Tengku Badriah seperti ibuku sendiri. Macam mana ni? Dia kat hospital mana? Sakit apa? Aku dah tak tentu arah. Dia sakit sebab aku ke? Aduhai apa aku nak buat?. Call Tengku Hairil. Tak mungkin. Akhirnya aku menghubungi bangle Tengku Badriah. Lebih baik cakap dengan bibik. Setelah mendapat sedikit maklumat terus aku bergegas ke hospital. Pintu wad yang menempatkan tengku Badriah ku tolak perlahan. Aku melangkah masuk.

“Lin” Tengku Hairil bangun. Terus aku meluru kea rah Tengku Badriah yang Nampak lena.

“Bonda, Lin minta maaf” ucapku. Pantas tangan Tengku Badriah ku kucup. Airmata menitis melihat tubuh Tengku Badriah yang lesu.

“Lin” aku angkat muka memandang Tengku Badriah.

“Terima kasih sebab masih sudi tengok bonda” ucap tengku Badriah.

“bonda jangan cakap macam tu. Lin saying bonda” balasku. Drama airmata telah terjadi.

“Bonda minta maaf dari pihak Aril. Maaf kerana malukan Lin dan keluarga. Bonda salah. Tak pandai didik Aril” ucap Tengku Badriah. Tangannya memegang pipiku. Airmatanya turut tumpah. Aku geleng.

“Bonda tak salah. Bonda rehatlah. Jangan fikir apa-apa lagi.”

“tak, bonda tak boleh rehat. Banyak benda bonda kena fikir. Reputasi syarikat bonda dah terjejas Lin. Bonda tak boleh rehat.” Kesian wanita tua itu. Bersusah-payah mempertahankan syarikatnya. Dahlah syarikat baru hendak pulih sekarang masalah lain pula timbul. Sedikit sebanyak kes tangkap khalwat Tengku Hairil menggangu gugat perjalanan syarikat.

“Aril yang salah bonda. Kalaulah Aril tak ikutkan kata hati, semua ni takkan jadi. Aril minta ampun bonda” Tengku Hairil bersuara. Tengku Badriah diam. Agaknya makan hati dengan sikap anak tunggalnya.

“Aril janji, mulai hari ini Aril akan tebus balik kesalahan Aril. Aril akan pastikan syarikat kita kembali pulih. Aril janji bonda” Tengku Hairil pegang tangan Tengku Badriah. Meminta simpati ibunya.

“Cukuplah apa yang Aril dah buat. Sekarang Aril buatlah apa pun yang Aril nak. Bonda takkan masuk campur lagi” Tengku Badriah memusingkan badan. Perlahan matanya ditutup. Aku hanya memandang. Tengku Hairil bangun. Melangkah keluar dari ruang kamar itu. Aku tahu dia terluka dan aku sedar ada airmata yang mengalir di pipinya. Sedikit terkelu lidah bila melihatnya. Tak pernah aku lihat lelaki ego itu menangis. Pertama kali dalam sejarah hidup aku lihat dia menangis. Biarlah dia sedar apa yang telah dilakukannya. Bak kata orang, manusia belajar dari kesilapan. Mudah-mudahan dia akan jadi lebih matang dalam berfikir di masa akan datang.

Sedar tak sedar sudah seminggu aku berulang-alik ke rumah Tengku Badriah. Menjaga wanita itu. Kalau bukan kerana kasihan, aku tidak mungkin ke situ. Tengku Hairil pula sibuk dengan urusan pejabat. Keluar pagi balik lewat tengah malam. Kadang-kala hamper subuh baru pulang. Sepanjang aku berulang-alik ke situ belum pernah aku bersua muka dengannya. Tengku Badriah juga tidak mahu berbicara mengenai anak tunggalnya. Mungkin hatinya benar-benar terguris. Hari ini aku datang awal daripada biasa. Pukul 7 sudah tiba di banglo Tengku Badriah bersama nasi lemak dari air tangan aku. Tengku Badriah yang beria-ria ingin menikmatinya. Mahu tidak mahu aku turutkan juga. Tak elok hampakan harapan orang yang sedang sakit. Lagipun cuaca kelihatan hendak hujan. Takut nanti hujan pulak. Jadi sebelum hujan turut baik aku tiba dulu di bangle itu. Belum sempat aku mengetuk pintu, ia telah terbuka dan wajah Tengku hairil muncul di situ. Kemas berpakaian pejabat. Wajahnya serius memandangku. Aku hanya diam membisu. Agak takut untuk membuka mulut.

“buat apa kat sini?” soalnya serius.

“Lawat bonda.” Balasku

“buat apa nak lawat bonda hari-hari?”

Aku terdiam. Tiada jawapan.

“Mulai hari ini you tak payah lagi datang. I ada. Tahulah I jaga bonda. you tu orang luar. Bukan menantu dia pun. Tak payah susahkan diri ke sini.” Ucapnya. Aku seakan tidak percaya yang sedang bercakap sekarang adalah Tengku Hairil. Tak pernah dia sekasar itu.

“Kalau ikutkan hati, memang I tak nak datang. Tapi nak harapkan you jaga bonda? Boleh ke?” sinis aku membalas.

“yang you menyibuk sangat ni kenapa? You dengar sini, mulai saat ini I tak nak you panggil ibu I bonda lagi. You tak ada kaitan dengan I dan bonda I. Just leave ok. Pergi buat kerja you. Jangan menyibuk lagi kat sini. Kalau boleh I tak nak tengok lagi muka you depan I. I meluat tengok perempuan sombong macam you” marah Tengku Hairil. Tersentap rasa hati. Rasa terhina pun ada. Dia kata aku sombong. Aku takkan jadi sombong kalau bukan kerana dia. Dia terus berlalu. Aku terkelu di situ. Hanya memandang keretanya hingga hilang dari pandangan. Kau tak nak tengok muka aku? Aku 100 kali tak hingin tengok muka kau. Marahku dalam hati. Pantas bekas berisi nasi lemak ku letakkan di tepi pintu dan aku terus berlalu dari banglo itu dengan hati yang bengkak.


p/s : Seperti yang di janjikan untuk korang.... Nani hargai semua pembaca kat blog ini walaupun nani tak pernah tulis nanma dia... tapi pada silent reader tu, tinggal-tinggalkanlah komen supaya nani tahu siapa pembaca nani. kalau kome diam je, manalah nani nak tahu... ye x???? tapi pe2 pon terima kasih sudi baca karya saya yang tak seberapa

28 comments:

evy said...

knp tengku hairil tiba2 sj nak marah dgn Lin?....

Anonymous said...

Semakin menarik tak sabar untuk bab yang seterusnya.

Salina Azni said...

Sian pulak kt Aril... ingatkan Lin akan lembut hati... naniey, buat ler Lin terpaksa gk terima Aril n kawin dgn Aril... hehehe... Aril dh marah tu... jgn lama2 tau utk next n3... nk abis cuti sek dh ni...huhuhu

Eae mie said...

nak sambgan lagi..cpt ye

Unknown said...

satu komen satu topup

aci?

1. pendek sgt entry kali ni
2. suke atilah nk jd silent reader ke tak..jnji trafik tggi..
3. apehal penerangan tu tak bhg perenggan. pusing mate bace stu2

hahaha sentap tak kak?

Yong said...

wow cmni jadinya. so nti lin dah tak jenguk bonda ke?
hehe nani, kasi panjang lagi blh?tak puas nak baca la. sorry tak sempat nak baca bab depan2. terus langkau ke bab yg first yong komen tu. apa2 pun cter ni menarik. selalu org bab tangkap basah grenti kawin. bagus ada tinggal kan mamat tu. tu br betul, asyik jadi mak turut je.huhuhu

Anonymous said...

erk!naper pndek sgt...

Anonymous said...

allaa...x puas baca la en3 kali ni.post la pnjang2 lain kali ek :D

greyskymorning said...

sambung lg!!!!

Anonymous said...

agk2 apa reaksi hairil bla tgk isi dlm bekas 2...
xsbr nk tau nie... :D

Anonymous said...

best sgat..kalo bleh ksi pnjang lg,x puas bce..he3..apa2 pon smbg lg ye
;-)

miznza84 said...

naniey... kenapa skit sgt n3 kali ni???

cactaceous opuntia said...

erk...npe aril ckp cm tu?huuu

che`leen said...

awat pendek sangat....

Anonymous said...

cerita best..
sambung lagi.. biar panjang cikit..
saya harap nani tak tension2 lagi...
semoga bersemangat untuk berkarya..

kak ida said...

rasanya TH bukan apa..sayang nya masih ada buat minah tu.. akak tak faham juga..kenapa dia mesti melawat bonda tu hari hari ..kalo dia tak cinta pada mamat tu..betui tak..

IVORYGINGER said...

Hairil geram Lin tak pernah pedulikan dia tu pasal pagi2x dah nk marah. pdhal dlm hati masih cinta Lin. xmungkin cinta yg bputik hilang begitu sj. tul tak??? hehehe...

Anonymous said...

Lin ni jgn lh gitu kn haru aril tuh ... aril cuba cool je k - try 2 win back lin's heart
cepat ye new n3 n kasi panjang panjang panjang writer :)

Aida Nadia said...

alaaa...pendek sgt laa...
btw i like it..!!!

Anonymous said...

wah aril emo skunx ye la tensen sgt kot bnyk masalah hehehe...cpat sambung naniey

Unknown said...

LOVE DIZ STORY... :)

Anor said...

hai pagi-pagi Aril dh emo ke? tak pasal pasal Lin dh kena sembor. Buatnya betul Lin tak jengok bonda
padan dgn muka Aril. Sekali sekali
kena ajar juga perangai si Aril ni
jgn pandang Lin sebelah mata saja.
Nani cepat sambung ye... Nani nk tanya bila novel Warna Hatiku ni
nk ada dipasaran? rasa lama betul
dh tunggu keluaran Warna Hati di
pasaran masih tak muncul-muncul pun..

blinkalltheday said...

sentap ye, lin??sian tengku...

aNAiTekUReRU said...

pndek sgt...pe2pun best...
gudluck...

Kak Sue said...

Kenapa pendekk...
Lin jangan lah sombong sangat macam Tengku Hairil cakap.... macam pentingkan diri sendiri pulak...
Kasihan tengku Hairil tau...

QasehSuci said...

Hush...aril bertukar watak...Lin kena sabar, btl jgk cakap aril tue

aqilah said...

nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!

RinsyaRyc said...

Uhu.. kenapa ??? =(